U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Epik Tersohor (0)

Tuesday, January 13, 2009 by , under

Kisah epik mana yang paling besar sekarang? Anugerah Golden Globe atau Obama akan menggantikan takhta Bush? Semua geleng kepala sebab cerita paling gempak atas muka bumi sekarang ialah serangan serba canggih dari Israel ke atas bumi Gaza yang indah. Setiap hari aku terima macam2 text dari macam orang tentang kisah Gaza.
Sekejap aku teringat cerita setengah dekad lepas. Cerita Amerika curahkan bom atas lantai tanah Iraq. Keduanya sama dan serupa. Objektifnya juga serupa sebetulnya. Dan kali ini dunia bergoncang lagi. Semua orang besar dunia sibuk mengutuk Israel. Mesyuarat itu dan ini. Perhimpunan itu dan ini yang belum menampakkan apa-apa.
Apalah lagi daya manusia selain memerhati?



| edit post

0 Reply to "Epik Tersohor"