U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Semacam Ada Rasa (0)

Wednesday, March 21, 2012 by , under

Ada masa telinga dan nyawa dalam dada seiring dengungnya. Ada dua tiga masa belakangan ini, sepi dan gundah teraduk rasa indah yang saksama. Barangkali kerana dalam keseorangan aku lalu hari hari yang ada waktu ia menobrok getir aku sebagai seorang lelaki dan manusia, didatangi kesibukan yang aku sendiri ambil keputusan untuk masuk ke dalamnya. Rupanya dalam kemasukan itu, terhampar bentang demi bentang perkara yang hebat di hadapannya.

Sudah pun seminggu aku bersenggang dengan sekumpulan produksi sebuah filem dilakoni lelaki tersohor dalam negara. Aku belum pernah memasuki keluarga perfileman tapi tawaran yang datang [biar sebetulnya 100% aku tidak pernah senang dengan skrip yang dihasilkan, bahkan aku terketawa waktu sesi pembacaan skrip dilaku antara pelakon] tapi aku terima pelawaan yang datang dengan kadar sederhana; kerana aku mahu cabar diri sendiri tentang dunia penulisan yang masih bayi diterjuni aku. 

Dunia filem asing sekali. Dunia penghasilannya bahkan lebih dari itu. Pun, aku seronok disapa semua yang rata rata memberi detikd etik terhormat aku sebagai seorang penulis sastera yang datang mahu menulis sesuatu yang bersifat lebih santai - aku dikasi tanggungjawab menulis naskah 'di sebalik tabir' untuk sebuah filem. Itu ringkasnya. Lebarnya - nantilah. 

Penghormatan datang lagi malam tadi. 

Laksana mapel mapel memerah yang gugur; dalam hati aku. Malam tadi datang aku bukan seperti selalu. Empat bulan lepas aku pernah hadir dalam sebuah majlis besar himpunan sastera. Aku duduk di meja hujung belakang sana. Terperosok tak dikenal siapa. 


Sasterawan Negara ke 10 Dato' Dr Anwar Ridhwan - Profesor Dr IrWan Abu Bakar
Sasterawan Negara ke 11 Dato' Dr Ahmad Khamal Abdullah @ KEMALA - Umar Uzair 


Semalam, langsung sebuah penghormatan dari Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong untuk Yang Berbahagia Dato' Dr. Ahmad Khamal Abdullah, sohornya dipanggil KEMALA di majlis meraikannya sebagai Sasterawan Negara ke 11 - sebuah anugerah tertinggi dari kerajaan Malaysia kepada orang orang yang menghela nafas dalam patah patah kata sastera. 

Kali ini; semalam, aku duduk dimeja antara yang terutama. Selang semeja dari DYMM, KEMALA. Semeja dengan ilmuan dan tokoh bangsawan negara. Ringkasnya, perasaan aku berkabung bermacam rasa pada majlis yang dituju buat seseorang yang sungguh aku hormati dan hargai. Dato' Kemala semalam menggesek habis belang di atas meditasi pentasnya sewaktu menyampai ucapan penghormatan. Aku begitu pegun. Ucapnya beza dari yang biasa biasa dikasikan si tukang dapat. 

Sewaktu KEMALA berdiri di atas melaku ucapan, aku di bawah beraduk semacam anggapan; ada pesan pesan yang seperti dituju buat aku supaya menjadi seseorang yang terus menjaga bahasa dan kedaulatan sastera Melayu seNusantara. 

Barangkali rasa itu boleh aku ungkap dalam ayat yang aku salin dalam fon BlackBerry -

Kemala - Yang Rohani

Gemerincing kaca yang tergantung atas jemala kepala
Didengar berbisik, hati aku kasar dimengerti

Dari duduk aku sini 
Kemala menahan tongkat kaki; berdiri
Digema patah kata dipalu sang Tuan
Tentang Kemala yang malar sewaktu dibesar; berdasawarsa
Kemala diam membangun - khabarkan sastera seNusantara
Kain kain jaya dibentang sepersatu
Yang sampai seTanah Melayu

Dari duduk aku sini 
Ada semacam rasa asing dierti
Layang layang keping aku dengar dia berpesan, kami senyum tanpa tawa
Saat Kemala ngengsot senyum, dalam hati aku dibanjir sebak rasa
Kasih aku pada Kemala yang rohani - tak mati. 

Umar Uzair

20 Mac 2012
Hotel Istana, Kuala Lumpur



| edit post

0 Reply to "Semacam Ada Rasa"