U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Pembuat, Penulis dan Pembaca (3)

Tuesday, December 21, 2010 by , under

Aku bukan seorang pembeli buku novel-novel tak kira samada berbahasa Melayu atau Inggeris atau apa saja. Aku pun bukan jenis yang suka membaca novel atau cerita cerita pendek sejak tamat 2004. Aku tak tahu kenapa cuma yang aku pasti; akulah pembuat cerita cerita dan manuscript2 novel. Kalau ditanya kenapa, pernah satu hari aku diberitahu oleh seorang sifu yang juga sasterawan dalam dunia penulisan; terhadkan pembacaan pada naskah2 buku novel kalau mahu menjadi seorang penulis yang betul2 menulis atau penulisan kamu akan terikut dengan macam-macam gaya dari macam-macam penulis.

Betul; aku setuju. Bukan aku setuju bulat terus apa yang dikasi tahu sifu ini, tapi tiga empat tahun ini aku lalu frasa frasa menjadi seorang pembuat buku. This gonna be different if you are a' lawyer, or an engineer, or even a' singer yang mahu terjun dari bidang asal dengan menjadi penulis sebagai kerjaya kedua; you have to read more before you can be a writer. Got what i mean?

Tapinya, aku; sepanjang 19 tahun (tolak 3/4 tahun) aku helah nafas sebelum ini, serasanya boleh hitung dengan jari tentang buku/naskah apa yang aku pernah baca. Salina tulisan sifu Pak Samad (aku rasa ini wajib dalam diri setiap orang bergelar penulis) Aku Darah Anak Merdeka; ADAM dari Ramlee Awang Murshid (yang aku tak habis baca), cerita-cerita pendek dalam antologi Kerusi & Anak Laut yang semuanya menyentuh hati aku. Oh ya; Ombak Rindu (sure this is prety familiar for writers and others) dan aku rasa... aku lupa tajuknya apa tapi ada sebuah buku dari Khadijah Hashim yang watak perempuannya dikasi nama Murni (kalau Khadijah Hashim ada baca ini; saya mahu tahu tajuknya.. uhuh) sebab itu adalah cerita pertama yang aku baca sekitar aku umur 11/12 tahun yang terus membawa aku terbenam untuk jadi seorang penulis.

Dan, ya.. itu saja. Thats it. Weird? cuma 3/4 buah buku justeru aku jadi seorang penulis. Tapi aku percaya satu perkara; bakat bukan untuk ditimba tapi untuk dikeluarkan dari dalam diri, untuk orang lain menimba. Aku tak kata aku bagus cuma aku rasa; im not that bad.. ngehhh.. ;p

Jadi dalam tempoh tiga empat tahun ini aku memang tidak banyak membaca, dalam erti kata lain aku dalam proses menjadi seorang pembuat buku, aku belajar memahami perkataan, aku memahami maksud dan ritma, dan kepenggunaan sesuatu perkataan, aku susun patah2 kata dan campur aduk ayat ikut sesuka hati aku tapi maksudnya mesti satu dan sampai, lalu, nah! terjadilah Pernikahan Sulit, Khairy Armani, Renungan Rembulan, Rindu Ramadhan dan Sampai Mati. (Awh aku tak sangka aku ada 5 cerita; L I M A ! actualy more than that cuma tak official lagi)

Dan beginilah aku sampailah seminggu yang lepas, aku keluar jalan2 ke Kinokuniya untuk ke deretan buku buku novel sastera Melayu yang sampai hari ini aku suka untuk persoalkan kenapa ia diletakkan di ceruk belakang sana. Aku tahu Kino dari Japang tapi ini Malaysia, can they put a respect to us dengan jangan sorokkan rak2 buku di belakang? (ok this is not what i wanna talk about.. pffttt)

Aku ke situ dengan satu tujuan; aku mahu membeli sebuah novel. Apa sahaja novel Melayu dari penulis Melayu Malaysia. Ini bukan kali pertama aku ke rak situ, serasa aku hampir seminggu sekali aku akan singgah ke Kinokuniya tapi entah tak tahu kenapa cuma hari itu aku rasa aku mahu membeli sesuatu untuk dibaca, aku mahu tahu bagaimana cara penulisan penulis sekarang. Jadi aku mula mencari. Aku nampak makin ramai penulis di Malaysia. Aku tak tahu samada itu senario yang bagus, yang sihat atau pun setakat ramai saja tapi nilainya kurang. Im talking about quantity is more than a' quality. Satu yang pasti penulis wanita tetap lebih dominan.

Asbab itu aku habiskan masa dekat dua jam membelek satu satu buku sebab aku hanya akan membeli satu saja. Cuma dalam keramaian nama, dalam banyak tajuk, aku paling tertarik dengan sebuah buku yang dikasi nama '28 Hari, Jurnal Rock n Roll - tulisan Mohd Jayzuan.

