U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Transkripsi UU (0)

Wednesday, March 27, 2013 by , under

Mesti!

Menurut aku seorang artisan harus wujud kreatif dalam perkembangan pemikiran dan apa yang dihidangkan secara keperibadian kepada khayalak tak kira samada pembaca, penonton atau pengkritik umum. Tentunya sudah terlalu banyak kelainan yang dihasilkan dalam banyak cabang seni belakangan ini. Aku tidak perlu ketinggalan dengan sekadar tampil elok melalui vokal. Aku juga maklum ramai artisan yang unik dilambakkan dalam dunia seni. Aku juga tak harus terkebelakang dalam soal ini. Apalagi selepas hampir tiga tahun hirup dalam arena kesusasteraan dan sudah hela nafas tenang, aku mulai serius menjahit nama dalam dunia seni muzik untuk tahun 2013. Bukan sebelum ini tidak serius cuma sekarang aku yakin untuk 'pergi'!

Dalam rambang penelitian itu, aku nekad dengan angan-angan yang selama ini mahu tampil dengan kelainan untuk dipersembahkan melalui jatidiri keMelayuan dalam pemakaian dan persembahan. Dalam banyak corak dan kesantunan budaya Melayu yang sesuai dengan kelelakian itu, aku memilih untuk mengikat Sarong, Songket dan Pelikat pada setiap persembahan dan penampilan rasmi.

Justeru percubaan pertama dinyatakan sewaktu pelancaran Anugerah Puisi Dunia Numera 2013 pada awal Februari merubah transkripsi pemakaian aku sebelum ini. 


UU dari kiri : pra kulit album Yang Aku Mahu, pelancaran Anugerah Puisi Dunia Numera 2013, UU dalam Fragmen Kemala & di STYLO International Fashion Show Menswear 2013.

Songket keorenan pemberian tamu dari Aceh tampaknya menarik mata Tan Sri Hamad Kama Piah yang seusai disapa aku lekas dipuji. Budayawati Siti Zainon Ismail yang hadir sebagai tetamu juga menilai pemakaian aku, nasihatnya desta lelaki Melayu harus lengkap lima; kepala, baju, sarong, seluar & sepatu. Aku senang sekali dengan pemerhatian ini.

Nah, sejak itu aku tidak lagi toleh ke belakang bila muncul juga dalam sarong di persembahan Merai Sasterawan Negara Anak Selangor oleh YAM Tengku Panglima DiRaja Selangor Tengku Sulaiman Shah Ibn Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Biar kod pemakaian waktu itu harus bernada Melayu, aku memang bersedia untuk memadani songket biru dasar laut dengan pelikat merah darah yang diseluarkan.


UU, Sharifah Shawati, Sam Kassim, Bon Zainal & yang stail @ STYLO 2013 Menswear.


Pertengahan Mac, fesyenista Kuala Lumpur meraikan STYLO yang sudah diadakan beberapa waktu di jantung kota. Aku bukan sosialista yang kerap ke majlis fesyen biar ada ajakkan sebelum ini. Pernah, MIFA di Pavilion dan Zebra Square atas undangan teman cuma waktu itu tidaklah melaram mana. Ah, aku belum pun bergelar selebriti justeru sarung jeans dan kemeja hitam barangkali memadai. 

Oh, tidak sewaktu terima undangan ke STYLO 2013 yang dilangsungkan di ALoft KL Sentral. Barangkali kerana mahu kedatangan ini dianggap serius dalam industri (Yang Aku Mahu juga sedang dalam proses hebahan di radio & media. Terima kasih INDIGITAL Sdn. Bhd bawah selenggara dua PR terkenal; Abang Poji & Kak Nana. Harapnya April membawa khabar suka gembira) Betapa sudah lama tidak ke sana, aku tidak tahu sudah terbuka bangunan kelas satu bersebelahan pusat sehenti negara. ALoft sewaktu pertama kali aku memandang begitu menarik hati. Serupa seperti pertama kali bertandang ke Sasana Kijang dibawa bonda Siti Zainon Ismail. Aku fikir kalau di Singapura, ini sudah biasa-biasa saja tetapi untuk berada di Kuala Lumpur, wah sudah makin kritis pembikin bangunan di sini. Aku asyik! (Nanti aku kisahkan di lain cerita)

Aku berbelah bagi untuk mengikat sarong asbab ini penampilan sulung pada acara sosial. Ini boleh jadi sebuah titik pertama di khayalak terbuka tentang pemikiran mereka terhadap sarong dipadani pakaian urban. Aku memilih untuk menyarung kemeja coklat tanah Kajiki yang teradun terkois pada dada dan gelang tangan, jeans biru lekit dan but coklat pekat. Menyuaikan sarong keemasan ini bukan satu idea yang difikir lama. Justeru malam itu aku beranikan diri saja biar maklum jejaka hampir semuanya memilih untuk memakai kot dan sut; hitam berlambakkan. Hitam? Ah, bosan!

