U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Jerat Percintaan (5)

Tuesday, September 09, 2008 by , under

Permulaan perjalanan wayang kulit hari ni sangat lembab tapi bernyawa semula lepas Pak Nasir datang dengan aura dia yang aku tak mampu nak nafikan. Cuma bukan tentang wayang kulit yang aku mahu kongsikan hari ni. Bukan juga tentang aura Pak Nasir tapi tentang satu perkara yang bikin aku terfikir sekejap.
Pak Nasir sekejap ada kata;
"Nak jadi penipu, jadi betul2 penipu. Hujah kene kuat, baru boleh naik..".
Ya dia kata begitu bukan sebab dia suruh kami jadi penipu tapi sebab ada beberapa bahagian dalam kumpulan kami bermain muzik wayang kulit (Pak Nasir orangnya sangat detail) dengan cara yang salah. Cuma Pak Nasir sengaja kaitkan dengan cara menipu. Tapi itu bukan pokoknya. Akal aku terputar bila Pak Nasir tegur seorang pemain yang diminta menerangkan tentang kefahaman dia mengenai Lagu Maharisi (salah satu lagu yang kami harus mainkan dalam wayang kulit), si polan ni menjawab dengan lemah, jadi Pak Nasir teruskan ayat;
"You lelaki so cakap macam seorang lelaki. Kalau you nak terangkan dengan suara kuat pun, Pak tak marah. yang penting you kena berani, baru orang akan faham dengan hujah you. Tengok macam Anuar Ibrahim. You tuduh dia apa pun, dia tetap menang. Sebab apa? Sebab dia berani. Hujah dia kuat. kalau dia menipu pun, hujah dia kuat. Sebab tu dia buat apa sahaja, yang penting dia boleh naik, boleh menang... bla.. bla..."
Mahu tahu apa yang sedang aku fikirkan detik itu? Dan mahu tahu tentang siapa? Aku sedang fikirkan kenapa masyarakat menerima bulat2 tentang kebenaran Dato' Sri Anwar Ibrahim (DSAI) difitnah oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan tentang dia diliwat oleh DSAI. Pernahkan manusia keliling fikirkan MUNGKIN Anwar Ibrahim sengaja berkomplot dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk menuduh dia diliwat supaya nama DSAI memuncak dan diperdebatkan di mana-mana. Kenapa DSAI buat begitu? Supaya bila namanya dicanang masyarakat dan mereka mula mempersoalkan tentang apakah DSAI dipihak yang benar atau tidak, secara tidak langsung namanya berada dipuncak sewaktu pemilihan pengundian di Permatang Pauh. Dan asbab kekecohan namanya itu, ditokok dengan sokongan kukuh penyokong DSAI dari dahulu dan DSAI sendiri yang bijak mengatur ayat, dia boleh memenangi kerusi Permatang Pauh seterusnya loncat masuk ke dalam Parlimen.
Nampak atau tidak permainan yang MUNGKIN direncanakan oleh DSAI?
Ah! KALAULAH perkara ini benar. Aku harus tabik dengan sifat berani DSAI yang terlalu bijak merancang & menipu masyarakat demi keninginan dia yang mahu menguasai kerajaan Malaysia satu hari nanti.
Duduk termenung sekejap & cuba ligatkan akal masing2... Korang fikirkan tentang perkara ini dan aku mahu berfikir; sejak bila aku pandai nak fikirkan tentang hal-hal politik Malaysia
Hurmh...



| edit post

5 Reply to "Jerat Percintaan"

am™ on September 15, 2008 at 10:42 PM

kita inginkan perubahan...

tapi ANUARIBRAHIM mengambil kesempatan ke atas kehendak masyarakat dengan menipu.

DSAI terlalu ingin menjadi PERDANA MENTERI malah sejak TUN DR MAHATHIR lagi.

Hanya TUN yang dapat mengubah segalanya sekarang.

 

Anak Raja on October 19, 2008 at 1:30 PM

bagi aku masyarakat tak perlu terlalu fokus siapa yang nk jadi pm..
sebab mentaliti kita ni khususnye orang melayu ni terlalu cetek...
biarlah kite lihat kemajuan, keadilan dan keharmonian di dalam kenagara ini... soal siapa pm aku tak peduli...ko hensem pandai becakap tapi keje tak jalan, menambah beban rakyat pun tak guna...
baik kite fikir siapa kita dalam negara ini?

 

Anonymous on October 21, 2008 at 2:45 PM

encek akupelmalisme.. aku bukan nak suh orngpikir panjang2 aku cuma nak share a bit ttng apa yg aku sedang fikirkan secara personal. bukan nak suh ko ataupun orng2 malaysia ni pikir sape nak jd pm segalak.. lol. ko pun sila pikir sape ko dlm dunia ni.. tengkiu2

 

JimeMalek on November 17, 2008 at 4:53 PM

sep2!
stuju giler arghh beb!
ape jadah arn nk tipu2 mcm ni!
dari dulu org mmg xsuke arh kt Dsai i2!! dier mmg giler perhatian hoe!! ppl got blind by what Dsai offer and said!! ex.isu minyak! bkn malaysia gov yg naekan harge tpi dah mmg global market mcm 2 rite! dorang nk pgi tudoh2 kerajaan pehal? typical thinkin btol! even org yg 16 ni pown bole pikir pnjang sket dari dorang2 i2! hahah! XD
mereke2 bnci kerajaan but kerje ngan kerajaan? hipokrit kan?
and2
dorang2 ni still x serik2 agik ngan Dsai i2 after what he has done before! erghh!

but hey! nice post btw!
org suke bce! hehe! : )

 

Anak Raja on May 5, 2010 at 2:04 AM

kit tegur sebab kita sayang....
aku mmg sensitif bab2 camni...emotional...dah2 tukar topik lain kali...