U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

#BeriYangTerbaik Merdeka Ini! (0)

Friday, August 07, 2015 by , under


#SaySomethingNice adalah sebuah projek yang diasakan oleh Anas Zubedy melalui Zubedy (M) Sdn. Bhd yang bertujuan memanfaatkan 17 hari antara Hari Merdeka iaitu pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September sebagai sebuah acara untuk mempamerkan rasa kecintaan terhadap negara serta menyerlahkan masyarakat Malaysia dalam semangat yang positif.

Kempen 17 hari ini juga antara lainnya untuk mengubah citra negara. Kami mahu mewujudkan sebuah negara Malaysia yang positif dengan memberi tumpuan kepada kekuatan kekitaan dan semangat 1Malaysia. Dari tempoh tersebut pihak kami akan mengisi dengan pelbagai program dibawah kata #SaySomethingNice sebagai menghargai antara satu sama lain. Antara program yang telah dijalankan dibawah kempen ini termasuklah #EatSomethingNice, #ReadSomethingNice, #WearSomethingNice.

Sebagai merancakkan acara kali ini, julung kalinya kami telah mewujudkan #LiteratureSomethingNice yang berinisiatif memartabatkan Bahasa Melayu dan sastera dalam kalangan masyarakat. Bersama #LiteratureSomethingNice ini, kami membawakan Umar Uzair seorang penulis kreatif, penyanyi dan pemuisi yang akan mengadakan kempen bahasa dan seni sastera dengan mendekati para pelajar sekolah rendah dan menengah.

#LiteratureSomethingNice – Sastera Bersama Umar Uzair akan diadakan sebagai melahirkan rasa kecintaan sastera dan bahasa yang unggul, dalam penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah. Program ini akan meliputi pencerahan tentang sastera yang meliputi tiga medium utama puisi iaitu syair, sajak, pantun. Turut akan diadakan didalamnya ialah kuiz, siri baca puisi dan kemuncaknya ialah penglibatan wakil daripada sekolah dalam sebuah persembahan 'showcase' muzik puisi Umar Uzair yang akan diadakan di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur, Cheras.

Kempen Say Something Nice telah ada lebih 3 tahun lalu untuk meraikan keakraban bangsa yang sebelum ini ditumpukan kepada warga urban kota. Tahun ini kelainan mereka untuk menarik perhatian warga Melayu adalah melalui sastera. Saya telah memberikan beberapa judul tetapi Say Something Nice telah menjadi jenama. Saya terima menjadi Duta Bahasa sebagai langkah awal untuk mengembangkan sastera Melayu dalam kempen ini. Sebagai imbangan, saya sendiri meminta untuk diletakkan 'Sastera Bersama Umar Uzair'.

Sampai Jumpa!



| edit post

0 Reply to "#BeriYangTerbaik Merdeka Ini!"