U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Sudah tu Sudah 1

Tuesday, November 11, 2008 by , under

Aku sebetulnya mahu tuliskan tentang perkara lain apa lagi rasanya dah terbeban juga isi dalam kepala. Cuma aku rasa sangat mahu kongsikan pendapat aku tentang satu perkara yang belakangan ini seperti menjadi trend kebanyakan orang seni di Malaysia.
Tadi, Aku baca paper Utusan bahagian Hiburan, aku tertampar pada tajuk "Menghargai Seniman Agung" yang sekali lalu semua orang akan memahami itu pasti tentang P.Ramlee. Ceritanya dicetus oleh Penerbit Trinini Media Sdn. Bhd., Adlin Aman Ramlie. Aku sukakan cara Adlin cuma sebetulnya aku hampir muak dengan idea2 pengulangan seperti ini.
Bukanlah aku tak menghargai siapa itu P.Ramlee cuma aku rasa sudah terlalu ramai orang yang mahu mengulang cetak naskah P.Ramlee samada ia dibawa ke dokumentari, filem, teater besar, drama atau lagu. Seperti terlalu ramai yang mahu menjadi seperti P.Ramlee dan seperti sudah tidak ada manusia lain yang lebih hebat dari dia dalam dunia seni Melayu khususnya. Sudah sepatutnya karyawan2 sekarang keluar untuk memperkenalkan jenama baru dan tidak perlu terikut-ikut dengan ideologi yang serupa.
Aku mengharapkan orang2 seni dalam bidang ini akan lebih bersikap realistik untuk mencipta nama sendiri dengan kelebihan sendiri tanpa perlu asyik memberikan perkara yang sama dalam karya mereka. Jenama P.Ramlee bagi aku sudah terlalu klisye. Bukanlah juga karya itu tidak bagus cuma kalau sudah terlalu banyak dibincang & di tela'ah, akan ada rasa bosan juga.
Walaupun aku tahu, pandangan budak kecil macam aku bukannya dipandang sangat dan Adlin pun mungkin tak singgah baca di sini. Kalaupun dia tersinggah, aku mahu katakan; sudah2 lah tu brader...



| edit post

1 Reply to "Sudah tu Sudah"

Unknown on December 2, 2008 at 3:52 AM

setuju tu bro. bukan membenci atau tidak suka, cuma perlulah berpada-pada kalau sanjung orang tertentu. kita ada ramai lagi seniman yang boleh diangkat karyanya. boleh dijadikan panduan kepada seluruh generasi muda. boleh dijadikan rujukan kepada semua penggiat seni.

bukan dengan mengulang semula karya tertentu, kita boleh dikategorikan sebagai penyanjung seniman.

apa ynag bro cakap tu saya setuju semua.

salam ziarah...