U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Projek Cerpen Sulung! 1

Monday, August 23, 2010 by , under



Masih bayi dalam dunia penulisan negara, Uzair Zain, penulis karya kreatif bebas yang sudah menulis cerita-cerita pendek sejak 2003 dan mula serius pada tahun 2007, sebelum ini dikenali dengan karya - karya dalam blog peribadi, akhirnya membawakan sebuah projek cerpen sulung, Sampai Mati yang ditunggu-tunggukan.

Pelajar Fakulti Penulisan Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan melalui cerpen 'Sampai Mati' menceritakan tentang kesatuan dua hati antara seorang budak kecil, Umar yang cacat dengan abang angkat dia, Bakhtiar dari keluarga yang mengambil dia sejak bayi. Kisah kisah rindu Umar pada Bakhtiar yang jauh di tempat orang, menyambung pelajaran di universiti luar negara dan penantian kepulangan si abang pada Aidilfiti, dituliskan dengan penuh rasa melankolik dan jujur.

Bungkusan istimewa seunit Sampai Mati berharga RM 10.00 didatangkan dalam edisi terhad 100 naskah sahaja boleh didapati dengan membuat pesanan peribadi ke email pujanggabujanglara@yahoo.com atau layari laman Facebook - Uzair Zain atau Uzair the Malay Author. Tempahan sudah dibuka mulai 23 Ogos sehingga 17 September 2010. Buat tempahan sekarang untuk jadikan bahan eksklusif ini milik anda.

- Admin



| edit post

1 Reply to "Projek Cerpen Sulung!"

hakimfaridzul on August 27, 2010 at 12:02 AM

sudah promote!