U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Desperado Jalang Kota (5)

Monday, February 08, 2010 by , under

Hari itu hari yang biasa.

Aku sudah lupa hari itu, hari apa cuma yang terlekat dalam akar-akar kepala adalah perasaan aku yang sungguh terdesak mahukan dia. Terdesak mendambakan hangatnya pelukkan dia kerana aku sudah terlalu lama pujakan cintanya. Mulanya aku tak pasti, keterdesakan yang bagaimana tapi pokoknya aku perlu jumpa dia.

Aku mahukan dia. Biar dia tak tahu tentang perasaan aku tapi tetap aku mahukan dia. Biar mahu difikirkan apa oleh dia pada aku. Aku hanya mahukan dia! Jadi aku taip mesej berupa;

"Jum lepak town, havin coffee and movie.."

Dan dia katakan 'ya'. Ah! Aku suka! Jadi malam itu kami bersua. Habiskan masa senggang di tengah kota, berdua. Jalan-jalan melihat itu, membeli ini. Aku sudah lupa tajuk filem yang kami tonton sama-sama. Tapi asbab malam itu aku terdesak dan aku mahukan dia. Jadi dalam panggung, aku peluk tangan dia. Aku usap lengan mulusnya yang sekejapan sudah bikin aku naik sheikh. Persetan pada mata-mata yang memandang.

Ah! Entah kali ke berapa, aku asyik telan liur. Duduk pun tak senang. Sekejap ngereng sedikit, kemudian tegak semula. Duh! Tak boleh jadi ni. 'Hutang' air mesti dilangsaikan dengan kadar segera.

Hey, si Aku! Sabarlah!

Tidak! Aku tidak boeh sabar. Aku terdesak. Nafsu aku mendesak. Naluri aku mendesak. Dan selepas langsai kami menonto wayang, waktu itu sudah kurang lebih jam 1 pagi. Alur-alur dalam kepala otak aku sudah memikirkan yang bukan-bukan tapi yang indah-indah kalau berdua dengan dia. Senyap dalam gelap. Senyap tapi 'bekerja'. Ah! Aku tak tahan. Aku mahukan dia.

Waktu itu aku dan dia sudah ada di tempat parking kereta, yang senyap. Yang sudah kosong, "I balik dulu, nanti we hang out sama-sama lagi..." kata dia buat aku tak senang rasa kerana aku tak mahu malam ini terhenti di sini.

"Habis I?" tanya aku.

"You, kenapa?"

"Siapa nak temankan I..." aku datang dekat pada dia. Aku sandarkan tubuh aku pada tubuh dia. Aku tak tahan.

"Nanti kita jumpa lagi..."

"Bila.." aku bisik dekat telinga. Ghairah. Sumpah aku ghairah apa lagi hidung menghirup wangi badan dia.

"Kalau kita free lagi..."

"I nak you.." Aku cakap terus terang. Tapi sambil itu tangan aku sudah meliar di dada bidang dia. Ah! Aku telan liur lagi.

"Malam ni tak boleh, esok I kerja.." dia tetap menolak biar dengan nada paling elok tapi aku tidak! Biasanya aku tidak memaksa cuma malam itu aku sungguh terdesak. Aku dakap dia, aku gesel separuh tubuh aku padanya, aku kucup pipi dia, aku itu, aku ini.

Ah! Gila!

"You.. I kena balik..."

"I ikut you balik..." aku meminta.

"I stay dengan BF i, you tahu, kan.."

"Habis you keluar ni, dia tak tanya?"

"I cakap i balik rumah mother i, kejap..."

Aku tersentak dan aku tersentap. Ya, rumah mum dia di Hartamas. Ah! Crap! Terus dengan perlahan, dalam sedar aku terjaga. Dia; orang punya. Jadi aku lepaskan rangkulan dan aku sudah jadi malu.

"I minta maaf..." dia kata.

"I should say sorry..." aku kata.

Lalu dia hidupkan enjin kereta, tinggalkan aku dalam carpark yang tadinya aku tak terasa bahang. Sendiri. Sepi. Dan aku terfikir apa yang terpotong tadi patut di sambung semula. Penolakkan dia tak mestinya buat nafsu aku terbantut sama. Aku perlukan seseorang malam ini. No matter what.

Aku duduk-duduk, belek-belek nombor dalam telefon. Aku nampak nama si F. Si F mestinya belum tidor. Anak Tan Sri ni selalu suka jadi kelawar. Aku taip mesej;

"You, dah tidur?"

"Belum. You?" reply dia.

"I tak boleh tidur..."

"Kenapa? Nak I tidurkan ke?" aha! Aku suka ayat pelawan dia.

"Asyik teringat dekat you..." aku pasang perangkap.

"Ye ke, Kalau teringat, nak buat apa?" soal si F.

"Nak you..."

"Nak apa ni..."

"Awh come on, F.. I know you want me..." aku usik tapi betul aku maksudkannya.

"Datanglah rumah.. I pun seorang je ni..." Ah! Mangsa dah masuk jerat. Aku tak patut lambat-lambat. Yang aku simpan, harus aku tunaikan cepat. Jadi aku hidupkan enjin kereta dan luncur laju membelah kota sambil akal berputar di kepala;

Kalau dari awal aku mengajak si F, kan habis cerita. Tak apa, tak dapat 'makan' buaya, singa pun jadilah. Haha! Oh ya, sebetulnya, aku lebih suka buaya dari singa. Sebab? Buaya lebih macho dari singa. Buaya selalu diam walaupun kadang-kadang menolak mangsa tapi kalau dapat, pergh!

Uzair.



| edit post

5 Reply to "Desperado Jalang Kota"

Anonymous on February 15, 2010 at 6:08 PM

sgt desperado..
is not a love..
its a lust..

notty,brave yet bitch
honest and x hipokrit
i already know who you r..
biasa la..manusia kota..
terang lagi bersuluh "jalang & desperado" menjadi tajuk.

but I like the story..

credit to you!

 

uzairzain on February 15, 2010 at 6:38 PM

i wondering whos this anynms.. LOL

 

Anonymous on February 18, 2010 at 12:45 PM

sgt merangsangkan...

 

Anonymous on May 23, 2010 at 5:01 PM

wow,,, best,, ni berdasarkan experience ke?,,, LOL

 

Anonymous on July 25, 2010 at 12:02 AM

best giler story ni..terus kn usaha anda uzair.hope u dpt tulis citer yg lg superb..