Tegak.
Berdirinya, tegak. Matanya tegak, memeluk tubuh tak bergerak. Seluruh pemandangannya masih terbiar tegak ke luar jendela kaca bersih. Pemandangan ibu negara dari tingkat 36 bangunan pejabat yang terbinanya betul-betul di tengah kota sini, yang berjiran dengan bangunan berkembar tertinggi atas muka dunia, dia terasa mempesona. Bangunan-bangunan makin menaik, merata, yang susunannya berselerak tapi hati dia mengabstrakkan. Anak mata yang pandang jalan-jalan simpan siur, ada kereta berlambak jalan pusing sana sini, terasa membuaikan. Rintik-rintik hujan tambah mengindahkan.
Dia pandang lekuk-lekuk awan larat yang bawakan bergelen air untuk disimbah dikit-dikit pada bumi. Dia amat air-air putih suci yang jatuh makin mencurah mengena semua. Lebatnya mempesona. Bunyi hempasannya dengar deras tapi syahdu sekali. Sama seperti laut hati dia yang belakangan ini selalu berdebar tapi entah kali ini untuk apa.
Suatu waktu dulu, dia pernah kenal yang namanya, jatuh cinta. Yang menurut dia, saat kalau mengenal seseorang, hati rasa suka, berdebar seribu rasa dan kalau berjumpa empat mata boleh jadi histeria! Tapi kali ini dia rasa lagi, dan lagi kali ini dia rasa makin mengacau dari jatuh cinta yang dulu. Jatuh cinta kali ini membuat tangannya bergetar hatta kalau hanya menyerah fail-fail kosong pada tangan si dia. Jatuh cinta kali ini bikin anak-anak rambut dia keluar peluh kalau bertemu empat mata. Jatuh cinta kali ini jadikan liur pekat tersekat di rongga walau hanya terdengar nama.
Apa benar dia jatuh cinta lagi?
Apa betul rasa ini dirasanya lagi?
Apa yang ini paling betul atau yang dulu itu?
Sepuluh jari Khadijah yang memeluk tubuh, mengusap-usap lengan yang bukan terasa sejuk sebab hujan yang makin menggila di luar tapi asbab rasa rindu dia makin menebal. Dia rindu sekali. Walaupun kali terakhir dia jumpa si lelaki yang bikin dia jadi begini, baru berapa jam tadi. Berjam tadi yang tiba-tiba menyinggah lagi di muka bilik pejabat, yang pintu kacanya diketuk sekali dua tapi sudah mengejutkan dia.
"Khad..."
Hampir terlepas pen hitam bermata bulat yang jadi teman dia sehari-hari waktu nama dia disebut sang lelaki.
"Max..." Khadijah buat-buat membetulkan kerongsang tudung di dada, yang maksud sebetulnya mahu mengusap rasa jiwa yang gundah gulana, terpandang wajah tampan lelaki yang disukanya.
"How's work?" Max Chua tanya, masih berdiri di pintu.
"Exhausted... you?"
"I baru lepas hantar account report to Dato'.." Max Chua cakap sambil sebelah tangan dia menyelak kocek seluar dan masukkan lima hari, sederhana ke dalamnya, lalu menyambung "May I come in?"
"Ya..." Khadijah buat-buat bersandar di kerusi empuk tempat duduknya dia, yang maksud sebetulnya menahan rasa debar detik mata dia melihat susuk tubuh Max Chua jalan masuk, menarik satu dari dua kerusi di depannya.
"Max, don't say you datang nak ajak I lunch hari ni.." Khadijah cakap dengan senyuman mengusik. Lelaki cina itu jadi tergelak, geleng kepala.
"Khad, mana boleh guna ayat yang sama untuk mengorat awak... Yang dah diguna, saya simpan untuk orang lain, hari ni saya nak cakap ayat lain untuk awak..." Max Chua bersenda dalam ayatnya. Khadijah jadi senyum. Sekejap dia teralihkan mata. Biar suku dari ayat lelaki itu kedengaran pelik tapi Khadijah tak hiraukan. Dia rasa bagus saja.
"Yea, you should try harder everyday. So, ayat apa you nak guna hari ni?" giliran Khadijah mengusik.
Max Chua ngengsotkan bibir dan tersenyum ikut mata. Dadanya menarik nafas sebelum tubuh disandar pada kerusi menyedapkan belakang, dan lima jari menyapu kepala dari dahi membawa ke rambut sampai belakang, yang maksud sebetulnya mahu menyeka anak peluh yang baru baru nak berair waktu Khadijah sebutkan ayat tadi. Entah dia tak tahu kalau maksud perempuan itu bersungguh atau tak.
"I take it as a challange.." cakap Max Chua dengan mata melekat pada perempuan bertudungkan putih menutup kepala.
Dua bahu Khadijah terangkat.
