U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Yang Aku Mahu (0)

Monday, November 14, 2011 by , under


AKHIRNYA projek single yang sudah lama aku tunggukan bakal berkumandang di pusat pengumpulan penyair dan sasterawan tanah negara! Aku tak mahu tulis lebar, mohon dipersila kepada semua pencinta sastera dan seni aku.


* KLIK untuk besarkan dan semak info! *


'YANG AKU MAHU'

Hujungnya ini judul yang asyik bergenang dalam akal kepala aku sejak berhari sehabis berkira apa tajuk yang harus aku kasikan untuk single pertama aku dalam bidang muzik ini. Aku berbesar hati, waktu seminggu lepas Dato' Dr KEMALA yang aku temu di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke 8 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato' bisik pada aku :

"Saya jemput kamu untuk berpuisi di Rumah PENA nanti 2 Disember..."

Ah! Apalah lagi yang paling haru. Justeru aku ambil kesempatan yang besar ini untuk adakan Pra Dengar single 'Yang Aku Mahu' di hadapan sekalian penyair tersohor tanah negara, pencinta sastera Melayu dan sisi seni aku; juga bakal hadir sembilan sasterawan tersohor dari Indonesia : Sastri Bakry, Pipiet Senja, Eka Budianta, Nita Indrawati, Muhammad Subhan, Kurnia Hadinataesha Tegar Putram F. Rizal Alief dan Yangdisa.  Phewh!

Itu bakal menggelorakan jiwa aku untuk persembah malam itu! Justeru semuanya aku alu alukan kedatangan untuk duduk duduk jam 8 malam 2 Disember 2011, Pra Dengar X-klusif Soul R&B 'Yang Aku Mahu'.

Sampai temu!



| edit post

0 Reply to "Yang Aku Mahu"