U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Yang Aku Mahu! (0)

Wednesday, January 25, 2012 by , under

Keterbukaan seharian aku belakangan ini begitu asyik. Memang iya, aku sudah kurang menghasil karya karya berupa naskah sastera dalam laman sini. Kehidupan aku sudah beza. Seiya sekata hati yang mahukan keberjayaan dalam titik titik masa supaya jangan berterusan dungu lewa seperti di suatu ketika dulu. Waktu aku masih anak kecil. Kehidupan harus lebih ke hadapan. Untuk dinilai dan dihormati manusia manusia keliling. 

Semenjak aku sibuk dengan NUMERA, sejak aku dipanggil Umar Uzair oleh KEMALA, aku sudah beza. Perkataan aku beza, pemikiran aku beza, pemerhatian aku pada alam dan masyarakat berbeza. Aku mendewasakan, aku. KEMALA bawa aku terbang lintasi lirik masa tiada pernah aku damba dalam perih kepala; bagai lekuk lekuk daging merah akal ini menyirat makna makna pejal - apa dan bagaimana mempamer diri selaksana sasterawan. 

Aku sekarang lebih sibuk mendukung usaha Dato' Dr Kemala dan Numera. Pun, single pertama 'Yang Aku Mahu' menolak kata kata propaganda yang menjatuhkan. Yang Aku Mahu menjadi bukti keseriusan aku dalam seni muzisi, yang sudah aku perdengarkan seantero negara dalam Selamat Pagi 1Malaysia dan Assalamu'alaikum; TV Al - Hijrah minggu lalu. 



Langsung - Umar Uzair di SP1M TV1

*KLIK UNTUK BESARKAN*

Minggu lalu memang keindahan berganda - siaran langsung persembahan akustik pertama aku di ceruk bintik bintik kaca berwarna, artikel tentang kelangsungan seni dan sastera dipamer dalam Maskulin isu Februari 2012. Ada sejenis rasa aneh dihumban baling kerana berjaya menidakkan kata kata orang yang pernah tertiup kena hujung telinga; "Penulis sastera dan puisi tak kena (sesuai) keluar di majalah mainstream.." 


Umar Uzair - Maskulin isu Februari 2012

*KLIK UNTUK BESARKAN*

Oh! Sungguhlah aku sudah mengiyakan, sastera dan bahasa selamanya bermaraharaja dalam Tanah Melayu sini. Bukanlah mendabik, cuma cakap cakap perli itu menambah bikin aku menggegar jiwa mahu melaksana tugas tugas memperkukuh perbahasaan Melayu dalam negara. Semoga aku terus mampu berdiri dengan nama sendiri dalam seni sastera dan muzik negara dan mengimbangi keduanya biar jalan seteru. 

Yang Aku Mahu sedang direncana untuk lebih indah dari sisi muzikal dan melodinya. Aku jalan dengan rasa penuh kepayahan dan kesederhanaan tetapi ke kehadapan. Semoga lancar apa yang melingkar dalam bebayang kepala. 

Dan, aku sedang berkira kira untuk menukar pautan laman ini dari www.uzairzain.blogspot.com ke www.umaruzair.blogspot.com. Barangkali seminggu dua lagi!


Salam, UU.



| edit post

0 Reply to "Yang Aku Mahu!"