Tiba-tiba air muka Max berubah. Keningnya berkerut dan anak mata berpusing sikit; mengingati sesuatu yang menjadi alasan dia sampai ke sini, "Actualy.." Max Chua betulkan sisi punggungnya.
Khadijah angkat dua kening sambil sepuluh jari tangan bertemu, diletakkan atas peha yang sudah bersilang dengan kaki lagi satu.
"Saya tak sahur pagi tadi.. sebab sudah waktu imsak..."
Khadijah tersenyum, "Habis you lapar lah ya?"
"Siapa cakap.. saya kuat lagi..." Max Chua mencebik bibir.
"Actualy, Max... you still boleh makan sahur walaupun dah masuk wajtu imsak..."
"Eh, boleh ke? Kalau makan selepas waktu imsak, tak batal?"
Khadijah geleng kepala, "Even sebetulnya kita masih boleh makan waktu azan subuh tu. Cuma larangan makan selepas waktu imsak tu supaya kita boleh bersedia untuk kosongkan mulut dengan makanan. Kalau baki makanan masih ada dlm mulut waktu azan habis, dah dikira batal. Biasanya imsak kan sepuluh atau lima belas mini sebelum azan subu... Sebab tu imsak bererti to be prepare... If kita nak makan lg in that period time, masih boleh..." satu-satu patah ayat keluar dari bibir jambu, biar difahamkan si lelaki cina yang bertanya.
"Oh... baru saya tau..." dua tiga jari Max Chua, menguis dagu.
"Ramai orang Islam juga tak tahu, dia orang selali ingat, lepas Imsak, tak boleh makan... Tapi sebenarnya boleh... sampai waktu azan subuh..." Khadijah terangkan lagi.
"Habis macam mana awak boleh tahu?"
"Saya belajar..."
"Bagus... makin sayang saya dekat awak..."
Luluh jantung Khadijah waktu perkataan sayang itu terkeluar dari bibir manis Max Chua. Yang sebutan itu didengar telinga dia, paling jujur, paling halus. Paling bererti. Yang makin menjadi sebab dia jatuh rindu, empat mata mereka melekat selepas Max Chua ucapkan ayat itu.
Khadijah genggam hujung tudung yang menutup sebahagian dada, dan tutupkan mata. Dia pohon rasa berdebar kerana rindu itu, pergilah sekejap dari sini. Entah tak tahu kenapa asyik dia ingatkan cerita tentang tadi. Kerana dia bukanlah perempuan yang suka suka mahu mikirkan tentang rasa remeh bagai ini.
Khadijah tengok lagi hujan diluar.
Pintu berbunyi ketukan dua tiga kali. Mata Khadijah terbeliak, lalu dia menoleh.
"Khad! Jadi tak nak shopping-shopping ni..." menarik nafas lega si Khadijah bila dia tengok si Laila yang sedang sibuk-sibuk mengomel waktu masuk ke dalam pejabat dia.
"Jadi... sekejap..."
"Berangan apa lagi?"
"Mana adalah.. Aku dah ready.." Khadijah ngerling jam bulat di sisi meja, arum pendek di angkat empat, yang panjang sudah melekat di angka lima. Hampir terlupa dia pada janjinya dengan Laila untuk jadi peneman ke Masjid India. Dia mahu carikan sesuatu.
Khadijah tanggalkan kot hitam, digantikan dengan jaket cardigan warna kelabu, dan tas tangan Burberry dia capai sebelum ikut Laila keluar dari bilik.
* * *
Kalau ditanya tentang mana yang paling meriah di tengah kota, waktu Lebaran bakal menjelma, satu satu mulut pasti akan menjawab Masjid India. Kerana ya, walaupun raya hanya akan disambut lagi 21 hari, manusia sudah berselerakkan di sini. Kekain baju warna warni, setiap tahun tak pernah lekang seri, lelagu raya bergema sana sini. Bikin satu satu hati tak sabar mahu memakai satu Syawal nanti.
Sudahpun sejam, dua kaki menapak dari sebuah kedai ke sebuah kedai di deretan Masjid India. Pun belum satu ada yang berkenan di hati Khadijah. Laila yang mengikut di sebelah dah menjinjit dua tiga beg plastik. Walhal rasanya Khadijah yang beriya mahu datang ke sini, tapi dia yang lebih-lebih memorongnya.
Sudahnya Khadijah tarik Laila masuk ke gedung Semua House waktu dia teringat pada sebuah kedai yang pernah selalu dia singgah kalau raya tahun-tahun sebelumnya. Butik baju melayu tersohor dalam bangunan itu, Khadijah masuk lalu mata tertampar dengan deretan baju melayu yang tergantung. Waktu tangan sibuk-sibuk membelek, dia tanyakan pada Laila; "Warna apa yang sesuai?"
