U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Umar Uzair ke Moskow! 1

Saturday, January 23, 2016 by , under


Forum Belia Dunia 2015: Pemimpin Generasi Baharu (2015 World Youth Forum: New Generation Leaders merupakan program tahunan yang diadakan di Moskow, Rusia sebagai meraikan pemikiran dan pendapat belia dari seluruh dunia sempena ulang tahun ke 90 ACRFC-ASAF-Roszarubezhtsenter-Rossotrudnichestvo, Moscow.

Diwujudkan sejak 2011, forum pada tahun ini secara dasarnya ingin membangunkan dan merapatkan hubungan diplomasi, memimplemasikan strategi serta mempromosikan Rusia kepada generasi dunia baharu. Diadakan selama lima hari pada tahun ini, seramai 127 belia dari 30 buah negara telah diterbangkan ke bandar penuh majestik ini dalam usaha merapatkan hubungan diantara belia dalam pelbagai bidang yang dikhususkan kepada lima ketegori iaitu Politik, Kebudayaan, Bahasa Rusia, Media Massa & Perhubungan Awam.






Malaysia pada tahun ini telah menghantar beberapa pencalonan kepada pihak penganjur iaitu Rossotrudnichestvo dalam bidang kedoktoran, guaman, sosial, perindustrian, perekonomian dan seni budaya untuk. Mewakili negara dalam persidangan belia ini. Pihak penganjur kemudiannya telah bersepakat untuk memilih calon dalam bidang seni budaya iaitu Umar Uzair untuk mewakili Malaysia ke Moskow.

Diterbangkan ke negara empat musim itu pada 23 – 29 November 2015, Umar Uzair dipilih kerana keterlibatannya yang aktif dalam area penulisan, perpuisian dan muzik sejak 10 tahun yang lalu. Penyanyi dan penyair ini telah menghasilkan projek cerpen Sampai Mati (2010), dua kumpulan puisi; Di Mana Bulan Sorokkan (2011) & Pesta Di Padang Jiwa (2014), pelbagai eceran, kritikan sastera, antologi dan prosa. Sebagai penyanyi, Uzair telah banyak mengadakan persembahan di pentas besar di dalam dan luar negara dengan membawakan lagu tradisional Melayu, syair dan muzik moden termasuk di Taman Ismail Marzuki Jakarta (2014), Esplanade Singapura (September 2014), Panggung Budaya Padang, Indonesia (2012) & Dewan Filharmonik Kyrgyztan (2015).

Pada tahun 2015 ini sahaja, Uzair telah diterbangkan ke banyak festival besar mewakili Malaysia melalui bidangnya termasuk Khatak Poets Summit, Dhaka (Februari), Lima Penyair Muda ASEAN, Jogjakarta (Mei), Festival Seniman Epik Dunia 2015, Kazakhstan (September). Uzair juga turut mengambil bahagian dalam banyak program seni dalam negara antara lainnya Bulan Bahasa Kebangsaan 2015, Say Something Nice Campaign sempena Hari Merdeka & Hari Malaysia 2015, NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) untuk Kementerian Pendidikan Malaysia dan pelbagai lagi.
Justeru sebagai menyambut kepulangan seniman muda ini ke Malaysia, Pusat Kebudayaan dan Sains Rusia dengan kerjasama Meja Poedjangga telah mengadakan sebuah acara Percakapan Generasi Baharu Malaysia: Umar Uzair yang diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Disember lalu di Ampang, Kuala Lumpur


Umar Uzair menyerahkan buku Forum Belia Dunia 2015 yang dibawa dari Moskow kepada Duta Kebudayaan Rusia di Malaysia, En. Alexander Gulko semasa Percakapan Generasi Baharu Malaysia : Umar Uzair @ Pusat Kebudayaan & Sains Rusia, Ampang, KL. 12 12 15.


En. Alexander Gulko, Duta Kebudayaan Rossotrudnichestvo di Kuala Lumpur dalam ucapan alu-aluannya berkata “Selain membawa karya yang positif, penglibatan dan keaktifannya dalam bidang sastera dan seni tempatan, Uzair dilihat wakil belia yang sesuai untuk mewakili Malaysia yang terkenal dengan seni budaya dan sastera Melayu yang unggul”.

“Pemergian saya kali ini sebagai usaha menggalakkan belia dan masyarakat tentang pemerhatian yang baik oleh organisasi antarabangsa tentang Bahasa Melayu dan sastera supaya terus diperjuang dan dipertahankan di dalam sistem pendidikan negara di Malaysia. Selain pengalaman yang besar untuk saya sebagai ahli bahasa dan seni baharu, forum ini mengajar saya tentang kecintaan yang luar biasa untuk membangunkan bangsa dan negara sendiri agar sama maju dalam pelbagai aspek namun pada masa yang sama tidak meninggalkan seni, budaya dan bahasa seperti kota Moskow yang telah berusia lebih 800 tahun” - Umar Uzair.


Dalam acara ini juga, Uzair telah memperdengarkan lagu baharu yang diambil liriknya dari kumpulan puisi Pesta di Padang Jiwa (terbitan ITBM 2014) berjudul Miliki Kau dan Pintalah Aku Ke Sana. Miliki Kau bergenre soul dance dan Pintalah Aku Ke Sana bernada soulpop telah diterbitkan oleh Meja Poedjangga yang menguruskan kerjaya seni Uzair. Kedua-duanya bakal dikumpulkan dalam sebuah album sulung pada awal 2016.



| edit post

1 Reply to "Umar Uzair ke Moskow!"

Mieza S on January 29, 2016 at 10:16 AM

wah seronoknya menikmati suasana negara orang