U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Dia & Sesuatu Yang Merubah Sesuatu.. (0)

Monday, April 09, 2007 by , under


dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang


assalamualaikum


Permulaan hari ini sedikit lain. Waktu aku celik mata, ada sesuatu yang menganggu aku. Aku pasti kenapa benda ini menganggu aku. Hanya kerana aku dan dia sudah lama tidak bertemu mata.



Lama sudah aku tidak tatap muka yang aku rindu ini. Seseorang yang pernah menjadi sesuatu yang paling berharga dalam hidup. Sebetulnya aku pernah janjikan itu dalam hidup aku; bahawa dia akan ku anggap paling istimewa sepanjang hidup. Mungkin ya. tapi aku tak tahu kenapa, kebelakangan ini kami seperti; aku tak kenal kau, kau x kenal aku...


Ironisnya


Tapi itu hakikatnya. Pagi tadi, saat aku bertanya sesuatu yang sudah aku rancang bersama minggu terdahulu, jawapannya bukan positif dan sudah tidak seperti selalunya. Dan aku sememangnya sudah mengagak ini memang akan berlaku. Cuma aku terkilan ia jadi benar-benar berlaku..



Sewaktu mengenali dia lebih setahun yang dulu, hanya YANG SATU mengerti betapa aku gembira mendapatkan dia. Mendapatkan seseorang yang begitu luar biasa untuk diri aku. Keadaan terus semakin baik dan perhubungan itu makin 'menjadi'. Apalah lagi yang lebih membuatkan dunia aku lebih hebat selain memiliki dia. Dia yang merubah terlalu banyak perkara dalam hidup aku. Dia yang keterlaluan mempengaruhi kehidupan aku.
Kalaulah aku tahu apa yang akan terjadi, aku tidak akan megambil kesempatan itu untuk mengenali dia. Mengenali dia bermaksud aku membenarkan dia mematikan jiwa aku dan menghalang aku mencintai sesiapa.



Tapi, apalah lagi agaknya yang aku belum lakukan untuk menjadikan hubungan ini sesuatu yang terus indah. Apalah agaknya yang aku belum lakukan supaya dia terus mahu mendekati aku. Apalah agaknya yang aku sudah lakukan pada dia sampai aku jadi jauh dan nampak begitu jauh sekarang.



Tapi aku selalu tanya diri aku, Apalah agaknya yang dia sudah lakukan sampai bikin aku begini?ya, 'begini' maksudnya berterusan mahukan sesuatu yang aku tahu bukan milik aku. Apalah istimewanya dia hingga aku masih tetap mahu memujanya walaupun aku tahu sedang ada yang menunggu di sebelah aku untuk membawaku pergi. Lebih jauh dari yang aku jangkakan...


sampai nanti...

-Bujang Lara-



| edit post

0 Reply to "Dia & Sesuatu Yang Merubah Sesuatu.."