U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Tiga Hari Lagi (3)

Wednesday, September 22, 2010 by , under


dear diary;

Hari ni tak sesibuk hari-hari yang sebelumnya yang aku lalu sepanjang dua tiga minggu belakangan ini. Hari ini hari aku duduk habiskan masa senggang di rumah yang jadi tempat tumpang aku duduk sehari-hari. Hari ini hari aku duduk sendiri fikirkan apa yang telah, sedang dan bakal aku lalu. Hari ini aku habiskan masa petang membakar lemak yang macam tak pernah hilang.

Hari ini tidak indah, sebab ada satu dua perkara yang tidak indah terjadi, tapi aku belum sudi nak cerita. Barangkali bukan di sini. Barangkali suatu hari nanti. Hari ini akal aku asyik berputar tentang hari esok dan lusa, sampai kurang tiga hari lagi.


Tiga hari lagi.

Aku tak berapa tahu macam mana nak describe this feelings and things cuma aku belajar dari apa yang pernah aku lalu, aku hanya perlukan kesederhanaan dalan semua perkara yang aku buat. Aku bukan tak mahu sesuatu yang luar biasa besar, tapi aku selalu gagal, so aku tak mahu gagal lagi. Kalau gagal pun biar terkawal. Itu yang aku rancang untuk hari sabtu nanti. Sederhana.

Untuk siapa2 yang barangkali tak berapa tahu, sabtu, 25 September 2010 aku akan ada duduk2 minum petang dari jam 4 hingga 7 di Aseana Cafe & Bar. Ini bukan kali pertama aku ke sana, bukan kali ke dua atau kali ke tiga, sudah berkali cuma kali yang ini rasanya beza. Aku bukan duduk2 minum petang seperti biasa, aku duduk minum petang untuk raikan sesuatu pencapaian yang serba kecil yang sedang aku rasa.

Barangkali sebab aku bukan siapa2. Aku bukan tersohor seperti penulis2 lain. Ouh, its not 'bukan', cuma 'belum'. Jadi, no parties, no big event and no such huge thinggi, no buffet, no music, no that, no this. Aku hanya duduk minum petang; dengan kopi panas, barangkali sedang menjamah kuih keria atau cekodok pisang. Mungkin sedang berbual2 dengan team yang membantu aku realisasikan perkara ini. Waktu itu kalau awak awak datang dan terperasan seperti tak ada apa2, jangan segan silu untuk tegur. Bukan tegur sebab im a star or what because its not me yang aku jual tapi sedikit karya yang aku reka sejak bertahun dulu. Yang kali ini aku mampu kongsi secara zahir dengan semua.

Aku akan duduk silang panggung, barangkali di satu sudut Aseana Cafe & Bars, menunggu semua untuk datang membeli a unit of 'Sampai Mati'.

Jangan lupa datang menyapa. Sure, aku akan senyum suka!

Jumpa awak awak di sana ya!

- Uzair Zain -



| edit post

3 Reply to "Tiga Hari Lagi"

Fatin Aliyya on September 22, 2010 at 9:03 PM

wah bestnya dh jdk penulis dh.:).keep up gud work uzair!

 

hakimfaridzul on September 23, 2010 at 4:43 PM

:)
tahniah uzair.
semoga semuanya berjalan lancar.
sorry, tak dapat berada disana.

janjiku, tetap mahu senaskah sampai mati tu!
:)

 

Lily on September 24, 2010 at 9:18 PM

Sha doakan 25 September ni berjalan dengan lancar..Amin~ kuatkan semangGat! YEAH! Nak2 beli satu 'Sampai Mati' Y^Y