U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Khayalan = Kebodohan (2)

Tuesday, March 10, 2009 by , under

Keajaiban mungkin tidak pernah dirasai oleh sebahagian orang. Adakalanya berlaku dalam kehidupan seharian dalam dunia mereka2 yang terpilih. Dan ia tak akan berlaku dalam suasana terancang. Tapi manusia selalu mereka keajaiban untuk dua perkara; memuaskan hati & menipu orang lain yang kadang-kadang dilakukan untuk tujuan yang sebetulnya mulia; membangkitkan semangat dan memujuk manusia supaya berasa syukur dengan kehidupan.
Aku habiskan banyak masa semalam, sendiri, seperti selalu, seperti biasa. Petangnya, empat jam selepas tengah hari, sebelum housemate ajak keluar ke sauna, aku nonton cerita Benjamin Button yang aku idam2kan. Sedih gak x dpt tengok kat cinema but its ok. Aku bukan peminat Brad Pitt tapi aku jatuh cinta dengan dia sejak filem Meet Joe Black sebelum aku jatuh kedeboq lagi semalam.
Kerana dua perkara; dia seorang lelaki (yang menurut aku, dia betul-betul lelaki) & dia seorang pendukung peranan Hollywood yang berjaya menukar emosi dalam banyak watak dia (selepas Jhonny Deep. arh, dont worry dear, u still my numba 1.. ;D
Alur cerita BB (bukan blue boy ya anak2) agak slow dan pembukaannya mungkin membosankan untuk sebahagian manusia. Tetapi ceritanya yang selama dua jam itu terjalin dengan plot yang meyakinkan. Naratif Benjamin kuat dengan perasaan yang mengizinkan manusia supaya menjaga apa yang menjadi hak kita. Benjamin ajarkan aku untuk berhadapan dengan dunia & belajar menunggu orang yang kita cinta sampai penghujung nyawa.
Ceritanya bukan baru. Temanya masih serupa. Tentang keluarga, tentang cinta, tentang kehidupan. Yang menguatkan BB ini ialah bagaimana kehidupan Benjamin dihuraikan dengan indah sejak lahir sampai pengakhiran riwayat dia. Sebetulnya tidak ada apa yang sangat menarik dalam BB melainkan pokok naskahnya yang membincangkan Benjamin yang pada aku menterbalikkan kuasa Tuhan. Penciptanya menyuruh otak kita berfikir alangkah baiknya kalau semakin hari, semakin muda.
Ya, itu maksud aku keajaiban yang direka manusia. Keajaiban yang tak mungkin berlaku tapi di ada2kan bertujuan untuk membawa kita dalam alam penuh khayal.
Pengisiannya lari jauh dengan Slumdog Millionair yang aku tonton malam semalam. Yang sebelumnya bikin kepala otak aku pelik. Menang besar dia dua anugerah utama dunia memang bukan calang-calang. Slumdong membongkar tentang banyak perkara dalam satu masa tapi tujuannya masih serupa; menyuruh manusia masuk dalam angan-angan memiliki wang berjuta-juta.
Tapi aku lebih tertarik tentang isu keburukan masyarakat di India. Tentang kebuluran miskin tegarnya, tentang kekotoran dan keserabutan petempatan, kejahilan masyarakatnya, korupsi yang bermaharaja. Kedaifan yang diceritakan secara berleluasa, dengan teliti, diadun dengan pembawakan watak dan perwatakan yang banyak tapi seimbang betul betul menaikkan semangat aku habiskan cerita itu.

Biarpun Slumdog tak menghadiahkan aku muka-muka yang boleh bikin aku cair tetapi Slumdog dikupas dengan telus tanpa ada sekatan. Olahannya terbuka dalam tertutup, begitu sinis tapi jujur. Kerana itu aku rasa ceritanya lebih enak berbanding Benjamin. Penutup cerita ini lebih berpijak dibumi dan percintaan antara dua watak utama dipaparkan secara matang & mengkiut alun cerita. Dan kerana itu aku setuju 6000 juri memilih Slumdog sbgai yang terbaik.

Aku teringat cakap Mansor Puteh sewaktu hadir ke seminar dia di Akademi sini, tahun lalu. Katanya tentang kenapa filem Malaysia tdak mampu ke Hollywood. Hollywood bermaksud kebebasan. Academy Award & Golden Globe juga tentang kebebasan. Filem apa yang mahu dicari Hollywood dari luar sampai boleh mengusai mereka? Ya, cerita tentang keburukan sesebuah negara, kebodohan seseorang kenamaan. Cerita yang perlu mengaibkan sesuatu. Nah! Memang bukan semua filem yang pernah diwartakan sebagai filem terbaik adalah kotor tetapi aku rasa memang ada rasionalnya kemenangan Slumdog Millionair & kebenaran fakta Mansor Puteh.

Jadi, sekejap aku terfikirkan. Apakah yang kotornya Malaysia untuk difilemkan? Maksud aku subjek yang boleh diangkat oleh pembikin filem sini seperti Danny Boyle, tentang keburukan Malaysia. Soal yang lagi satu, ada atau tidak pembikin filem Malaysia yang mahu menjual keburukan sendiri? Ya ada, Yasmin Ahmad dalam keberanian dia, contohnya. Cuma itu tak sampai 50%.
Mungkin cerita kelakar pemimpin negara belakangan ini yang semakin melalut boleh dianggap sesuatu yang buruk dari Malaysia, yang mungkin boleh difilemkan, yang mungkin boleh ditawarkan kepada Hollywood...



| edit post

2 Reply to "Khayalan = Kebodohan"

b0b0y on March 10, 2009 at 7:13 PM

hohoho.. BB bukan BLUE BOY ye anak-anak.. hik3

 

m a x i e on March 14, 2009 at 1:07 PM

try citer "I Dont Want To Sleep Alone" big baby...

http://en.wikipedia.org/wiki/I_Don%27t_Want_to_Sleep_Alone

movie ni diarah org malaysia, bikin di malaysia n di"ban" di malaysia sbb menayangkan byk yg buruk (tp benar) di malaysia....but i cant found it everywhere....ermmmm....sigh

btw, im luv Slumdog Millionaire...sedih tp kelakar...huhu~