U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Malaikat atau Jin (3)

Sunday, May 24, 2009 by , under

Hari ini aku demam tapi kalau dah nama budak degil, degil la juga. Bukan lah degil, cuma aku dah terpegang janji pada seorang budak ni, untuk teman dia nongkrong cerita Angel & Demonds. Jadi mahu tak mahu, aku ikut juga ke Jusco Tebrau yang bukanlah tempat kegemaran aku untuk datang singgah [Kecuali tadi aku terpesona dengan jacket leather Subzero yang kewl. Subzero? Since when? LOL]
Aku bukan seorang pengkritik. Aku bukan seorang penganalisis. Jauh sekali, aku bukan seorang penulis dalam bidang rencana tetapi aku tetap mahu lakukan ini. Aku tak minat Angel & Demonds. Ini filem yang sebetulnya pilihan terakhir aku. Pertama kerana ia cerita lanjutan DaVinci Code yang aku agak anti. Kedua aku memang bukan peminat cerita bergenre berat. Apalagi datang dari barat. Tapi kerana kata kawan aku, dia minat sangat cerita2 yang begini, apalagi dia yang tukang bayar, jadi aku tak ikut aja.
Menonton Angel & Demond [A&D] bererti aku harus membenarkan kepala aku dibawa berlayar dengan sesuatu yang asing dan berat. Itu tanggapan pertama aku sebelum masuk ke dalam wayang. Dan waktu minit2 awal ceritanya, tanggapan aku nyatanya benar. A&D akan membawa kita menyelami ke dalam Christianity. Biarpun ceritanya kata kawan aku tentang penyiasatan mengenai zarah jisim yang dicuri. Tetapi menurut aku A&D menuntut elemen dan agenda yang sangat terang lagi bersuluh.
Mulanya aku fikir cerita tentang katolik dan paderi [yang dicernakan secara mendalam even dibabak awal] hanya ada dipermulaan cerita tetapi makin lama, kita antara sedar dan tidak dibawa masuk menjelajah satu demi satu tentang kuasa kristian katolik di Rome yang memang bikin aku WOAH! Ceritanya tentang kehebatan kristian yang besar di situ, apalagi Tom Hanks membawa penonton menyelesaikan masalah2 dia melalui klu2 yang dikasi yang secara tidak langsung mengajar untuk mengenali secara terperinci pada gereja2 unggul di Rome. Ia seperti satu muslihat untuk menghebohkan pada dunia betapa besarnya kristian.
Memang A&D membuka mata aku tentang betapa agama ini sangat agung di sana. Betapa hebatnya gereja yang terbina beratus tahun. Betapa mereka mempunyai pelbagai kemudahan terlalu canggih yang tak pernah terbayang mata. Ceritanya begitu terang menyuruh kita taksub tentang agama mereka. Hati aku makin berdebar bila klimaks cerita ini amat menekankan tentang kekuatan seseorang paderi. Seram! Tapi kedunguan cerita ini juga terserlah kerana membuka pekong sendiri tentang kepincangan yang berlaku dalam kristian [kata kawan aku lagi, A&D tak mendapat sambutan di US. Sebab ceritanya memburukkan institusi gereja katolik]
Tetapi satu perkara yang aku setuju tentang A&D, ia dengan lantang menyeru manusia tentang sudah semakin hilang dikalangan kita2 yang boleh dipercayai di dalam dunia sekarang. Sebaik manapun ia di dalam sesebuah institusi, kepercayaan tidak boleh dibeban sepenuhnya. Cuma aku akan tetap bersetuju, cerita ini bukan untuk tontonan mereka2 yang belum terbuka mindanya. Maksud aku, kanak2 atau yang seumpama kerana pengaruhnya agak berat. Dan aku sangat2 bersyukur kerana selepas dihadiahkan dengan kebesaran demi kebesaran yang ditunjukkan dalam A&D, jiwa aku masih terpasak utuh pada ISLAM.
Justeru aku menyeru pada semua, yang tegak, yang bengkok, yang kaki itu, kaki ini, yang jahat, yang tidak. Biar jauh mana sudah kaki kita melangkah dalam dunia penuh dusta, pastikan jiwa kita tidak melangkah walau sejarak. Kerana itu yang paling perlu dijaga.
Jagalah rohani...



| edit post

3 Reply to "Malaikat atau Jin"

aZRi aZLaN on May 24, 2009 at 2:17 AM

barat memang begitu...
seboleh-boleh mahu kita sanjung mereka...
macam-macam perkara mereka lakukan termasuk buat filem seperti itu...

 

IszMacho on May 25, 2009 at 3:51 PM

ang baru nk tahu ke yg ang tue degil? ahaks...

 

Unknown on May 28, 2009 at 8:26 PM

lahiriahnya. agak begitu a&d amat menekankan aspek keasingan bagi kita namun setiap negative ada kebaikan , setiap positive ada keburukan..