U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Selejang Terbang Lagi (0)

Thursday, November 05, 2015 by , under

Betapa dunia yang dalam kebisingan aku jalani masih terasa sepi. Barangkali kerana sudah lama tidak menulis dan berkarya. Belakangan ini aku lebih banyak menumpu kepada kerja-kerja seni persembahan & penulisan kertas kerja. Undangan membanyak tetapi aku kekal dalam nuansa seniman yang sederhana. Ah, dunia seni yang cukup aneh! Barangkali pendukung aku ramai yang sudah maklum tentang penjelajahan seni selama seminggu ke Kyrgyztan sempena mewakili Malaysia untuk Festival Seniman Epik Dunia 2015. Meski sudah sebulan yang lalu, 1 - 9 September 2015 adalah waktu yang tidak mungkin terbang dari laut akal.


Persembahan keroncong @ Dewan Filharmonik Kyrgyztan. 6 9 15.


Menyarung songket warna dada langit tajaan Maswira Majid @ Perasmian FSED 2015 @ Dataran Ala Too, Bishkek.


Di Dataran Ala Too, lokasi rasmi perasmian FSED 2015.


Taman Negara Ala Archa yang majestika! 


Sebagai angkatan seniman muda, aku terbang membawa misi menyebarluaskan seni puisi Melayu ke mata dunia. Angan-angan ini mungkin tidak dapat difaham oleh banyak mata tetapi terima kasih Datuk Norliza Rofli - Ketua Pengarah Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara yang faham tentang intuisi hati. Undangan yang menyusup itu cukup bermakna. Travelog tentang perjalanan ini tidak aku tuliskan di sini kerana telah beberapa kali aku siarkan dalam media. Anda boleh membacanya di Travelog Umar Uzair ke FSED 2015 @ Kyrgyztan atau dapatkan Media Hiburan isu 31 Oktober 2015.

Berbual tentang Media Hiburan, Oktober & November ini MH memilih aku dalam ruangan Bersama Umar Uzair. Selama tiga siri itu, adalah serba sedikit yang aku cakapkan tentang perkembangan seni dan budaya, penulisan dan perbahasaan Melayu dalam perspektif hiburan. Banyak yang ingin aku sorongkan ucapan terima kasih kerana menyiarkan artikel yang murni tentang pembangunan seni beberapa bulan ini. Selain Budiey.com & Media Hiburan, Sinar Harian, Astro Awani, Harian Metro & Daily Seni juga membawa aku terbang dalam akhbar.






Kerjaya seni aku berjalan dengan baik meski perlahan tetapi maju ke hadapan. Permasalahan sebagai lelaki, anak dan seniman tidak pernah mati, terus menyubur. Sebagai tanda kesungguhan yang tidak berbahagi dan kerana janji, dua buah puisi dari Pesta Di Padang Jiwa telah dirakamkan; Pintalah Aku Ke Sana & Miliki Kau. Aku memilih untuk memacukan dahulu Pintalah Aku Ke Sana pada November ini. Entah bagaimana penerimaannya.



| edit post

0 Reply to "Selejang Terbang Lagi"