U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Susur Jalan (2)

Monday, October 04, 2010 by , under

Ini sudah lepas tengah hari.


Tapi aku teringatkan waktu celik mata tadi, aku masih bersenang2 atas katil, menarik selimut, tengok ke dinding, kejap ke tingkap luar, kejap ke lappy yang tetap on dari semalam, kepala membayangkan orang-orang lain yang sedang sibuk terkejar sana sini untuk ke office. Its a' Monday, dan begini pagi aku berlangsung dengan rasa sederhana.

Barangkali yea, bagi sesetengah orang, merasa kerja aku mudah, aku memilih apa yang aku mahu jadi. Dan lagi, aku sarapan dan kemudian kerja aku membelek2 pos express yang sampai ke meja; yang aku perlu balas semula dengan unit 'Sampai Mati' ke dalamnya, dan lagi aku turun hayun kaki (aku lebih suka ikut anak-anak tangga dari naik lif ke bawah), kemudian menyusur jalan yang kiri kanan bahunya lebih ramai bangsa Cina dan India, mereka hidup bawah satu langit yang serupa.

Ada dua tiga ekor anjing bersidai tepi luar bengkel-bengkel orang Cina di sini. Pertama kali dulu aku selalu lari-lari kalau nampak anjing2 ni. Kekadang lekas2 aku ikut belakang orang yang lalu sebelah aku, untuk lepasi anjing ini. Tapi asbab anjing tu pun dah tak ada selera nak kejar manusia, jadi sekarang kalau aku lalu sebelah binatang itu, aku jeling ja. Pfftt.. :p

Dan yeah, aku jalan kaki, hirup udara pagi. Aku jalan lambat-lambat ke post office, poskan surat-surat yang dikasi. Ah! Barangkali ini permulaan sebahagian dari kehidupan aku. Entah, sebetulnya aku masih belum terbayangkan apa yang akan jadi for the next two or three months, walaupun aku sudah merancang few things, cuma aku tak mahu terlalu bergantung pada perancangan. Aku sekarang lebih selesa untuk ikut flow tetapi merancang. Aku dah diberi tahu oleh ramai orang, dunia penulisan bukan tempat yang mudah untuk cari makan, untuk hidup. Tapi aku percaya, kalau bukan sekarang, satu hari nanti.


Seperti sabtu lalu, aku dan mereka bertemu lagi, kali ini di The Loaf, Pavi. Aku sudah merancang dan bukanlah aku kata gagal cuma agak kecewa sedikit dengan beberapa perkara. Tapi! As i said on my last entry, hidup harus bersyukur. Walaupun tak semeriah or sesempoi last week, sedikit tapi ada, sudah terlalu bermakna. But im happy, request by mail order is increasingly improved. Mungkin hujung minggu yang berlangsung ini, masing2 sibuk ke pen house. Aku belum pasti samada akan ada next stop selepas yang ini atau tidak. Sebab aku perlu kosentrasi untuk satu dua perkara yang bakal mendatang. If this could be the last, aku ucap berbanyak terima kasih kepada yang sudi datang terus bertemu aku.


Yang belum ada rezeki datang tapi still mahukan; boleh berurusan langsung dengan pihak kami.



Cuma dalam aku sibuk2 dengan all those stuff, sumtimes i feel prety down; prety empty. Sebab hujungnya aku masih duduk diam, sendiri. Belum ada yang teristimewa, yang boleh aku kongsi sama2 sedikit rasa kejayaan yang kecil ini. Hurmh...

Well, gud day fellows..



| edit post

2 Reply to "Susur Jalan"

Qarl on October 5, 2010 at 12:51 PM

hola uzair!

smpt belek2 your cerpen. dani punye..

it looks good.

i kne semai dulu minat membaca ni

all d best...

 

uzair zain on October 5, 2010 at 2:11 PM

hey thnx yeah.. aha dani ade dtg hr tu.. ehe thnx btw yeah.. gud day to0.. ;)