U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Seni Orang Muda (5)

Monday, October 29, 2012 by , under

Aidiladha sudah beransur tiga hari. Aku masih terkenangkan jumaat dua minggu yang sudah. Selepas pulang dari solat di Masjid Asy Syakirin dekat KLCC,  dengan Pak Samad aku bertembung. Pertemuan kami tidak lama tapi ada beberapa perkara yang boleh dijadikan cerita. Aku tak pasti jauh mana Pak Samad masih giat dalam industri sastera negara sejak dia bermanja dengan politik dan Bersih tapi di suatu sisi, Pak Samad bagaikan rindu untuk ikut serta. Barangkali dalam kerinduan untuk menunjuk muka di acara sastera, dia terikat dengan keegoan. Siapapun yang menghela nafas ada ego biar sehiris. 

Aku mengerti. 

Ceritanya tak mahu ditulis dalam sini kerana itu cukup bermakna. Bila sampai waktu nanti, di suatu tempat aku buka walaupun bukan pekung di dada. 

Sebulan selepas Baca Puisi Dunia Numera yang cukup jaya dari pandangan mata aku dan masih dibual-bualkan ke segenap Nusantara, ayahnda sasterawan negara Kemala dan aku bersama Nusantara Melayu Raya bakal sibuk lagi untuk acara Panji-Panji Puji : Malam Seni & Puisi Islami Numera yang terjadual pada  28 hingga 29 November 2012. Ini sebagai menyambut hasrat sang sahabat dari Indonesia yang mahu berkunjung ke Malaysia. Justeru pembudayaan puisi dan seni dalam sebuah acara pentas cukup sebati dalam diri setiap dari kami. 

Ya, sekarang aku sedang sibuk sibuk untuk ini hingga terpaksa menolak undangan dari Aceh ke Surabaya, Malang dan serata tubuh Indonesia kerana ia ambil masa hampir dua minggu. Memang satu peluang yang indah dan perit untuk ditolak tapi percaya pada rezeki itu sudah menjadi didikan. InsyaAllah semoga ada lagi undangan sebegitu yang terhulur datang. 




*KLIK pada gambar untuk besarkan*

Dalam asyik ke sana ke mari, artikel demi artikel tentang dunia sastera dan seni aku seiring terbit. Baharu ini Dewan Bahasa dan Pustaka lalui Tunas Ciptanya, aku diberi ruang menyebar nama. Yang Aku Mahu, NUMERA dan Di Mana Bulan Sorokkan masih membulat disekitarnya. Aku harap tahun depan ada khabar-khabar baru yang boleh dibawa dengan usaha demi usaha.

November bakal datang memberi makna tahun bakal dipenghabisan. 
Apa pun yang akan jadi, tangan tetap mendepa dengan hati melapang terbuka.
Terima kasih kepada pendukung yang selalu mempercayai bakat aku dan seisi media cetak, sosial dan masa yang ambil maklum tentang keperkasaan dan kesusasteraan Melayu negara.

UU.



| edit post

5 Reply to "Seni Orang Muda"

Tetamu Istimewa on November 1, 2012 at 11:19 PM

Salam perkenalan. Tahniah di atas penyiaran artikel di ruangan Seni Orang Muda. Perkongsian yang menarik dan membangunkan semangat anak muda.

 

azizi.selamat on November 2, 2012 at 7:50 AM

All D Best...

 

Ri on November 13, 2012 at 1:12 AM

merdu suara
indah bahasa

tahniah

moga dipermudah dan dilancarkan segala urusan baik dunia akhirat

 

Anonymous on December 10, 2012 at 3:16 AM

how's things siumaruzair.blogspot.com admin discovered your website via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found website which offer to dramatically increase traffic to your site http://traffic-for-your-website.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer best services to increase website traffic at this website http://traffic-for-your-website.com
To your success James

 

Umar Uzair on January 25, 2013 at 5:23 PM

Terima kasih untuk dukungan semuanya.. Salam ya.. ;) - UU