U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Metroseksualitas Atas Kertas (2)

Saturday, January 10, 2009 by , under

Minggu ke dua tahun baru ini, aku habiskan masa diceruk rumah, lagi. Atas tiga perkara; di rumah lebih selesa; aku siapkan sebuah skecth seseorang (agak lama aku tak isi masa senggang dengan melatih tangan aku atas kertas putih), tidak ada apa yang menarik di luar & tak ada siapa yang mahu di ajak temankan aku libur di luar. Weird kata ramai kawan alam maya aku tapi ya itu hakikatnya. Jadi malam semalam aku silang panggung atas sofa depan tv. Belek-belek remote dari pagi sampai ke malam.
Lewat petang semalam, aku nonton filem cantik dari Thailand, Metro Sexual tajuknya. Dua patah kata kegemaran kebanyakan lelaki akhir zaman sekarang. Ceritanya bukanlah pertama kali ditayangkan di Astro cuma aku belum berpeluang untuk tengok ceritanya dari mula.
Kalau tengok tajuknya, aku dah agak intinya tentang dunia homoseksual. Ya ia cerita tentang homoseksual tapi naskahnya indah sebab jalan penceritaanya diatur dengan baik menggunakan unsur humor dan lebih bersifat tragic comedy. Cerita pengintipan empat sekawan tentang bakal suami kepada salah seorang kawan baik mereka. Empat orang perempuan yang berjaya buat aku gelak sambil tepuk bantal sofa seorang2. Aku sebetulnya tak mahu ceritakan mengenai perjalanan filem ini sebab aku bukan pengkritik filem cuma aku terfikir sejak bila cerita tentang homoseksual dibenar tayang di celah-celah siaran di Malaysia?
Aku tak fikir tentang benda lain melainkan dua perkara; si tukang tayang itu adalah seangkatan dengan subjek cerita (homoseksual; kerana dalam filem ini seperti membenarkan homoseksual itu diterima pakai di kalangan wanita) dan ke dua; mahu mengingatkan masyarakat negara sini tentang dunia yang sudah makin galak tersebar ni. Metro Sexual juga secara sindiran membuat kenyataan betapa sudah bersepahnya homoseksualiti ini di Thailand.
Ceritanya berakhir dengan kejayaan empat wanita ini untuk menggagalkan perkahwinan teman mereka dengan seorang lelaki homoseksual. Agak ironi sebab untuk aku, berkahwin adalah salah satu cara untuk berhenti dari dunia liar ini (bila sampai masanya) cuma ya, mereka bukan sependapat dengan aku barangkali. Dan aku sangat suka mendengar dialog ibu kepada si bekas pengantin perempuan;
Latarnya; si perempuan ini sedang menolong ibunya membuat kek tetapi akalnya berangan entah mana; gula yang patut di masukkan dalam bancuhan terganti dengan garam. Justeru si ibu kejutkan dia dari mengelamun dan mahu membuang bancuhan itu semua tapi si anak melarang. Ibu keluar dengan ayat;
"Kalau sejak awal lagi ramuannya sudah salah, elok buang saja. Garam tak akan dapat diganti dengan gula..."
Ah! Cantik ayat tu. Maksudnya sampai pada audien. Sebaris ayat itu saja yang aku mahu kongsikan tentang betapa benarnya kalau kita tak menjalani kehidupan yang betul sejak awal. Nampak ringkas tapi berat kalau mahu memikul isinya.



| edit post

2 Reply to "Metroseksualitas Atas Kertas"

Pojiepooh Abdullah on January 22, 2009 at 4:30 PM

i love that statement too!

 

Anonymous on January 27, 2009 at 10:19 PM

Yup...aku bersetuju ngan pendapat ko...