U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Yang Tersederhana (3)

Tuesday, September 30, 2008 by , under

Tidak seperti tahun-tahun yang sebelumnya; tiap Ramadhan, aku dikirimi berpucuk2 kad raya dari berpuluh sahabat jauh dan dekat. Menjadikan kedatangan Syawal aku jadi lebih bermakna & terasa keghairahannya. Suatu nikmat yang aku tak mampu nak tolak.
Cuma ironi, semuanya sudah tidak lagi serupa pada tahun ni. Satu perkara yang aku sangat tak senangi tentang teknologi, biarpun ya ia terlalu berfaedah dalam dunia sekarang tapi teknologi yang menjauhkan aku dengan kenangan lama.
Dua tiga hari ini, bimbit aku berdering bukan main hebat lagi. Semuanya gara-gara ucapan Lebaran yang selalunya terutus cantik dengan kad raya yang sudah terganti dengan ucapan serba ringkas melalui sms. Bukanlah aku tidak suka cuma rasanya keindahan itu sudah tidak lagi berseri.
Tidak ada lagi bunyi posmen yang selalu panggil nama aku. (bukan tidak ada tapi diambil ibu waktu aku tidak ada dirumah, bilangannya pun JARANG) tidak ada lagi kad2 raya berlagu atau setidaknya yang indah ukirannya. Aduh.. ironi...
Suatu yang aku pasti, persiapan Aidilfitri kali ini adalah yang paling tersederhana yang pernah aku lalui...



| edit post

3 Reply to "Yang Tersederhana"

jantanjalang on October 6, 2008 at 3:39 PM

very much i agree with u..sms is too easy and mcm takder effort. neway i LOVE the pOSTER up there. hehe

 

Royaltwinz on October 20, 2008 at 2:09 PM

Hola cuz... mmg betul kata awak.
walaupun zaman moden mcm mana sekalipun, ia lebih manis kalo masih dpt kad raya atau kad ucapan utk hari lahir etc... sms mudah utk dihantar dan mudah utk di-delete pun... so takde maner akhirnya... btw, dah dpt kan kad raya kiter?

 

alerts on February 24, 2009 at 7:24 AM

con5462
ice6871
hack7456
fated6742
load3547