U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Himpun Sasterawan (0)

Friday, October 14, 2011 by , under

Bagai sebuah perhimpunan sasterawan negara, selasa kelmarin akulah juga dijemput mendeklamasi di Malam Puisi Warisan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 yang kebetulan diadakan di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan. Laksana sirih pulang ke ganggang waktu aku datang ke sana hari itu, menghadapi suasana yang dua tiga tahun dulu tempat aku menyedut segala ilmu yang dikasi tuan tuan guru. 






                                                             *KLIK untuk besarkan imej

Gembira kedatangan aku di ASWARA disambut dengan rasa paling elok bila mata melihat sahabat sahabat yang pernah duduk mengaji bersama dalam kelas. Elok melihat Dato' Dr Anwar Ridhwan menyambut hulur tangan aku dengan senyuman. Elok bahu membiarkan Tn. Haji Rahim Abdullah meletakkan tangannya. 

Seperti yang aku cakapkan dalam majlis kelmarin;

"Tiga tahun lepas saya datang sebagai penuntut di Akademi, tiga tahun lepas saya duduk sebagai seorang pelajar, dan hari ini saya duduk sebagai seorang penyair semeja dengan sasterawan sasterawan negara..."


*KLIK untuk besarkan imej

Suka aku duduk semeja dengan Dato' Dr Anwar Ridhwan, Dato' Dr Ahmad Khamal Abdullah, Tuan Ahmad Sarju, dan beberapa orang tokoh tulisan Malaysia yang tiada putus kasikan ilmu dan patah patah bicara berguna. Barangkali untuk sebahagian dari mereka ini bukanlah apa apa, cuma itulah; aku tetap berbangga kerana dalam usia muda sudah berjaya satu pentas dengan ilmuan perbahasaan Melayu.

Seperkara yang menyejuk pemandangan jiwa ialah; mereka ini adalah ilmuan bahasa yang hidupnya terhabis dengan segala bentuk pemikiran dalam menjaga sisi perbahasaan Melayu, yang dirinya sudah terbang lintasi segenap waktu dan terhadiah dengan segala ganjaran setimpal dengan usaha. Tapi mereka masih duduk menunduk menghormati manusia sekeliling. Aku kagum. Semua mereka tiada lokek untuk mengajar anak kecil seperti aku supaya terus jalan ikut susur yang sedang aku lalu.

Aku kagum!

Apalah yang lebih menyenangkan bila ucapan aku disambut tepukan tangan dari semuanya, sebelum aku teruskan persembahan deklamasi puisi Di Mana Bulan Sorokkan dalam lagu Biar Bulan Bicara. Ya puisi dan lagu ini bagai lagu wajib aku sekarang. Di mana pun aku akan persembahkan. Sebetulnya tidaklah merencana untuk membawa lagu ini kerana muzisi aku masing masing ada kerjanya, cuma kebetulan rezeki Allah, malam itu dihadiahkan Dia pada aku sa pemain gitar yang bijaksana. Justeru aku nyanyi dia petik saja. 

Nah! Lalu aku hadiahkan lagu itu untuk semua; dan puisi moden 'Dan Aku Pun Mendambakan'. Juga dari Kumpulan Teks Pascamoden - Di Mana Bulan Sorokkan. 

Pun, aku senang sekali bila naskah aku diterima oleh segenap penulis penulis lama yang suka membelek buku aku. InsyaAllah banyak perancangan sedang aku jalankan kerana seorang profesor dar sebuah universiti tersohor bagai iya iya menyuruh aku lekas merakam sebuah lagu dari sajak sajak yang ditulis dalam buku. Ya! sudah ada sebuah yang berjaya dicipta oleh aku. 

InsyaAllah kalau usahanya ada istiqomah dan ada sokongan dari manusia keliling. Lebih lekaslah aku bakal keluar dengan 'single' pertama! 

Amin... 

Moga elok elok hari semuanya.. 



| edit post

0 Reply to "Himpun Sasterawan"