U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Jiwa, Usul, Konklusi. (0)

Wednesday, January 04, 2012 by , under

Jiwa.

Sastera Melayu itu diperhebat adat dan budayanya dengan prosa, puisi dan pantun lama yang sepatah patah ayatnya dibina teriring maksud sempurna. Pun, sewaktu kala dahulu, orang orang Melayu di Tanah Semenanjung diperbesar dengan bacaan ayat ayat tulisan jawi sebelum kedatangan penjajah yang menukar transkripsi sisi penulisan kepada rumi. Sedikit pemberitahu; barangkali ramai selama ini yang ada timbul tanya - kenapa Melayu itu paling sinonim dengan bahasa jawi dan agama Islam, bahkan juga arabi?

Usul. 

Melayu itu asalnya dari bangsa Mala dan Yunani, yang berdarah dagingkan Nabi Ibrahim A.S kemudian dipertumpah susur darahnya kepada Nabi Yusuf A.S melalui perkahwinan Baginda dengan Sarah. Orang orang Melayu hidupnya berpindah randah dan hidup di gunung gunung banjaran tersohor dunia, kerana itu kekal namanya ke hari ini Banjaran HIMALAYA. Orang orang Melayu kemudian itu bersepah penghidupannya ke serata Nusantara, Semenanjung Tanah Melayu, Langkasuka, Kedah Tua, Johor, Thai dan Sumatera. Dari situlah tulisan Jawi timbul kerana pergaulan perbahasaan Melayu dan perkataan Arab. Pun, kerana hidup di tanah subur di gunung gunung, bangsa Mala gemar menanam pokok pokok bunga, hingga sekarang kalau dilihatkan di kampung kampung serata tanah negara, orang Melayulah yang paling gemar menghias tanah depan rumah mereka dengan pepokok bunga. 

Konklusi.

Melayu itu dari darah arab, perkahwinan Nabi Ibrahim dengan Sarah dan Keturah, selepas kewafatan Sarah [ Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah] Kerana itu sewaktu bahasa Melayu berkembang pada zaman kerajaan Melaka, budaya dan sastera Melayu terikut sama. Ada dua pantun yang dikesan salah selepas diperubah kepada rumi : 

Harapakan PAGAR, PAGAR makan padi. 

Yang sebetulnya ialah burung PEGAR; bertindak menghalau haiwan perosak tanaman padi. Pepatah yang betul : 

Harapankan pegar, pegar makan padi. 

Begitu juga pepatah; 

Melepaskan BATUK di tangga. 

Yang sebenarnya ialah BATOK; pencedok air yang biasanya diguna untuk membasuh kaki sebelum masuk ke dalam rumah. Pepatah yang betul :

Melepaskan batok di tangga. (perbuatan yang tidak iya iya, bermalas malasan saja)

Kesilapan berlaku ketika mentranliterasikan ejaan jawi kepada rumi dahulu.

هرفكن فكر, فكر مكن فدي

ملڤسکن باتوق د تڠݢ



Kekeliruan berlaku sewaktu memindahkan maksud 'Fa' pada Pa - gar, dan Ta Wau Kof pada ba - Tuk.

Dan kerana itu selama berdekad ini kita selalu mencari logik akal tentang apa kena mengenanya batuk pada tangga dan pagar pada padi. Nah! Ini jawapan di persimpangannya. Melayu itu indah!

*Barangkali aku boleh mengandaikan Medan di Indonesia adalah sempena salah satu nama anak anak Nabi Ibrahim yang menghilangkan diri dari keturunan Bani Israel ke Nusantara. 

Salam Semuanya! UU

Berkait kait emas songket suasa,
Menggerbang dari Tanah Besar sana,
Carik carik rindu hamba yang rasa,
Bawalah terbang keliling pun kemana.



| edit post

0 Reply to "Jiwa, Usul, Konklusi."