U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Introduksi (9)

Saturday, August 22, 2009 by , under

X-clusively by Bujang Lara

Fail hitam sederhana besar, dia tutup sebelum letakkan di sisi meja besar yang sedang terdampar di depan mata. Terhelah nafas lega bila hampir dua jam yang lalu dihabiskan dengan meneliti akaun syarikat, berakhir. Bukanlah betul berakhir cuma terhenti sekejap sebelum petang nanti fail akaun ini akan dihantar pada Dato’ Umar yang sejak semalam cerewet meminta dia betulkan semula.

Seluruh badannya tersandar pada kerusi empuk yang sudah lazim menjadi tempat diamnya dia di sini sejak bertahun lalu. Leher terasa sengal lalu dia picit sedikit di bahagian belakang. Bibirnya dikemam. Pandangannya tegak ke depan, yang pemandangannya terhampar kota Kuala Lumpur. Cuaca yang tadi tidaklah terik terganti bahang yang sedikit-sedikit terasa, biar penghawa dingin dalam pejabat ini dipasang terus.

Dua tangannya kemudian tersangkut berdua di kepala. Kemeja sederhana yang tersarung di badan terkeluar dikit di hujung bahagian rongga seluar. Dia tak hiraukan. Selesa sekali perlakuan itu. Dan senang sekali laut fikirannya beralun memikir entah apa. Berlegar pada hal kerja. Berputar pada hal keluarga yang penghujungnya berpaksi pada seseorang yang sedar dan tidak, bibirnya mengengsot; tersenyum sendiri.

Entah apa yang mahu dibikinnya selepas ini. Matanya mengerling ke jam tergantung di dinding sebelah kanan atas. Mampir ke jam satu tengah hari. Hujung kakinya bergerak-gerak sama seperti akal yang belum terhenti.

Dia jadi buntu.

Tak semena.

Lalu dia tak fikir panjang untuk bangun dari dudukannya. Bimbit yang tersidai sejak tadi di atas meja, dia capai sekejap sebelum keadaan di situ dia perhatikan sedetik dua, seraya kaki dia melangkah keluar dari pejabat peribadi.

Dia tak endahkan apa-apa atau siapa-siapa. Hanya pada seseorang yang terada di bilik yang menyebelahi tempatnya. Ya, dia mahu ke situ. Rindu barangkali belum ketemu empat mata untuk hari ini. Rindu sekali. Benar.

Pintu pejabat yang ditujunya, tidak tertutup rapat. Dua anak mata hitamnya tertumpu pada si dia yang sedang ada di dalam. Hari ini si dia menyarung kurungan biru laut. Segar sekali. Sedang sibuk mengurus entah apa tapi tentang kerja, pasti. Niat yang menimbul mahu menyapa tapi melihat dia begitu, seperti tak sampai hati.Tapi tangannya gatal juga lalu pintu diketuk sekali dua.

Orang yang di dalam tak mengendahkan.

Dia ketuk lagi sekali dua.

“Masuk…” samar-samar suara halus terhadiah di hujung telinga lalu pintu itu dikuaknya sedikit.

“Sibuk nampaknya?” Max Chua menyapa, sederhana.

Lalu Khadijah tersenyum, menggeleng kepala di hadapan meja dengan dua tangan menyeka muka. Dia sebetulnya sudah tahu diri sedang diperhati dari luar. Sengaja dia tunggu apa lelaki itu mahu.

“Boleh tahan. Cuti nak dekat. Jadi perlu siapkan semua yang berbaki…” Khadijah menjawab dengan muka menegak memandang Max Chua. Segak berdirinya dia. Khadijah terpesona.

“Owh… bagus…” lelaki itu kemudian masuk biar tak disuruh. Dia nampak Khadijah sedang menyambung semula kerja yang terhenti sekejap tadi. Khadijah tak peduli waktu lelaki itu menarik satu dari dua kerusi yang tersedia di hadapan meja, seraya dilabuhkan lelaki itu pungung ke atasnya.

Max Chua mengetap bibir tapi hujung jari belum duduk diam. Seluruh pandangannya memerhati wanita yang di depan mata. Sekejap dia alihkan pada bilik yang jarang-jarang dapat disinggah dia belakangan ini. Tapi kemudian dia patah semula pada Khadijah.

"Dah habis kerjanya?" Khadijah memula bual yang sedikit mati tadi.

"Sudah... sebab tu datang sini mahu kacau kamu..."

Khadijah tersenyum lagi tapi kosentrasinya masih pada kertas-kertas putih yang penuh bertulis yang berlambak di depan mata.

"Bagus..."

“Ermh.. awak…” Max Chua tergantungkan suara.

