U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Kelmarin, Semalam dan Hari Ini (2)

Monday, September 27, 2010 by , under

Sabtu yang kelmarin,

Sudah berjaya aku realisasikan impian aku sebagai serang penulis; menzahirkan sebuah naskah tulisan aku sendiri. Kalau tiga empat tahun lepas aku bermula dengan menaip seorang dalam bilik, untuk jadi pengantara dunia aku pada pembaca, sekarang aku dah buktikan pada cakap2 manusia yang selama ini fikir aku hanya main2 belaka, nah! Aku tak pernah tipu siapa2 tentang cita cita aku. Aku cintakan dunia penulisan dan aku sudah tunjukkan, aku tidak main-main.

Jadi sabtu lalu aku jalankan apa yang aku plan; lepak havin coffee with my close frens and sum of them yang pertama kali aku kenal. Awh its such a beatifull day. Betul, biar yang datang tunjuk muka taklah semeriah mana tapi alhamdulillah. Setidaknya aku lari dari kebiasaan; menjual buku yang selalunya di bookstrores. Aku buat di satu sudut cafe yang tak pernah dibayang orang. Yeah, thats me, always run out of cliche.


Barangkali ada yang kata yeah biasa2 ja, im co0l wif that. Tidak ada sesiapa yang bermula terus dengan luar biasa. Hatta Nabi Muhammad S.A.W memulakan agama Islam dengan isteri baginda seorang sahaja, dan begitulah seterusnya, yang maksud aku, sesiapa pun harus mula mendaki dari bawah untuk mencipta dunia. Aku bukan mengimpikan sebuah dunia serba sempurna, cukup kalau aku boleh reka ruang dunia sendiri untuk aku kongsi dengan semua pengikut bacaan aku.

Aku harap yang pertama ini akan jadi alas penguat jiwa aku untuk hasilkan yang kedua. Aku harap yang dah dapat, mampu menjiwa cerita seperti waktu aku menulis satu2 ayat. Yang belum dapat, sila la order or datang meet me. X reti2? pfft.. ;p

And awh yeah, untuk awak-awak yang terlepas datang sabtu lepas masa mini launch, this is our Next Stop!

klik pada imej untuk besarkan

Jumpa di The Loaf, Pavilion. 2nd Oct!

Semalam;

Malam kurang lebih jam lapan, aku hantar kawan yang baru habis kerjanya di Port Dikson as guru tadika pra sekolah, dan mahu pulang sambung belajarnya di Pengkalan Chepa, Kelantan. Aku ikut teman dia tunggukan bas di Putra, tapi aku paksa dia teman aku makan malam di tingkat 3 dekat situ. (Puas cuci2 mata dekat sana. Maka betullah kata orang, elok2 orang dari kelantan/terengganu ni coz 90% is from thre. pffft)

Waktu aku sedang duduk2 dekat satu sudut depan kedai makan, menjamah nasi greng seafood yang pedas kaw2, kawan depan aku tiba2 mencelah kata;

"Kesian orang tu nak makan, kena kacau..."

Aku ikut toleh ke belakang. Yang aku nampak, seorang brader asyik tunjuk2 sesuatu pada orang yang tengah duduk2 makan. Bila habis orang geleng kepala, dia singgah lagi ke meja sebelah and so on. Waktu sampai ke baris aku, brader tu berhenti dan aku dengar ayat dia pada pakcik separuh umur, yang sedang sibuk2 bertanya apa yang mahu dimakan pada anak kecil dia, yang bikin aku luluh.;

"Abang, beli jam bang.. saya jual murah je bang, 12 ringgit je bang.."

Pakcik tu sibuk geleng2 kepala. Aku tengok brader tu terus jalan dari satu meja ke satu meja dan begitulah sepanjang dia tegur seramai manusia untuk beli satu jam yang aku tak tahu apa jenamanya yang berharga 12 ringgit tapi belum seorang pun teragak nak membeli. Waktu itu yang bermain di akal kepala; betapa bertuah hidup aku. Setidaknya untuk aku jual senaskah cerpen Sampai Mati yang harganya 10 ringgit, aku hanya perlu duduk diam menunggu orang datang pada aku & nah, berpuluh yang datang. Ini bukun untuk aku mendabik dada cuma aku mahu kasi tahu betapa;

"Life is not easy..." I told this to my friend and i guess its so true. Life isnt easy untuk sesetengah daripada kita. Jadi, aku, kau dan siapapun yang punya rezeki depan mata, jangan belajar untuk rasa tak cukup. Syukur saja..

Hari ini.

Hari ini indah kerana beberapa perkara. Aku datang lagi ke Aswara, hari ini untuk habiskan masa menjamu makan dengan kawan-kawan yang aku rindu. Hari ini aku sempat serah seunit Sampai Mati pada pensyarah fakulti aku. Tuan Haji Rahim Abdullah barangkali memanglah tak sesohor Pak Samad atau setidaknya Dato Anuar Ridhuan tapi orangnya sepanjang perkenalan aku dan kami2 pelajar ini, Tn Haji orangnya cerewet dan suka menidakkan sesuatu. In other words, dia suka mempersoalkan sesuatu. Sebab tu waktu aku serah naskah Sampai Mati, dia sempat cakap;

"Ini tak pernah ada orang buat ni.." ini sebab saiznya yang berbentuk CD booklet.

"Barangkali saya boleh guna buat bahan kajian di kelas saya.." FYI, ayat barangkali yang selalu aku guna disebabkan Tn Haji. Lenggok patah 'barangkali' dia amat berjiwa.

"Boleh jadi penulis Pasca Moden di Malaysia.." ini ayat yang agak berat dikasi dia pada aku, tapi aku suka. Aku tahu dia bukan menghakim aku untuk pertama kali. Aku dah berkali2 dikritik Tn Hj sejak bertahun dulu. Kertas cerita pendek aku pun pernah diconteng dia banyak2 kali. Habis penuh satu muka dengan pen merah dia. Jadi, aku syukur sebab dia akhirnya letakkan kepercayan untuk aku.

Tuan Haji dengan aku

Ada satu insiden tadi di bilik seminar tempat kami buat jamuan makan-makan sempena raya, ada seorang kawan aku dari fakulti filem, yang dalam bag dia terisi buku2 tebal dan salah satunya Antlogi Pak Samad yang berat. Suddenly he said to us;

"Pak Samad kena belajar ideologi baru dari engkau, Uzair..."

Aku tanya, "Apa?"

"Buat buku jangan tebal2, ringan tapi penuh..."

Nah! I take it as a'compliment but still its to0 huge for me.

Tapi penghujungnya aku senyum, sebelum aku pusing semula ke luar, tengok hujan lebat menghempas batu ASWARA.



| edit post

2 Reply to "Kelmarin, Semalam dan Hari Ini"

Fatin Aliyya on September 28, 2010 at 12:42 AM

all the best uzair.:)
keep on wiriting n keep on blogging
>_<

aku suka entry ni.:)

 

Lily on October 2, 2010 at 1:41 PM

Tahniah ea berjaya.. Uzair tak nak buat mini launch kat kawasan utara ke? Y^Y

"a' Writer
a' Creative Designer
a' Singer"
How about.. an Actor?
(: