U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Datang! (0)

Monday, February 13, 2012 by , under



Tonton temubual Xklusif Umar Uzair @ TV Al Hijrah tentang sastera dan seni muziknya [KLIK!]


Ah! Letih yang begitu mengindahkan! Simpang simpang yang dipijak pijak telapak kaki berminggu ini begitu meletihkan. Cuma aku sepertilah selalunya; belum pernah rasa patah kalau sudah tertampan rasa rasa semangat itu ke dalam lubuk hati. Justeru satu dua minggu ini aku letakkan konsentrasi pada kelangsungan kerjaya.

Sibuk memikul amanah dikasi Sasterawan Negara; Dato' Dr. Ahmad Khamal Abdullah, sebagai Setiausaha Agung Persatuan Sasterawan Numera Malaysia. Bohonglah kalau aku berasa tidak canggung waktu pertama kali dihulur suruhan begitu. Bukan berat hati tapi terasa terlalu terharu dikasi percaya sebegini. Waktu aku uruskan pengisian Protem Numera untuk dihantar teriring dalam borang Pendaftaran Pertubuhan, Aku lihat nama nama yang terbaris dalam borang begitu gah genderang. Dibarisi Sasterawan Negara, Naib Canselor Univerisiti Pendidikan Sultan Idris, Pensyarah, Dekan Fakulti perbahasaan, Ahli Akademikal, yang sewaktu lihat aku; masihlah anak kecil yang sibuk cari nama dalam industri seni sastera dan muzisi.

Barangkali kata orang itu sudah rezeki. Harus syukur dengan apa yang dikasi Dia. Cuma aku tetap berasa kecil dengan tanggungjawab yang sebesar ini diletakkan ke hati. InsyaAllah! Tidaklah akan disiakan. Begitulah aku belakangan ini sibuk ke sana ke mari uruskan Numera dan perancangan aktiviti untuk selama berbulan mendatang ini.



Pun, Minggu yang lepas aku sibuk ulang alik ke studio rakaman. Projek single lagu 'Yang Aku Mahu' sudah tersiap dimasuk vokal aku. Pengambaran muka depan untuk kompak cd pun sudah disiap. Tinggal proses pencetakkan dan kemasukan lagu ke dalam cd sedang terurus.

Semoga kedatangan aku disambut baik semuanya!

Amin.

~ UU



| edit post

0 Reply to "Datang!"