Dalam seribu waktu,
Panjang dan menggerutu,
Kananku sasterawan unggul,
Kiriku penghibur tersohor,
Dalam selebar jalan,
Masih hasratku terkehel,
Begitu sempit; menjegil.
Tengah bulan Jun dalam pertemuan empat mata, aku diminta oleh SN Kemala supaya menulis sebuah esei untuk dihantar dalam memorandum wakili NUMERA yang khamis lepas, 28 Jun 2012 sudah disampaikan sendiri oleh Prof. Dato' Wira Abdul Latiff kepada Timbalan Perdana Menteri pada Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka yang terhimpun beratus orang besar.
Esei ini sederhana mengikut akal dan pandangan mata remaja aku. Seloknya masih longgar barangkali untuk pandangan orang orang besar. Cuma bila sudah terjilid bersama teks besar SN Dato' Dr Ahmad Khamal Abdullah, Prof Madya Dr. Abdul Halim Ali - Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris [UPSI] & Puan Ilya Kablam dari ESastera, aku rasa 'baru'. Mungkin ini boleh jadi satu usaha awal aku ke dalam penulisan non kreatif, esei dan kritikan.
Manfaatkan sahaja.
Sampai temu lagi.
UU.
0 Reply to "Memorandum UU."
Leave a Comment