U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Nothing is for Notting (Nothing) (0)

Saturday, February 13, 2010 by , under

Malam-malam hari kekasih yang kononnya suka disambut oleh orang-orang kota, aku lepak di rumah; staying hume like a good boy do. Petang-petang begini, aku habis masa senggang dalam bilik nonton NoTTing Hill (sengaja aku doublekan that T sbb disound oleh Kak Long afta i thot it was NoTHing Hill. L O L).

Ini bukan kali pertama aku tonton Notting Hill. Aku dah lupa bila kali pertama tapi yag kali pertama dulu, aku mula dari minit-minit yang ke 15/20 barangkali. Jadi ini kali pertama aku lihat Notting Hill dari babak mula.

Aku banyak kali degar tentang Notting Hill tapi aku selalu lepas pandang. Bukan lepas pandang tapi memang aku tidak berminat, pertama kerana tajuknya dan kedua kerana aku bukan peminat Julia Roberts dan ketiga Hugh Grant buka fave aku dari kalangan Hollywood actor (aku pencinta Jude Law & Jhonny Deep *phewwh). Tapi ada sebab kenapa aku lebih rela duduk di rumah, dari ikut ibu ke Spore hanya untuk habiskan masa petang menonton Notting Hill.

Aku jarang-jarang sukakan romance film (walaupun dasarnya, aku sndr menulis romance genre) bukan sbb aku tak sukakan genre itu tapi kebiasaannya pembawakan romance dalam kebanyakan filem adalah samada ringan yang sekadar so so saja atau terlalu berat sampai jadi ewhh... Tapi Notting Hill membuka hati aku serta merta tentang presepsi 'pandang sebelah mata' yang aku buat sebelum ni.

Notting Hill sungguh berbeza. Notting Hill mengajar aku untuk mengkaji semula tentang hidup dan rasa suka from ourself to the others. Notting Hill ajar aku untuk jadi sabar; kalau pun kita dimainkan oleh orang yang kita suka dan sukakan kita, it doesnt meant kita ditakdirkan untuk tidak bersama. Notting Hill suruh aku supaya kuat untuk terima kenyataan2 pahit dan Notting Hill buat aku menitikkan air mata kerana selepas beberapa quote yang dibariskan dalam line2 dialog dalam filem itu, endingnya menyuruh aku percaya, dunia ini indah.

Totally indah.

Tapi itu pendapat aku waktu kali pertama aku tonton, dulu. Pandangan aku berubah 70% bila aku lihat filem ini untuk kali yang keduanya. Notting Hill rupanya hanya cerita dongeng yang berlandaskan nama semata. Notting Hill hanya pura2 membawa manusia supaya menipu diri sendiri tentang alam percintaan akan berakhir dengan indah. Penceritaan percintaan William Thacker yang jatuh suka dengan Anna Scoot yang berupa seorang pelakon tersohor adalah penipuan semata.

Notting Hill kali keduanya ajar aku bahawa cinta hanya akan datang dengan mudah kalau kita punya sesuatu yang boleh dibanggakan bukan hanya pada mata orang yang kita suka tapi pada mata semua orang. Dan Notting Hill ceritakan pada aku bahawa orang yang sudah punya nama atau sesuatu atau apapun yang hebat akan senang saja mendapatkan cinta orang lain. Notting Hill beritahu aku supaya belajar untuk mengejar cita-cita dahulu, biar berjaya, biar semua orang buka mata da waktu itu baru cinta akan datang sujud di kaki kalaupun tak dicari.

Ya!

Itu yang aku akan lakukan.

Since aku selalu berhadapan dengan keadaan ini; seseorang yang aku benar suka dan sudah aku melutut mahukan cinta dia sejak dulu dan dia sedar tentang itu; tapi katanya "Aku tak sedia" yang kemudian dalam ayat seterusnya "Aku sudah berpunya", maka aku akan belajar untuk pendam perasaan & kejar dulu cita-cita aku. Kalau pun bukan itu cita-cita sebenar yang aku pasang sejak mula, aku akan sedayanya capai angan-angan jadi orang ternama, till end of the day cinta itu akan datang, sendiri.

Kerana barangkali itu fitrah dunia sekarang.

Aku lelah menerima suatu penolakkan sebelum ditinggalkan...



| edit post

0 Reply to "Nothing is for Notting (Nothing)"