Projek single saya yang selama ini diidam keberlangsungannya sudah saya kotakan. Janji membawa pendukung dalam alun lagu puisi saya nyatakan dalam Yang Aku Mahu, buat sulung kali saya perdengarkan buat semua. Semoga kedatangan saya dalam arena sastera dan sisi muzisi disambut rasa suka dari semua!
Yang Aku Mahu
Biar berderai bintang di hujung kakiku
Biar terbang cenderawasih nyanyi lagu sendu
Biar terbelah bulan berliku debu
Biar sujud mentari pohonkan restu
Biar sangkala gempita menderu
Biar jatuh kencana mahukan aku
Biar kejora tatang kilauan beribu
Biarkan aku tolak semua satu satu
Yang aku mahu hanyalah kamu
Yang aku mahu hanyalah kamu
Temankan seisi ruang hariku
Sampai aku terlelah oh, terlelah oh, terlelah
Yang aku mahu hanyalah kamu
Temankan seisi ruang hariku
Sampai aku terlelah di hujung ubun waktu.
Lagu - Umar Uzair / Sheikh Fareez
Lirik - Umar Uzair, dari Kumpulan Puisi 'Di Mana Bulan Sorokkan'
1 Reply to "Yang Aku Mahu"
Anonymous on January 17, 2013 at 7:17 PM
seriusly i lovin it
Leave a Comment