U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Membalas Dendam (0)

Friday, February 11, 2011 by , under

Hey kamu kamu!


Baru sekarang aku ada masa yang sedikit ini untuk habiskan masa menulis sesuatu yang baharu. Aku tak tahu apa yang sibuk sangat sampai aku tak ada masa lima minit untuk menulis di sini. Baru mula2 nak menaip, ada perkara lain memanggil. Besides di rumah belum ada internet for my self, jadi harus keluar kalau mahu menaip sesuatu yang panjang2.

Bukanlah nak dikata sibuk sampai tak ada masa sendiri cumanya sejak dua minggu lepas betul aku kurang ada masa. Semua asbab Malam Solo Uzair Zain, yang dah jadi pada rabu minggu lepas. Malam Solo bukan tempat untuk aku buktikan apa-apa, cuma aku mahu kongsikan sebahagian dari diri aku.



Entah nak dikata apa. Ini bukan kali pertama aku perform solo, ini sudah kali entah ke berapa aku perform sendiri untuk orang-orang cuma bezanya barangkali ini kali pertama aku yang membereskan persembahan, semua dari a sampai z. Jadi mungkin kerana itu, banyak benda yang aku tidak boleh terima. Bukan juga cacat semua cuma aku tidak puas hati. Banyak kekurangan yang aku tak patut dapat. Cumanya kata kawan-kawan yang rapat;

'kalau tak jadi benda2 mcm ni, we will not learn from that.. so now we learned..:

and this is the most touchin me;

'kita pernah naik dari bertatih, tak apa kalau kita kena bertatih semula, untuk maju ke depan' *u know who.. :p

Dua tiga hari lepas itu baru aku boleh pijak di bumi nyata dengan rasa senang. Sebab yeah, yang pertama selalu bukan yang terbaik tapi its such a debut. Pun, last firday aku dijemput tonton Franccisca Peter yang tidak pernah sekali dalam hujung kepala akal aku akan mengatakan; WOW! But yet, she is wow! Dia bikin aku teruja & persembahan dua jam yang dikasi dia membawa aku masuk dalam mood 80s which is it is succed! Dan ada word Fran yang memujuk hati aku supaya terima kegagalan.

Jadinya aku dengan rasa rendah diri mahu mohon maaf untuk semua yang datang malam itu untuk masalah sound yang unexpected dan terima kasih juga untuk masa yang diberi.

Tapi aku rasa tak apa. Asbab itu, untuk menebus kekecewaan & membalas dendam [haha!] aku keluar lagi dan kali ini lebih serius; aku bakal buaikan semua dengan lagu yang lebih banyak + akustik penuh dari awal sampai habis.


Uzair Zain Live in Pure Acoustic Love Songs
has been held @ MUSA Fine & Dine, Avenue K [front of KLCC] pada Jumaat / 18 Februari 11 jam 8.30 malam.



It was succed!

Aku gembira eventhough I am not expected yang datang Malam Solo hari tu akan datang lagi kali ni, tapi setidaknya aku sudah lakukan yang jauh lebih bagus dari yang pertama dulu. 12 lagu lagu cinta aku bawa penuh dengan muzik akustik yang dibawa dari team Kombo Tentera DiRaja Malaysia. Paling aku suka waktu lihat Datuk Maziah Hj Musa asyik tepuk kuat2 waktu aku bawa lagu Biar Bulan Bicara dan Setiaku Di Sini.

Terharu...

Juga aku suka untuk kongsikan satu perkara yang baharu ini; pujanggabujanglara.blogspot.com officialy change to uzairzain.blogspot.com untuk seragamkan nama. Sebab aku risau kalau kalau ada yang pening mengingat, dan Pujangga Bujang Lara akan selalu jadi pemangkin waktu aku menurun menjadi seorang penulis. Aku belum tahu apa yang akan jadi untuk masa mendatang selepas apa yang aku buat ini. Aku cuma harap hidup akan menjadi lebih baik dengan cara begini; berkongsi & bercerita tentang apa yang aku ada dengan semua, dan aku lebih suka untuk lakukan sendiri, seperti ini. Lebih dekat.



| edit post

0 Reply to "Membalas Dendam"