Umar
Uzair, penulis kreatif, penyanyi dan pemuisi yang baharu saja
melancarkan karya terbaharunya Pesta Di Padang Jiwa terbitan Institut
Terjemahan dan Buku Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penulis
Nasional Malaysia (PENA) pada 6 Mac 2015 oleh Tan Sri Abdul Ghaffar,
Pengerusi Majlis Buku Kebangsaan Malaysia di Rumah PENA. Uzair telah
memulakan kerjaya secara aktif sejak 2007 dan konsisten mengangkat
budaya dan bangsa dalam perbahasaan Melayu melalui Persatuan
Sasterawan Numera (Nusantara Melayu Raya) Malaysia dibawah pimpinan
Sasterawan Negara ke-11 Dato' Dr. Ahmad Khamal Abdullah sebagai
Setiausaha Agung.
Turut
menghasilkan karya dalam pelbagai antologi termasuk Menyirat Cinta
Haqiqi (2012), Kongres Penyair Sedunia ke 33 (2013) dan menyelenggara
Risalah Melayu Nun Serumpun & Cinta Bersulam Anekdot (2014)
bersama Sasterawan Negara Dato' Dr. Ahmad Khamal Abdullah dan aktif
menulis esei serta eceran termasuk dalam Seminar Sastera
Internasional Numera – PDS Hb. Jasin 2013 dan Seminar Bahasa,
Kususasteraan dan Kebudayaan Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan 2012.
Menggerakkan langkah awal sebagai seorang penyanyi dengan serius
setelah mengadakan mini deretan persembahan solo sejak awal 2011
selain sebagai bintang tamu dalam Grandfinal Sumbar Talenta
(Indonesia), Singapore Writers Festival, Baca Puisi Dunia Numera 2012
& 2014, Festival Pangkor 2012, 2013 & 2014, Kongres Penyair
Sedunia ke 33, Bulan Bahasa Kebangsaan, Mens Style Fashion Week dan
pelbagai lagi.
Promo Showcase
Umar Uzair Dalam Pesta Di Padang Jiwa *KLIK*
Terbaharu
UU telah mengadakan persembahan di Esplanade, Singapura pada Oktober
2014 selain diterbangkan ke Dhaka sempena Khatak Poets Summit 2015
sebagai salah seorang dari 12 penyair khas gabungan Malaysia,
Bangladesh dan Belgium pada 1-6 Februari 2015. Bekas pelajar
Penulisan Kreatif, dan Vokal Akademi Seni Budaya & Warisan
Kebangsaan dalam bidang Penulisan Kreatif dan Vokal juga telah
menerbitkan Sampai
Mati
(2010), Kumpulan
Puisi Pascamoden – Di Mana Bulan Sorokkan
(2011) yang mendapat dukungan oleh tokoh dalam bidang kesusasteraan
setelah dilancarkan oleh Sasterawan Negara, Dato' Anwar Ridhwan dan
Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said selain sokongan padu biduanita
negara, Ziana Zain.
Sebagai
merancakkan kerjaya seni serta membawa UU dalam survivalnya melayari
bidang sastera penulisan dan seni muzik ini, Youth Beat Event
Management dengan kerjasama Talent Lounge membawakan Umar Uzair Dalam
Pesta di Padang Jiwa. Sebuah pesembahan solo UU yang akan
mengetengahkan puisi-puisi dari naskah ini dalam gabungan elemen
soulpop dan tradisi. Turut akan diadakan pelancaran muzik video
single Uzair – Yang Aku Mahu yang liriknya diambil dari sebuah
puisi pembuka dalam naskah ini. Ia juga dianjurkan sebagai sebuah
usaha mengangkat muzik puisi dalam nuansa terkini serta sebagai
agenda memperkasakan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.
Akan
diadakan di Talent Lounge, PJ Trade Center pada 11 April 2015 bermula
jam 7.30 malam UU menjanjikan sebuah persembahan yang berjiwa besar
dalam usahanya mendukung seni tergabung bahasa budaya. Tiket-tiket
berharga RM25 (termasuk minuman ringan) boleh didapati di Talent
Lounge atau hubungi 017 6976761 / www.siumaruzair.wix.com/umaruzair
untuk maklumat lanjut.
0 Reply to "#JOMPESTA!"
Leave a Comment