U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Naskah Jun! (0)

Thursday, June 02, 2011 by , under


*klik untuk besarkan

Siapa yang lancang lidahnya pernah kata aku bukan penulis tegar dalam dunia pengkaryaan yang sedang setubuh aku berenang di dalamnya? Siapa yang pucuk tubuhnya berani berani katakan aku hanya tukang tulis picisan; yang karyanya tidak boleh digelar sebahagian dari kerja kesusasteraan.

Barangkali lidah lidah ini harus digosok dengan lidi lidi halus biar merahnya menjadi makin membara. Aku bukanlah mahu mengepak diri, tapi aku hampir menggeletis tidak duduk senang juga bila ada satu dua manusia yang mungkin tidak senang dengan datangnya aku bersama idea begini. Kerana itu sehari sehari aku fikir agaknya memang aku tidak bagus, atau mungkin aku belum bagus, jadi aku harus cabar diri sendiri.

Justeru menggenapkan umur aku ke angka 24, biar sebetulnya Malam Bulan Sorokkan Uzair Zain yang bakal jadi di Rebung, Bangsar, hari Jumaat, 17 Jun 2011 nanti adalah persembahan solo akustik (solo showcase) ke 3 dari aku selepas persembahan persembahan di Musa, Avenue K sebelum sebelum ini; Sasterawan Negara ke 10 - Dato' Dr Anwar Ridhwan sendiri bakal datang sebagai saksi melancarkan naskah Kumpulan Teks Pascamoden Di Mana Bulan Sorokkan yang menghimpunkan puisi dan sajak moden karya aku, yang juga naskah ini sudah diwartakan sebagai sebahagian dari bahan di dalam Perpustakaan Negara.


Aku tahu bukan semua kenal siapa Dato Dr Anuar, tapi dia bukan nama asing. Kalau dalam dunia seni muzik, dia rasanya hebat seperti Amy Search. Mungkin sedikit cerita tentang beliau biar terbeliak dikit mata mata; beliau terkenal sebagai seorang novelis dan penulis cerpen. Novelnya yang pertama ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman yang memenangi Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah, 1979. Sebuah lagi novelnya Arus (1985) memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985.Antara cerpen karyanya ialah Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976) (edisi bahasa Rusia oleh Victor Pogadaev, 1996)[2] dan Dari Kiev ke Moskova (1992).

Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul Naratif Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001. Novel itu dengan judul "Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto" diterbitkan dalam bahasa Rusia (penterjemah Victor Pogadaev) pada tahun 2006 di Sanct-Petersburg (penerbit Paideia). Kemudian Anugerah Sasterawan Negara ke-10 pada 20 Ogos 2009 oleh Tengku Mizan.


Aku barangkali tak lekang senyum juga bila budayawan budayawan tersohor dalam bidang penulisan bakal tunjuk muka kasikan sokongan; Dato' A Samad Said, Tuan Haji Rahim Abdullah, Encik Zakaria Ariffin dan beberapa lagi nama. Juga mungkin paling lain dan sesuatu yang membanggakan kali ini, 'Di Mana Bulan Sorokkan' juga disokong oleh biduanita negara; Ziana Zain yang buat kali pertamanya memeterai usaha seperti ini, selain menulis sesuatu untuk aku di dalamnya.

Mahu tahu apa yang ditulis dia dan bagaimana rasanya? Datang 17 Jun nanti jam 8 malam, habiskan malam hujung minggu berehat rehatkan akal kepala menjamu buffet makan malam yang dimasak sendiri oleh Dato' Chef Ismail sambil dengar aku dendang lelagu akustik dan alun teks moden, dan menjadi sebahagian dari sejarah penulisan dunia Melayu! 100 naskah X-clusive Kumpulan Teks Pascamoden 'Di Mana Bulan Sorokkan' juga boleh didapati secara terhad! Nah! apalagi yang lebih berbaloi?

Untuk tempahan, sila rujuk poster di atas! Jangan tunggu saat akhir sebab Rebung selalu penuh tak cukup tempat duduk!



| edit post

0 Reply to "Naskah Jun!"