U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Puaka Niang Rapik Jumaat Kliwon 1

Wednesday, March 25, 2009 by , under

Hari itu kebetulan malam jumaat, selepas pulang dari sauna, Nick ajak aku teman ke rumah akak dia di Puchong. Bloknya agak sunyi. Nama pun kondo. Masing2 duk diam2 jaga standard dalam rumah. Sesampai di lift area; Lift ada dua, lift pertama terbuka,
Nick : Nick pernah kene kacau dalam lif ni.
Aku : Bila?
Nick : Last few days. Time Nick dengan kakak Syed [Syed adalah roomate aku] balik dari rumah akak Nick.
Aku : Siapa kacau?
Nick : Dulu ade orang bunuh diri. Terjun tingkat sepuluh. Bila lift nak turun, lift terstop kat tingkat 10. Tapi orang tak ada... Seram Nick...
Aku diam je sampai di rumah akak Nick kat tingkat 16, aku bersidai di luar b4 tunggu akaknya buka pintu. Aku jenguk ke bawah. Aku nampak scretch di lantai.
Nick : Tu retak sebab orang bunuh diri tu..
Aku : Oh...
Aku diam lagi.
Balik dari rumah akak Nick, kami tunggu di lift tapi kali ni dengan rasa neves sket.
Nick : Minta2 lah tak naik lift yang hari tu.
Tapi adik2 sekalian, hajat Nick itu tak direstui Ilahi ya. Tu la dosa bnyk sangat.. haha.. Last2 lift 1st yang terbuka. Aku redha je la apalagi kami berdua ja dalam lift tu.
15..
14..
13..
12..
11..
10..
Lift stop di tingkat sepuluh! Ulang kata, TINGKAT SEPULUH! Aku pandang Nick, Nick pandang aku. Pintu terbuka slow2 sambil mata aku tertunggu kalau-kalau ada orang. Aku memang dah agak dah. NON ADO!
Nick : Uzair... Nick dah cakap jangan tengok lama2 kat situ...
Nick usik aku. Di sebabkan orang tak ada dan aku yang paling dekat dengan butang lift. Aku dengan jiwa gelabah terketar-ketar nak menekan butang close. Aku jeling tengok keadaan luar.. roma aku meremang... dan tiba2..
SSShit!!
Gelap!



| edit post

1 Reply to "Puaka Niang Rapik Jumaat Kliwon"

Obefiend Weiland on March 27, 2009 at 8:03 PM

mana ni eh?

perlu buat database properties yang "keras"

huhu