U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

China's Olympic "Water Cube" 1

Friday, April 13, 2007 by , under









Manusia semakin hari semakin bijak. Semakin hari semakin tinggi berimiginasi dan imiginasi itulah yang bakal menemui dunia pada Sukan Olimpik 2008. Bayangkan anda duduk di dalam sebuah kiub besar yang berbumbungkan kilauan air. Itulah yang sedang cuba dilakukan kerajaan China yang sekarang sedang bertungkus lumus menyiapkan sebuah bangunan berkonsepkan 'futuristic bubble wrap" sempena sukan terbesar dunia itu.
Saat pertama kali saya menemui perkara ini, saya kata
"WOAH!" kerana keterujaan saya yang keterlaluan. Bukan kerana tidak pernah menyaksikan sesuatu yang luar biasa tetapi yang ini memang luar biasa keadaannya!
Sesuatu yang sungguh mengagumkan dan diluar jangkaan kebanyakan fikiran manusia apabila bangunan ini dibuat mengikut hasil gambaran pelukis. Saya terlalu teruja bila melihat ada manusia yang memikirkan untuk menghasilkan sesuatu yang terlalu baru. Saya tidak dapat membayangkan betapa mereka-mereka yang menghasilkan idea ini sememangnya bukan calang2.
China's Olympic "Water Cube" atau nama rasminya Pusat Akuatik Nasional [National Aquatics Center] ini terletak di Stadium Nasional Beijing yang bakal memuatkan beberapa acara seperti renang dan polo air.
Saya tidak mahu berbicara keterlaluan. Saya mahu anda menggelongsori sendiri bagaimana indahnya kotak besar ciptaan manusia zaman sekarang ini. Mungkin ia akan menjadi mercu tanda baru dalam pembangunan zaman akan datang. Ia sudah menampakkan hasil yang luar biasa.
Kesimpulannya mudah, dunia sekarang boleh merealisasikan segalanya yang dimahukan manusia BERDUIT.



| edit post

1 Reply to "China's Olympic "Water Cube""

amdang81 on April 22, 2007 at 2:09 PM

apa yang pelik dan takjub?? x nampak pun.. kesian adik ni ketinggalan zaman. rumah2 kat kg abang sumer dah mencapai tahap kemajuan ini 10 tahun yang lalu! bayangkan betapa majunya kami.. hehehhehe