U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Berguru. (0)

Sunday, October 02, 2011 by , under

Dua minggu yang baru lepas aku jalan dengan rasa penuh kepadatan. Justeru aku jadi bermalasan mahu memanjakan tujuh lapan jari yang selalunya rajin mengetip di papan kekunci. Sejak duduk sudah tiga empat hari di rumah kampung sini, mulalah akal bergelimpangan. 

Sabtu lepas aku luang masa lihat konsert Ziana Zain & Anuar Zain di Esplanade, Singapura. Biar sudah beratus kali aku ke sana tapi kedatangan yang ini ada beza. Ini yang kali ke dua aku keluar pusing Singapura dengan yang namanya kekawan [24 tahun aku duduk bermastautin beribukan rakyat Singapura, 24 tahun juga aku hanya bersenggang ke sini dengan saudara sahaja, barangkali kerana aku lebih senang begitu]. Justeru bezanya aku rasa seperti ke luar negara. 

Menghabis masa sejam setengah menggelongsor dalam sepersatu lagu kakak Ziana bikin aku dan yang lain terbuai dengan kenangan kami yang membesar dengan bunyi bunyi pekat balada 90 an dan nyaring tinggi suaranya. Walau aku memang harus mengaku yang satu ini; Ziana Zain sekarang bukan Ziana Zain yang suaranya seseksi 10 tahun dahulu.  Ziana Zain yang dahulu; pertamanya - key suara boleh mencecah G6, punca satu Malaya jatuh cinta kerana tinggi sedatang dengan seksi sebutannya. Dua - selalu menuntut suara supaya lebih dilontar ikut teknik dan cara yang sempurna. 

Ziana Zain sekarang lebih selesa bernyanyi ikut senang suara dia.

Pun, aku yakin walau bagaimana kak Ziana mempersembah lelagunya, aku dan semua pengikut seni dan suara dia selalu mempersetankan biar apa pun alasannya. Kerana itu aku tetap melantakkan tekak dan seluruh kotak suara dihabiskan kuasanya untuk Ziana Zain : tengkuk dan kotak suara masih sakit sampai waktu aku sedang menaip ini. Sakitnya sampai membikin setubuh aku serasa mahu demam.

Tak apalah!

Pun, semenjak seminggu dua ini, aku sibuk merencana karier seni yang bercabang dua; yang sedang dipersembah aku. Merencana projek novel, merencana runut bunyi [single lagu] untuk novelnya, mengatur itu ini. Kerana kedatangan aku dalam dunia seni penulisan dan terpecahnya tembok muzisi, dihulur dengan rasa sokongan penuh keterujaan. 


*KLIK untuk besarkan.


Aku selesa senyap belakangan ini. Mahu lihat jauh mana aku boleh jalan pergi. Pun, aku suka artikel terbaharu yang disiar pihak Media Hiburan keluaran September. Biar pasti ramai yang serasa mengganggap kemunculannya terlalu kecil, bukanpun terpampang di muka depan atau media utama, kerana aku yang memilih untuk keluar perlahan tapi ada makna. Aku yang memilih mahu muncul hanya atas asbab segala hasil kerja penulisan dan sisi muzisi. Bukanlah seperti sebilangan yang sekadar tunjuk rupa tapi kerjanya belum diuji. 

Ya.

InsyaAllah semoga perjalannya semudah seperti yang direncana, biar ada mata mata yang tidak selesa memandang, semoga usaha aku yang seperlahan ini boleh mengekalkan aku supaya makin meninggi pergi, masih selalu merunduk menyembah bumi. Nah! Namapun berguru dengan Ziana Zain! Hik.

Semoga baik hari hari semuanya!



| edit post

0 Reply to "Berguru."