"Kau nak kasi siapa sebenarnya, ni?" soalan itu bukan sekali dua terkeluar dari bibir Laila sejak dia sampai tadi, tapi Khadijah tak menjawab.
Khadijah capai sepasang teluk belanga yang warnanya biru laut, memukau hati dia, "Yang ni, ok?" dia tanya lagi.
"Ya, ini lawa.. ambil je lah.. dah tak larat lagi ni, Khad..."
Hati Khadijah tersenyum, lalu bibirnya ikut terukir. Puas bila akhirnya yang dicari dijumpa juga. Selesai terima bungkusan dari si tukang jual, dua perempuan itu keluar semula, kali ini dalam kepala dah memikir untuk buka puasa di mana. Tapi akal Laila tak senang duduk diam. Kekadang dia lirikkan mata tengok si Khadijah yang senyum seorang-seorang sambil belek-belek beg kertas dari butik tadi. Puas lagaknya.
"Kau ok ke tak, ni?" Laila tanya. Khadijah pusing pandang dia lalu anggukkan kepala tapi senyum tak hilang dari muka. Laila terima jawapan itu dengan rasa tak suka.
"Kau beli baju ni untuk siapa? Max?"
"Ini baju ja lah... Nothing more.."
"Kenapa Max?"
Khadijah telan liur. Dia tak menjawab untuk soalan yang dikasi.
"Kau ada apa dengan Max?" Laila beranikan diri, tanya lagi.
"Laila... tak ada apa..." bergetar nada Khadijah. Laila makin tak puas hati. Sudahnya dia capai hujung tangan Khadijah, dia tarik dan dia bawa ke sisi sebelah sebuah kedai yang dikit sepi. Lekang tak berorang lalu lalang.
Khadijah ikut, tak terkejut. Memang dah faham betul dia pada perangai si sahabat yang seorang ini; selagi tak puas, selagi mampu dia akan bertanya. Khadijah tegak memeluk tubuh tengok Laila memandang dengan muka penuh tanda tanya.
"You better tell me, Khad... Apa yang aku tak tahu..."
"Aku tak tahu..."
"Don't tell me you dah fall in love with that chinese boy, Khad...?!"
Bulat mata Khadijah lalu terkebil-kebil mandang Laila yang kasi soalan paling tak diduga dia. "Aku tak tahu..."
"What do you mean, tak tahu...?" tambah keras suara Laila bertanya kali ini tapi berbisik lagaknya. Terngerling dia pada dua tiga orang yang tiba-tiba melepas lalu sebelah mereka. "Kau jangan main-main Khad.. Kau tunang orang..."
Khadijah tangkup mulut dengan telapa tangan halus dia. Tak semena dia jadi sebak bila di kasi ingat Laila tentang itu. Bukanlah dia tak sedar, tapi dia hanya belum tahu apa yang hatinya mahu.
"Apa Amar cakap nanti kalau dia tahu you macam ni..."
"Laila, please... don't force me... Aku belum ada apa dengan Max..."
Laila rampas tak kuat, beg plastik di tangan Khadijah, "This is what you call, belum?"
Khadijah jadi kesima. Sudah dia tak ada jawapan lagi.
"Now you tell me, apa yang kau sembunyikan..."
"Tak ada apa..."
"Khad.." Laila panggil dengan nada tenang, kali ini. Betul dia mahu tahu apa yang perempuan cantik di depan dia sedang sembunyikan dalam hati. "Aku kawan kau dari kecil. Aku dan kau bukan budak-budak. Aku pun perempuan dan kau tak boleh tipu aku, kau tak boleh tipu diri kau..."
"Aku..." Khadijah berubah jadi sayu. Matanya sayu, bibirnya terkemam kelu.
"Ceritalah, Khad..."
"Aku tak tahu mana nak mula..." dua mata Khadijah direnung Laila dalam-dalam. Dia mahu tuntut jawapan yang paling benar, dan dia tetap menunggu.
Khadijah tenggelam dengan perasaan. Laut fikiran dia melayang, terhoyong hayang. Lagu raya yang sebelumnya berkumandang, hilang. Kenangan hari itu, yang bikin dia sampai jadi begini, semula dia terkenang...

4 Reply to "Rindu Ramadhan - Babak Lima"
hakimfaridzul on August 21, 2010 at 1:50 AM
khad dah jatuh cinta dengan max!
huhuhuhuhu~
Anonymous on August 27, 2010 at 2:54 PM
finally...
tp xtau plak si khad dah bertunang..
huhu..
siapa ammar?
wit love :
zz
iSmAiL sAllEh on November 22, 2010 at 12:25 PM
Cerita Nie Dah Abis Ke??
Anonymous on November 30, 2010 at 4:24 PM
ishk.. sambung ler.. dah berbulan tunggu ni..
Leave a Comment