Khadijah angkat muka dengan kening terangkat berdua; tanda tanya.

“Tak keluar lunch? Dah dekat pukul satu setengah…”

“Max, you datang ni nak ajak I keluar makan lah, ya?”

Max Chua angguk kepala tapi terteman kening yang berkerut bila lihat Khadijah menyengih.

“Hello pak cik, sekarang ni bulan Ramadan. Orang Islam semua puasa, I berpuasa…” Khadijah bicara waktu tangannya sibuk mengambil sesuatu di rak belakang.

“Saya terlupa…” Tertangkup muka lelaki cina itu sesaat dua, atas meja beralas dua lengan yang menindih bila dia dengar baris jawapan Khadijah.

“Dah lupa ke atau buat-buat lupa?” perempuan itu usiknya lagi. Max Chua angkat muka semula dengan bibir terlirik senyum lalu Max Chua tergelak.

“Saya tahu kamu berpuasa… saja menanya. Mana tahu, kalau-kalau kamu tak berpuasa…”

“Puasa saya bukan puasa main-main…”

Mereka diam. Max Chua terdiam tapi liriknya masih melekat pada Khadijah yang menyambung kerja.

“Habis saya mahu ajak siapa lunch ni?”

“Ajak lah girlfriend you keluar…”

“Saya mana ada girlfriend. Awak seorang saja…”

“Oi Apek, sudah, jangan berangan…” Khadijah seloroh dalam bibir terukir.

Pintu yang terbuka tidak ditutup tadi, diketuk sederhana bikin Khadijah memandang terus dan Max Chua tertoleh ke belakang.

“Oups! I menganggu sekejap…” kacau Laila yang tadinya terjengul di pintu menggendong dua tiga fail, kelam kabut terus masuk menuju meja Khadijah yang sudah menimbun.

“Ini fail akaun dan maklumat yang kau minta dari Encik Azlan. Katanya dia mahu kau semak semula budgetnya. Kalau boleh dikurangkan, you have to…”

Khadijah tak banyak soal. Fail yang terhidang depan mata, diambil dan dibukanya sebelum dibelek sehelai dan sehelai, sekali lalu.

“Nanti you beritahu Sarimah, suruh dia berikan tentatif program pada I. I need to check it…” Laila terangguk-angguk kepala.

A.S.A.P” Khadijah menyambung sedikit.

Laila angguk lagi.

“Ok lah, you all bercintalah dulu. I pun ada banyak kerja lagi yang nak dibuat..” Laila kenyit mata pada Khadijah yang mengerut kening lagi, tahu si gadis itu sedang mengusiknya; membiarkan dia keluar.

Max Chua betulkan dudukkan di kerusi yang serasa tidak selesa.

“Majlis apa yang awak buat ni?”

“You tak tahu?”

“Tak pun…”

“Pelik…”

I heard about the event… Cuma tak tahu tentang apa…”

“Mentang-mentang bukan you yang handle…”

“Bukan macam tu… I just don’t realy know the details..”

We in progress to do majlis berbuka puasa di Hilton…”

Whice Hilton?”

Kuala Lumpur…”

Max Chua tersandar di kerusi. Terdengus di hujung perlakuannya.

“Mentang-mentangg saya bukan orang Islam, yang tak berpuasa, tak beritahu saya pun…” merajuk nada lelaki ini sambil matanya meliar melihat lampu di siling. Sepulu jari di tangannya sengaja dikuis-kuis.

“Dah tua pun pandai merajuk… But theres another big surprise for you…” Khadijah mengalih perhatian Max Chua.

“Apa dia?”

Well, as far as I know, I can confirm you, majlis berbuka nanti, we invite your idols to join us…”

Dua mata Max Chua yang melekat pada Khadijah lalu dikecilkan. Fikirannya meliar ke sana ke mari memikir tentang siapa yang dimaksudkan oleh perempuan itu. Khadijah angkat dua kening.

Wait!” suara Max Chua meninggi bersama separuh tubuh yang menegak tiba-tiba, mengingati seseorang.

Don’t tell me…”

Who…?”

Don’t tell me… you invite Fazura…”

Khadijah angguk kepala waktu dua tanggannya menangkup sebuah fail pada fail yang lagi satu. Pen hitam yang jadi teman dia sedari tadi, sudah dia tutup kepalanya lalu disangkut pada hujung fail.

“Khad! You crazy! Saya tak tahu pun…” tersenyum Max Chua sampai ke telinga.

“Sekarang dah tahu, kan?”

Max Chua tertunduk muka, menyembunyi senyuman yang belum terhenti. Rautnya sedang memikir pada figura indah yang jadi idamannya.

