U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Jalannya (0)

Tuesday, January 06, 2009 by , under

Tepat tengah hari tadi aku tak merasakan apa-apa debaran untuk mengambil slip keputusan exam sem pertama lepas dan debaran yang tak seberapa itu aku rasakan lagi waktu aku mahu membuka sampul surat putih bersih yang dalamnya terisi maksudnya. Cuma aku terhenti sekejap di depan bangunan akademi tadi tapi tak tahu untuk apa. Anehnya mungkin aku confident yang aku akan lulus semua.
Lepas padangangan aku ke langit, aku buka mulut sampul sedikit rakus. Lucu tapi aku tarik nafas lega bila lihat semuanya seperti apa yang aku duga. Bukanlah lulus sempurna cuma hasilnya bagus juga. Aku senyum sendiri tapi terasa hati sebab tak ada siapa yang aku boleh kongsikan ini. Aku jalan kaki lagi tuju ke bangunan sebelah sana. Hajat hati mahu jumpa semua yang aku rindu.
Tengah perjalanan tu, aku mengelamun teringat apa yang aku dah lalui dalam tempoh kurang lebih seminggu ni. Aku jalani penghujung tahun dengan keadaan sedikit kelam kabut dan tak seperti yang aku rancang. Ada insiden yang tak sedap berlaku yang aku harapkan awal tahun kemudian akan lebih baik tapi nyantanya aku silap. Permulaan tahun 2009 tidak lah seindah mana. Lebih sendiri lebih sepi. Banyak silap percaturan yang aku buat. Ini tak kena, situ tak kena. Penghujungnya aku habiskan masa akhir minggu di rumah yang aku baru duduki kurang 10 hari lepas.
Aku tak mengharapkan apa-apa yang luarbiasa akan berlaku pada tahun 2009 yang mendatang ini. Cukuplah kiranya aku dapat jalani hidup seharian aku dengan sempurna dan teratur. Cukuplah kalau aku ada tempat berteduh dan tempat mengadu. Cukuplah kalau aku ada teman-teman sekeliling yang boleh jujur dengan aku. Cukuplah kalau ibu dan ayah sehat selalu dan cukuplah kalau Dia hadiahkan seseorang untuk aku yang masih aku tunggu, belum ketemu...



| edit post

0 Reply to "Jalannya"