U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Memartabat Dengan Gaya (0)

Thursday, March 22, 2012 by , under

Benar, belakangan ini saya sudah asyik dipandang mata oleh beberapa pihak untuk menebual saya tentang sastera, seni dan muzisi yang dirantai bahul jemala. Ada kekekokan yang tersepit sepit, teraduk rasa teruja bila ajakan demi ajakan diajukan buat saya; kekadang dari pihak pengurusan yang memaklumkan. Memula dulu saya janggal sekali kalau dicakap tentang temuramah tapi saya tahu ini akan dilalui. Saya perlu sedia untuk menjadi bijaksana dalam percakapan. 

Menurut saya menjadi seorang penulis dan penyanyi apalagi pemuisi, pemikiran dan apa yang terkeluar dari bibir bicara harus selaksana. Justeru waktu ada pihak pihak yang menghubungi untuk dikeluarkan saya dalam artikel artikel tertentu, saya sedia saja. Seperti artikel dari The Star yang baru disiarkan; 


dan


Patah patah ayat saya hati hati. 

Dalam rangkaan jadual saya juga sudah direncana beberapa temubual yang besar; menjadi bahan wawancara sekumpulan siswazah ijazah di universiti tersohor dan menjadi penghias muka depan untuk sebuah majalah gajet dan sosial remaja. Ada beberapa lagi yang sedang saya teliti, cuma saya nantikan dahulu. Menunggu supaya Yang Aku Mahu sudah lekang dalam corong radio.

Saya terbuka kalau mahu menerima undangan temubual dari mana mana pihak; wartawan. Ini bagus untuk perkembangan kerjaya. Matlamat saya supaya penulis sastera khususnya boleh muncul di majalah arus perdana, yang sedang 'in' dalam situasi masa. Saya mahu jadi penulis yang ada gaya, ada rasa dan sentuhan berbeza samada dalam penghasilan naskah, citarasa fesyen dan pemikiran pascamoden. Tapi harusnya, saya utamakan temubual yang menjuruskan kerjaya seni sastera bahasa dan muzisi. Kalau tentang peribadi - maaflah!

- UU



| edit post

0 Reply to "Memartabat Dengan Gaya"