Laksana Sean O'Pry, menurut aku; Komited dan yakin pada fesyen walaupun ada yang menggulingkan dua anak mata. Aku tak aneh bila ada yang mengerling dan ditegur memuji kerana berani-berani memakai begitu. Ada juga yang secara sinikalisme tapi aku endahkan dengan senyuman terima kasih. Penampilan itu menghirup banyak pandangan keesokan harinya bila seorang penulis majalah fesyen tersohor di Malaysia menyuruh aku supaya dapatkan perunding pemakaian dan jangan membodohkan diri seperti di STYLO sebelum tersusul kritikan dari yang lain tentang pemakaian begini mempersendakan budaya. 


Bront Palarae, UU & FR

Aku antara kaget dan lucu kerana penilaian itu secara konsentrasi, tentunya aku suka dengan perhatian ini. Menurut aku mudah. Malam itu model dimomokkan dengan pakaian serba terkehadapan dan ada waktu sebetulnya tidak 'in' dengan suasana perfesyenan negara TAPI ia tetap dapat dukungan penuh. Menyorot pakaian Fairuz Ramdan yang sempat saling menyapa sebelum acara membawa Bront Palarae dan Awal Asyaari sebagai 'muse', FR membawa imej skirt pegawai Scotish ke dalam fesyen angannya dan dinyatakan dalam gaya urban yang bagus. Warnanya setara dan coraknya teradun saksama. Aku secara peribadi sukakan kot merah jambu ada rona terang. Malah sudah membayangi untuk memakai kot FR suatu waktu disesuaikan dengan sarong.

Nah, menurut aku juga kita lelaki nusantara juga miliki jatidiri pemakaian sendiri yang antaranya; sarong. Inilah yang harus diperkembangkan supaya kita tidak perlu menunggu Karl Laggerfeld atau Tom Ford mengolahnya pada New York Fashion Week, barulah kita di sini ternganga dan sedia mengeskploitasikan. 

Menyarung persalinan adat juga tidakkan bodoh pada pandangan aku. Monoloque pernah membudayakan tanjak, sayangnya secara tidak konsisten dan bergaya. Memang penampilan aku malam itu bukan yang sempurna. Nama juga kali pertama di khayalak umum yang lebih besar personafikasi akal masing-masing (maklum saja semua urban anak kota glamor dan mewah. Mujur juga aku membimbit tas lelaki Armani).  Aku percaya setiap artisan yang kreatif membangun dengan masa dan suasana sebelum menemui 'ia. Aku harus dan mahu lalui perkara begini. Setidaknya aku dalam asyik kerana sudah menemui tanda diri yang tinggal lagi diperhalusi untuk diperkemaskan sesuai umur dan citra kefesyenan sekarang. 

Pesan bonda Siti Zainon juga sudah dipaku dalam kepala supaya lebih menyempurnakan dengan sarung di kepala. Seperti di barat ada beret, fedora, topi koboi. Tidak semestinya juga aku menyarung tanjak atau tengkolok. Juga tidak semestinya songkok. Dipadankanlah dengan suasana. Cumanya ya, aku sudah jumpa beberapa idea yang lebih segar tetapi didasari peradaban keMelayuan. Semoga suatu waktu yang tiba itu aku akan lebih maklum terhadap pemakaian dan kualiti persembahan. 


UU, Pak Samad, bonda Siti Zainon, Pyan Habib & Helmi Samad di suatu petang dimampir senja.

Oh, seminggu yang sudah juga aku dan Pak Samad bersenggang petang di mamak susur bawah kediaman sasterawan negara ke tiga itu. Aku sudah lama tidak temu mata Pak Samad. Kami berbual tentang kehidupan, tentang kota dan tentunya tentang dunia sastera yang menjadi kecintaan. Nyatanya dia masih kuat memperdagangkan akal & jiwa buat negara, bahasa dan politik yang sedang diselami dia. Di hujung pertemuan kami, Pak Samad menurun tanda tangan pada naskah terbaharu; Di Atas Padang Sejarah yang dihadiahi anakndanya - Helmi Samad. Apapun dan bagaimanapun pilihan Pak Samad, aku akan selalu hormati kerana disesetengah waktu, politik yang selalu ditelingkahkan harus diceraikan supaya bahasa dan keTuanan ini selalu dipegang tangan.

Salam, UU.



| edit post

0 Reply to "Transkripsi UU"