Its like dream come true…”

“Ya lah.. suka lah you…”

“Saya boleh datang?”

Well, be my guess…” Khadijah betulkan ekor tudung yang tersangkut di dadanya sebelum punggungnya diangkat, berdiri.

“Max, you mimpilah idola you sorang-sorang, I ada kerja lain…”

Max Chua tak sedar Khadijah sudah ada di hujung pintu, merangkul fail, memandang dia yang masih melekat atas kerusi.

“Kalau you nak ajak I makan, tunggu ja waktu berbuka nanti. We out for dinner…” Khadijah utus senyum dengan mata bundarnya.

"Berdua?" Max Chua tanya.

"Kalau you nak ajak satu office, i don't mind..."

Max Chua tersengih gelengkan kepala.

“Saya tunggu kamu…”

Khadijah tak diam lama. Dia tinggalkan Max Chua sendirian dalam bilik pejabatnya yang bukan asing tersinggah lelaki ini. Max Chua tersandar semula. Entah memikirkan yang mana. Gadis tersohor yang di idam dia atau perempuan indah yang baru berlalu dari depan mata, pengubat jiwa.

bersambung...



| edit post

9 Reply to "Introduksi"

Anonymous on August 22, 2009 at 5:56 PM

hmm a bit boring..
kdg2 penggunaan ayt yg pada sy agak melebih - lebih.
jln cerita kurang konsisten..

mr. uzair perlu fokus..

tp title yg menarik.
n awk mmg berbakat..
g.luck mr. uzair

nwy hepy ramadhan =]

wit love :
zz

 

uzairzain on August 22, 2009 at 6:04 PM

well ofkos its not konsisten yet, its just a beginning 4 the whole big story btw, dnt xpect more from intro part.. no need rush.. LOL

 

EZATUL HANI on August 22, 2009 at 10:22 PM

i think this is good enough fer the introduction :)

ilovethis
can't wait fer the nextt
yeayy

 

Penapenis on August 22, 2009 at 11:45 PM

i think ayat yang digunakan okay apa. Tidaklah melebih-lebih seperti yang dikatakan anynymous..

Teruskan Uzair.

Go Go! Uzair Go! U can do it! (sambil membayangkan sekumpulan cheerleaders berskirt pendek terkinja2 menyorak Uzair, lengkap dengan rambu-ramba mereka yang colourful.. uhuk uhuk..)

 

ara on August 23, 2009 at 8:56 PM

wow!!2 la ayt ptama ble sy bce cerpen mr.uzair..n first time i jmpe boy yg mnat dlam bidang ni..

 

Royaltwinz on August 26, 2009 at 3:52 PM

Hi Cik Uzair...

Interesting intro... nama character tak leh angkat.... Yg "Khadijah" tu... lol...

Keep it up... but one thing ur BI -kena jaga spelling... orait...

 

Anonymous on August 26, 2009 at 8:47 PM

hmm yerp betul..
anonymous...tak boleh expect yang super "wow"..
baru je intro kan..

komen saya sebagai peminat seni..
bagi saya jalan ceritanya agak menarik..
at least saya masih meneruskan bacaan saya hingga akhir..
flow 2 ok..
tp ada sikit je yang kurang enak di situ..
tapi saya tak nak sebut..
tp sy setuju sedikit dengan pendapat "anonymous"

well, setakat ini pun bagi saya bagus..
kamu memang lelaki berbakat..
cuma perlu diasah dan digilap..

selamat maju jaya dlm saudara uzair!
keep it!

 

D' on August 29, 2009 at 10:20 PM

tajuk dah cantik..
but something ada benda yang kita patut setuju dengan anonymous.
bahasa yang digunakan memang seakan sukar untuk difahami tapi itulah keindahan yang ada dalam bahasa melayu. tetapi dalam cerpen uzair, ada kalanya bahasa indonesia dan inggeris juga diguna dan dimelayukan yang kadangkala menunjukkan melayu kehilangan identiti...

btw, cerita berunsur kerohanian (i don't know, just guess) ni memang bagus...
cuma kalau boleh minta uzair tambah lagi elemen sastera seperti metafora, personifikasi dan lain2...

itu aje...
good luck uzair!

 

uzair zain on August 30, 2009 at 2:54 PM

well.. uzair x mencampur adukkan bahasa indonesia dan melayu. if kamu belajar ttg kesusasteraan, bahasa melayu itu serumpun. indon juga melayu, malaysia juga melayu. sy bkn campur adukkan. cuma sum word mmg ada yg kdgrn indonesia sbb kita yg x biasa menggunakan.. dan sy menyalah ertikan maksud itu. it still bahasa MELAYU.

sekian