U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

datang DAN pergi (3)

Wednesday, July 21, 2010 by , under

Aku bersyukur sebab aku dilahirkan sempurna, walaupun tak begitu ada rupa yang boleh buat semua orang menggila, tapi aku rasa aku bertuah sebab masih tahu untuk sedar dan selalu pijakkan kaki atas tanah bumi nyata.

Hidup di Kuala Lumpur, [atau di mana saja], no matter how and which world or way you enter, kalau tak tahu membawa diri, boleh jadi sesat jalan. Kalau nasib x baik, peoples will bring you to wrong way. Dan kalaupun nasib baik, kalau akal masih tak tahu bersyukur, pun akan jadi tak tentu hala.

Aku ada ramai kenalan yang they call them selves as a' party person; drinks, takin drugs, clubing, but yeah, I don't judge peoples sebab aku percayakan satu perkara; kita HANYALAH manusia, yang tidak ada hak sedikitpun untuk menghukum manusia lain, cuma kitalah yang perlu mengingatkan sesama manusia. Cuma barangkali aku tidak ada kekuatan untuk nasihatkan orang lain, tapi aku selalu ingatkan diri aku; JANGAN PERGI TERLALU JAUH.

Sebab itu aku selalu sedarkan diri, aku masih manusia. Jadi aku perlu letakkan ruang / gap dalam sesebuah dunia pada mana-mana manusia yang aku kenal. Yea sebab aku dikeliling macam-macam jenis manusia yang makin hari makin bawa aku kenal tentang hidup di dunia [walaupun aku bukan seorang perantau sejauh orang lain, aku masih di Malaysia].

Eventho aku dah banyak lalui perkara yang tidak elok as a human being tapi aku tetap mahu bersyukur sebab ada beberapa perkara lain yang aku masih mampu pertahankan; untuk tidak masuk ke dalamnya.

Those days, aku tengok keliling aku, ada sesetengah from them yang mudah jatuh cinta kalau disogok kemewahan, kalau ditatang rupa kacak lawa. Tapi aku berbangga kerana aku selalu tak syok sendiri dan aku masih mampu menolak pelawaan yang kadang-kadang datang itu sangat berbaloi tapi aku tahu penghujungnya bakal memakan diri sendiri [buktinya? Aku masih SINGLE, dan aku masih belum berjaya sepenuhnya dalam karier walau keliling aku tak putus cakap; I had evrything to get what i want. Clear enuf izzit? LOL]

Aku masih tahu untuk tolak kemewahan yang datang dari jalan yang tidak betul. Aku masih tahu untuk tolak dari jatuh cinta, hanya kerana dia ada rupa yang indah tapi tidak pada dalam diri. Aku masih tahu untuk tolak banyak perkara untuk tunggukan perkara yang lebih mustahak dalam hidup.

Itu yang aku belajar dalam diri, sehari-hari. Tolak, menolak. Yang kadang-kadang perlu sebab bukan semua yang datang dalam hidup setiap hari, adalah milik aku. Jadi aku harus bagus dalam memilih. Aku tak apa-apa kalau dikatakan kolot atau apapun, yang mestinya, aku harus bersedia...

Kerana itu aku masih mampu untuk rasa bahagia walaupun kadang-kadang duduk dalam derita. Sebab aku selalu pujuk hati untuk sedarkan diri dan selalu ingatkan akal kepala, jangan melawan takdir Ilahi...

And awhh.. yea, lately ni pun, kadang-kadang kalau sendiri di rumah, dari pagi, ke tengah hari sampai nak senja nanti, aku rasa macam sedang dalam bulan puasa. Berdebar macam orang sedang berpuasa. Tak sabar nak Ramadhan, agaknya.. hee

*peace yaawwhh..



| edit post

3 Reply to "datang DAN pergi"

rizal jabai on July 21, 2010 at 11:27 AM

suke ayat
"Aku masih tahu untuk tolak kemewahan yang datang dari jalan yang tidak betul. Aku masih tahu untuk tolak dari jatuh cinta, hanya kerana dia ada rupa yang indah tapi tidak pada dalam diri. Aku masih tahu untuk tolak banyak perkara untuk tunggukan perkara yang lebih mustahak dalam hidup."


"Kerana itu aku masih mampu untuk rasa bahagia walaupun kadang-kadang duduk dalam derita. Sebab aku selalu pujuk hati untuk sedarkan diri dan selalu ingatkan akal kepala, jangan melawan takdir Ilahi..."
sgt best dan penoh makne :)

 

bukankosong on July 21, 2010 at 11:30 AM

: ) itu rr yg terbaik...hu..hu..

 

hakimfaridzul on July 22, 2010 at 1:20 AM

hm....

ya, anda masih single, tak pe la mr uzair, single bukan bererti tak laku!!!

anda tahu apa yang terbaik untuk diri, syukur, tinggi kesedaran diri~