U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

X-presso InspirasI 1

Monday, January 19, 2009 by , under

Beberapa hari belakangan ini aku lalu dengan rasa sedikit beza. Lebih perlahan, lebih padat, yang paling pokok lebih berisi Sekejap ada debaran, sekejap melayang dan sekejap aku seperti merasa sesuatu yang sudah lama pergi.
Sesuatu yang sebetulnya sudah lama hilang dari perjalanan hidup aku ialah menyukai seseorang dengan serasa yakin, yang sedayanya aku akan cuba mendekatkan diri dengannya, yang sedaya aku akan tolak usaha sampai aku dapat jadikan dia sebagai inspirasi.
Ya! Kata dasarnya; Inspirasi. Agak lama aku tak mengenali seseorang yang sampai boleh buat jiwa aku bergetar. Bergetar setiap kali aku pandang wajah dia. Ada debar setiap kali aku sebut nama dia. Bergelojak setiap kali aku dengarkan suara dia. Celik mata dia, pejam mata pun ada dia. Dan dia membawa impak besar sebagai pemangkin untuk aku berkarya.
Aku belum betul kenal dia. Dari mana datangnya dia. Entah penghidupannya bagaimana tapi dia begitu membawa nyawa dalam diri aku sebagai seorang penulis. Justeru, belakangan ini aku begitu teruja mahu mendekati dia biarpun ya, suatu perkara yang lazim tentang ispirasi aku ialah; dia tidak memberi respon yang tinggi yang membawa makna aku tidak seharusnya meletakkan harapan melangit meski rasa hati aku terus menebal mahu sukakan dia yang menurut mata aku; dia indah. Peribadinya penuh persona, seperti ada yang besar mahu aku tahu tentang dia.
Aku benar berharap akan mampu menjadi sesuatu untuk dia...
Dan aku betul berharap dia akan menjadi seseorang dalam hidup aku...



| edit post

1 Reply to "X-presso InspirasI"

Anonymous on January 26, 2009 at 4:15 AM

tertunggu-tunggu episod seterusnya