U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Kejelakan (0)

Wednesday, September 07, 2011 by , under

Ah! Jelak!

Aku duduk diam menegak, dengan dua telapak tangan mengatup atas dua peha aku, yang kedua kakinya diam terapatkan. Di hapadan aku terhampar batu batu merah menegak menutup. Berkotakan empat segi; mengurung. Seperti lelabah kecil yang diperlakui oleh keanakan - menangkup dengan kotakkan kecil kalau dinampak lelabah menggelikan lantai.

Akulah seperti itu.

Aku jelak!

Kemudian aku pandang lagi ke batuan yang tertutup lebih sedekad. Dua mata hitam aku padanya mengamati. Ada lekuk lekuk halus sekali. Tak ternampak kalau tak dipaksa perhati. Aku sudah lupa bila kali penghabisan dinding itu diwarnakan ayah. Sejak putih, bertukar hijau, kemudian ada coklat taik, dan penghabisan ialah kuning.

Akulah seperti itu.

Bodoh! Aku kejelakan!

Pada perlakuan yang dua selepas itulah aku pun menarik nafas. Pekat dan dalam, tapi bukan memerdekakan. Sewaktu tali tali gumpal daging aku dikerjakan dalam tubuh, aku rasa perut berkembangan. Ah! Aku tampar tampar perut selepas memicit micit. Bodoh! Perut yang tak pernah mengecil ini selalu bikin aku rasa tampil dalam kebodohan pada mata mata yang aku suka.

Aku jelak!

Kemudian sisi geraham gigi aku menggigit alur daging dalam pipi. Geram yang tak boleh dimatikan. Untuk apa kejelakan aku ini selalu berleluasa dalam akal kepala? Akukah yang tidak pernah menjalar rasa syukur untuk nikmat nikmat yang datang berselerakan tapi tidak pernah memuaskan? Bukanlah! Bukan itu yang sedang diselenggara titik titik akal aku.

Habis, apa?

Aku jelak ditertawa dalam kesenyapan, kerana membiarkan diri dikenali semua. Jelaklah kerana setubuh pelusuk perasaan aku tidak dipeduli sesiapa; asyik selalu dipandangi, belum pernah dimengerti. Jelaklah kerana aku selalu menjadi orang yang hanya disukai oleh si itu dan si ini tapi tidak mampu dicintai bahkan oleh seseorang. Apakah aku bukanlah sesuatu yang indah untuk dinikmati? Barangkali. 

Akulah seperti itu.

Bunyi kipas bergantungan pada dinding menemankan. Anginnya yang bertebaran menjentik angau, hama dan kengkawan mereka, dibiarkan. Sejuk angin itu tadinya buatkan aku mengepit kelengkang kaki; menahan kencing yang bertakungan. Angin dalam tembok batu barangkali menyejukkan tapi tidak pernah mendamaikan.

Aku jelak! 



| edit post

0 Reply to "Kejelakan"