Aku tahu ramai yang tanya tanya kenapa dah lama tak tulis sesuatu dalam blog aku sejak belakangan ni. Pun aku tahu ramai yang tanya Uzair dah berhenti menulis? Aku pun tahu ramai yang tanya Uzair dah jadi penyanyi?
Aku tahu aku ada pembaca yang setia, dan aku tahu aku ada tukang tukang kritik yang suka meneliti hidup aku dan aku suka kerana aku tahu mereka mereka ini yang jadikan hati aku kuat untuk jalan terus walaupun banyak masalah yang jadi dalam hidup.
Aku tahu aku dah lama tak tinggalkan sesuatu dalam sini, tapi aku tahu semua menunggu apa lagi dari aku. Aku membayangkan kalau sekarang pun aku sudah tidak terlalu punya masa, apa lagi nanti kalau aku sudah betul terjun dalam industri. Cumanya aku suka sebab aku sudah ada punca untuk menyibukkan diri dengan banyak perkara.
Aku sukakan kehidupan sedikit sibuk aku yang sekarang. Aku sukakan rasa terkejar ke sana sini yang aku lalu sekarang. Aku suka rasa beban yang aku pikul untuk masalah masalah yang datang, sekarang. Sebab semuanya ajar aku untuk tahu bahawa ini adalah kehidupan.
KL Nite Live 2011, jumaat lepas biarpun pertama kali diadakan tapi aku rasa sudah terlalu indah. Apalagi Dato' Yusni Hamid sudi datang melancarkan acara kami, dan beberapa bintang tersohor yang gugur dari langit memeriahkan.
Baru selesai dengan malam pelancaran KL Nite Live 2011 di Musa, aku bakal sibuk lagi untuk 'Uzair Zain Unplugged' yang tarikhnya masih dalam perbincangan, dan untuk semua pencinta tulisan aku, sebagai bukti 'writing always be my baby' dan aku tidak pernah melupakan dunia penulisan, projek novel 'Khairy Armani' yang pernah jadi hit di blog aku selepas 'Pernikahan Sulit' sekitar hujung tahun 2009, insyaAllah bakal dilancarkan sekali pada malam tu. Jadi untuk yang mahu tahu keseluruhan ceritanya, jangan lupa datang untuk dapatkan naskah Khairy Armani. Suka? :p
0 Reply to "Aku Pun Tahu.."
Leave a Comment