U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Sibuk Sekali! (0)

Sunday, March 16, 2014 by , under



*KLIK pada gambar untuk besarkan*

Memang ini tulisan PERTAMA aku pada tahun 2014, setelah tiga bulan berlalu. Kerana terlalu sibuk dengn pelbagai acara untuk menduniakan kerjaya dalam dunia penulisan dan seni muzik yang semakin hari tampaknya semakin positif. Pun, aku agak malas meluang masa belakangan ini untuk menulis. Terlalu asyik konsentrasi akal pada hal yang lebih pucuk. Aku terlepas hal-hal untuk dikhabarkan seperti Konsert Seni Tradisi Melayu 2013, Hari Usman Awang dan beberapa penampilan lain. Tapi tak bermakna aku mengabaikan. 

Nah, aku sedang sibuk dengan Baca Puisi Dunia Numera 2014 dan Anugerah Puisi Dunia Numera 2014 bersama Sasterawan Negara Dato' Dr. Kemala dan NUMERA (Nusantara Melayu Raya) yang semakin memacu. Aku komited membangunkan seni bahasa dan sastera ke tingkat yang dipandang oleh para pemudi seusiaku. Yang lama, tentunya ada yang mendepa dada. Yang mengetuk jatuh tak berselindung juga. Selain menjadi penyelenggara untuk naskah Cinta Bersulam Anekdot & Risalah melayu Nun Serumpun bersama SN Kemala.  

Buat para pencinta bahasa dan seni UU, silakan hadir 21 Mac jam 8.00 malam untuk sebuah acara yang cukup indah dan bermakna ini, merai pemenang hadiah utama APDN2014 dan menonton aku sebagai pembuka malam acara dengan dendangan gabungan muzik tradisional dan pop Melayu. Semak info dan penjadualan penuh di Baca Puisi Dunia Numera 2014

Selain BPDN2014, aku telah menjalin kerjasama dengan Institut Terjemahan Buku Malaysia yang bakal menerbitkan kumpulan puisi terbaik UU ke dua yang aku judulkan Pesta di Padang Jiwa. Himpunan 50 puisi yang terkarya sekitar hujung 2011 sehingga terkini (Mac 2014). Judulnya begitu kerana menggambarkan sehampar rasa dari kerlingan hati dan mata tentang kehidupan keliling aku yang sehingga ia seakan berpesta. Pesta sedih, pesta girang. InsyaAllah bakal lancar pada Mei 2014. 

Berulang kali aku iya-iya cakapkan pada En. Rozlan yang mengepalai penerbitan ini, aku perlu melahirkan karya ini pada tahun ini kerana penampilan demi penampilan utama UU yang sedang diaturkan termasuk di Bogor, Indonesia pada 19 hingga 22 Jun & Pertemuan Penyair Remaja Dunia di Rusia yang direncanakan oleh Kedutaan Rusia. 

Nah! 

Sibuk sekali!



| edit post

0 Reply to "Sibuk Sekali!"