U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

NUMERA (0)

Monday, January 16, 2012 by , under

Ada sejenis perasaan haru dan kelegaan yang begitu mendalam pada setiap niat yang terluahkan pada perancangan yang selama ini berlegar dalam akal kepala aku sebagai seorang anak seni sastera bahasa Melayu apabila NUMERA yang dikepalai Sasterawan Negara - Dato' Dr KEMALA akhirnya berbunga kembang bagai di taman Kashmir sana. 

Seminggu sebelum semalam, rektor dan timbalan, setiausaha juga bersama timbalan menaik tangga puncak ke tingkat tertinggi Media Prima untuk duduk bincang berkenaan segala usaha murni yang dibisik di telinga rektor pada keinginan TV3 untuk melancarkan NUMERA di Sri Pentas Utama. 




Semalam, kami protem komite tertinggi bertemu mata kesekian kali sebagai tanda bersetuju membina batu batu dan mendukung usaha serba besar ini. Aku duduk sebagai setiausaha agung yang memikul sebuah kerja bukan calang calang kerdilnya. Cuma setiap kali hati berasa kegugatan itu, lekas saja aku memujuk biar jangan diputus usaha ini. 

Pertemuan pertama kali aku dengan Tuan Malim Ghozali yang tersohor, yang selama ini aku dengar khabar khabar tentang kehebatannya, bikin aku gelegak membara dalam jiwa. Bertentang mata dengan ilmuan ilmuan begini begitu mengujakan.

Sebagai mengiyakannya rasa biar berterusan, aku bina sebuah laman khusus sebagai kedatangan NUMERA di tanah negara. Info tentang Nusantara Melayu Raya ini boleh diikut pada sesawang; www.numeramalaysia.blogspot.com. Semoga mendapat manfaat kepada selapisan pendukung dan pencinta budaya sastera Melayu!

Tunggu khabar yang seterusnya dari aku, dan kami!

Oh ya, aku akan ditemubal langsung di Selamat pagi 1Malaysia, Khamis ini [19/1]. tentang Di Mana Bulan Sorokkan, sastera dan seni aku. Pun, akan dendangkan single ' Yang Aku Mahu' LIVE. Jangan lupa melekat di hadapan tv bersama secangkir kopi panas! 

HIDUP SASTERA MELAYU!



| edit post

0 Reply to "NUMERA"