U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Berdebu, dan Berlalu (3)

Friday, January 29, 2010 by , under

Aku tak tahu apa yang patut aku fikirkan sekarang even seluruh tumpuan aku hanya pada manusrpt yang sudah 70% siap. Yes, I gve my all to this project tapi waktu aku selalu jalan seorang, kepala otak aku akan fikirkan macam-macam.

Kadang-kadang aku rasa hidup ini indah.
Kadang-kadang aku rasa hidup ini jijik.

Kadang-kadang aku rasa aku mahu jadi binatang.
kadang-kadang aku rasa aku patut jadi manusia.

Kadang-kadang aku rasa dunia ini besar.
Kadang-kadang aku rasa ia makin sempit.

Kadang-kadang aku rasa aku ada ramai kawan.
Kadang-kadang aku rasa sepi.

Kadang-kadang aku rasa aku hebat.
Kadang-kadang aku rasa aku bukanlah siapa-siapa.

Kadang-kadang aku rasa aku mahu berubah.
Kadang-kadang aku rasa, nantilah dulu.

Kadang-kadang aku rasa hari aku penuh nikmat.
Kadang-kadang aku rasa aku terlalu penuh dosa.

Kadang-kadang aku rasa aku kuat.
Kadang-kadang aku rasa aku sangat tak ada daya.

Kadang-kadang aku rasa aku bijak.
Kadang-kadang aku rasa aku paling bodoh.

Kadang-kadang aku mohon untuk tamatkan hidup lekas.
Kadang-kadang aku mohon untuk panjangkan umur.

Kadang-kadang aku senyum gelak ketawa.
Kadang-kadang aku nangis meleleh air mata.

Kadang-kadang aku rasa aku ada semua.
Kadang-kadang aku rasa aku kosong.

This is what me keep thinking lately ni. Aku selalu rasakan hidup sudah semakin suntuk untuk aku pasang angan-angan yang banyak. Tapi aku selalu fikirkan tentang angan-angan aku. Aku rasakan hidup ni sudah tak berbaloi untuk impikan impian yang tinggi-tinggi. Tapi aku tetap pasang impian yang melampau-lampau.

Aku selalu rasa, hidup ni dah tak lama untuk habiskan masa dengan itu, dengan ini. Tapi aku tetap rencanakan itu, rencanakan ini. Dan di sesetengah masa, seperti sekarang, aku rasa aku hanya mahu tunaikan hajat aku yang paling penting. Yang terpenting.

Bukan lagi seperti dulu..

Tapi ayat ini selalu jadi peneman aku;

"Kerjalah seperti kau akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah seperti kau akan mati pada esok hari"

Cuma aku sangat lemah berbanding aku kuat...

Ya Allah...



| edit post

3 Reply to "Berdebu, dan Berlalu"

nazrul AZIZ on January 29, 2010 at 9:38 PM

setia menunggu 2k2p..

 

hakimfaridzul on January 30, 2010 at 11:49 AM

hey...
chill uzair!!!
jgn la sedey2 n moody2..
semua yg berlaku ade hikmahnya..
kalau belum sekarang hikmahnya..
esok, lusa, tulat..
pasti ada!!!
smile always!!!

 

Shahrun Nuwi on February 6, 2010 at 10:10 PM

sumtime pun ada terpikir cam tu gak... huhuhuh