U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Puisi Petang (0)

Thursday, April 04, 2013 by , under


Saya begitu berkecil hati kerana Bulan Puisi Antarabangsa dipandang sepi di Malaysia. Tentunya saya belum berkemampuan mengadakan sebuah hebahan yang besar tentang perkara ini bersendirian. Barangkali Dewan Bahasa Pustaka, GAPENA dan PENA sibuk dengan bermacam perkara. NUMERA juga sedang konsentrasi menjelang Mesyuarat Agung Kali-1 pada 27 April nanti. Tapi ini tidak perlu disenyapkan. Kerana itu saya mahu terkenal supaya atas tiketnya saya boleh mempergunakan menghebahkan perkara begini. 


 Juempa DRamo diiring penyambut ramah tamah, sebuah banglo bistro yang klasik dalam kemodenan pinggir kota Bangsar menggamit sukma. Di satu sisi, JD menyediakan penginapan butik hotel kelas satu dalam suasana damai seakan di kamar rumah sendiri.

Pun, kebetulan SEBUDI yang ditubuhkan budayawati tersohor Malaysia; Profesor Dr. Siti Zainon Ismail yang sedang bersidang di Athens sempena Pesta Buku Kanak-Kanak Bolognia mengadakan pertemuan empat mata di Jeumpa DRamo. Saya akan lebih berkecil hati sekiranya pertemuan ini tidak dimanfaatkan. Justeru saya membisikkan perkara ini kepada anaknda Sasterawan Negara Usman Awang, kakanda Haslina supaya melakukan sesuatu terhadap bulan ini melalui hari itu. Apalagi menurut saya Jeumpa DRamo sebuah tempat yang sungguh mempesona untuk melakukan sebuah acara santai yang bergaya. Setidaknya secara bersederhana, sebuah acara kepuisian tetap berlangsung dan 'ada'. 



 UU dalam sarong yang sedang diangkat gayanya, usai persembah akustik Biar Bulan Bicara, Setiaku Di Sini & Jerat.

Tonton :


Setiaku Di Sini & Jerat


Petang damai dalam dendang Biar Bulan Bicara lalu diusik Cik Normah Nordin; guru teater ramai pelakon tersohor. Maya Karin & Nazim Othman ditelunjuknya.


Minum petang enak disedia pihak Jeumpa DRamo, Bangsar 
& Pn, Haslina Usman Awang titip pizza dan kek marble yang menawan!


 Pn. Haslina SN Dato' Usman Awang dalam puisi ayahndanya; Kekasih. Cik Normah Nordin; guru teater & penggiat unggul tampil dalam puisi sinikal yang menusuk. Bawahnya Attikah Sanusi sisi potret hasilannya antara yang hadir petang itu.

Kita tidak perlu berlindung dibalik sibuk bising pilihan raya umum yang sedang digendangkan. Bersama keakraban kerabat SEBUDI kami meraikan Bulan Puisi Antarabangsa dalam nyaman dan bersederhana.



| edit post

0 Reply to "Puisi Petang"