Aku belek sedikit2 saja sebab aku tengok cara buku dicetak dan bahasanya mudah bersahaja, intinya pun macam best aja plus ada review dari dua tiga artis yang sampai aku kata dalam hati; this must be something. Nah, aku bayar RM15.oo untuk buku setebal kurang dari 200 muka surat dan aku baca satu-satu patah ayat, dari satu babak ke satu babak, bab ke bab, dan baru ke bab dua, aku dah tutup buku dan capai Sampai Mati yang aku baca lagi sampai habis.

28 Hari, Jurnal Rock and Roll asasnya ialah cerita si penulis menjelajah satu Malaya mencari 'siapa' diri dia. Aku suka idea Jay cuma entahlah cerita dia banyak yang buat aku kata; 'alahai! potong betullah!'. I mean baru nak masuk sampai ke sesebuah keadaan, Jay terus cut the feelings dengan mematikan sesebuah babak. In other way; tak detail. Aku sangat kurang senang dengan manuscript 'tak detail'. Aku selalu ingatkan diri sendiri; you want to do a manuscript, you better do it well.

Aku tak kenal Jayzuan tapi ada seorang teman aku kata, dia adalah seorang penyanyi dan waktu aku lihat blog Jay, sudah ada dua buah buku yang diterbitkan, few cds, and perfoms. So I say; ok...

Now its gonna be like this. Aku ada masalah dengan kedua2 penulisan samada dari penulis wanita atau lelaki. Masalah aku dengan penulis wanita adalah keBANYAKan daripada mereka biasanya menulis ayat yang terlalu melankolik, berjela dan berbunga padahal maksudnya pendek saja. Penulis wanita selalunya over exited untuk mengekspresikan jalan cerita yang sampai kadang-kadang kita akan fikir; apa ni? Aku banyak jumpa itu dalam kebanyakan buku penulis wanita, sebab tu aku selalu belek saja sebab tak sampai satu bab, aku dah malas nak menyambung.

Masalah aku pada penulis lelaki (tolak tepi Pak Samad, Usman Awang dan sedikit Faisal Tehrani, mungkin sedikit dari Tn. Haji Rahim Abdullah dan Dato' Anuar Riduan; kerana aku hanya suka tulisan mereka) ialah, serba ringkas, tak banyak isu dan klimaksnya mendatar. Bahasa penulis lelaki selalunya menjadi terlalu straight forward yang kadang-kadang aku baru baca dua tiga perenggan, aku akan fikir; aik? dah habis? I mean cara sesebuah babak disampaikan tak detail buatkan aku rasa tak puas membaca. Dan kalaupun mereka detail, keperincian bahasa mereka akan membuatkan aku ulang baca sampai sepuluh kali, yang maksud aku mereka mendalamkan sesebuah maksud sedalam2nya sampai jadi agak complicated.

Now that is my problem untuk kedua penulisan. Samada terlalu meleleh atau terlalu ringkas. Aku bukan menidakkan bakat-bakat orang lain cuma aku rasa kurang senang tengok karya-karya yang terlalu komersial yang ditulis oleh orang orang yang asasnya belajar untuk jadi peguam, jadi bisnesman, jadi jurutera dan kemudian menulis buku lalu dipasarkan. Aku pun tidaklah kata semua penulis akan begitu cuma kebanyakan mereka adalah dari yang baru.

Barangkali ada yang tak setuju cuma aku lebih suka kalau sesebuah penulisan itu detail, less melankolik tapi berisi seperti yang tangan aku menulis. Yeah, pun bukan aku suruh penulis lain jadi macam aku. Evrybody is different, asbab itu selepas ini aku perlu fikir mmungkin lebih dari dua tiga kali sebelum aku betul2 membeli buku tulisan orang lain sebab aku tetap rasa lebih puas membaca karya sendiri.

Last not least; tetap aku mahu kata; sorry Jay, cerita you kurrreng la..



| edit post

3 Reply to "Pembuat, Penulis dan Pembaca"

Qarl on December 22, 2010 at 8:26 PM

uzair,

ADAM terbaek! itulah novel tebal pertama Qarl baca masa form 3 kat mrsm pendang dulu. Qarl abeskan baca dr kul 10 mlm smpai ke pg. tanpa tido. thrill sgt cite tu. then esoknya trus smbung dgn SATU JANJI. Ramlee awang murshid gak.. smpai situ jelah.. haha

 

Penapenis on December 28, 2010 at 1:35 AM

yeah, that's what an author do, hunny. keluar dari cengkerang, baca karya orang, baru ada ilham, boleh buat perbandingan.


**Saya akan terbang berhijrah ke seberang minggu ini. Maaf kalau pernah buat awak berkecil hati, terasa dan kecewa kerana saya tidak sesempurna yang dipinta.

 

Red Cherry on July 3, 2013 at 8:41 AM

Salam...sorry, I am a bit confused...If you don't read or write, then why you buat this review/comment ya? The way you tulis seperti you seorang pencinta buku begitu..