Aku tak merancang mahu menaip barang satu dua baris ayat malam ni. Aku cuma mahu duduk diam; memerhati. Cuma beginilah kekadang kalau sudah mahu juga menulis, ya menulislah. Ini baru pertengahan April. Bulan ke empat tahun ini yang bikin jadual aku agak lengang. Bukan sesibuk Februari & Mac - Malam Solo Uzair Zain, Uzair Zain Live in Acoustic Love Songs, Prelude KL Nite Live 2011 & Grand Launching KL Nite Live 2011.
Empat persembahan, dua darinya solo dan semuanya besar buat aku dalam masa dua bulan kelmarin, ya rasanya sesuatu yang cukup enak untuk aku kata; I DID IT! Biarpun belum jauh jalan jalan kaki aku, setidaknya aku sudah melangkah keluar dari dunia kebiasaan. Cuma April ini aku duduk diam untuk sesuatu yang lain.
Aku sebetulnya belum mahu menetapkan perkara ini sebab barangkali namanya pun manusia; yang hanya tahu merancang. Kalau tidak diizin Dia, tiadalah jadi hujungnya. Ada tiga perkara hebat bakal aku hidangkan untuk semua yang katanya peminat, penyokong, atau aku boleh panggil pengikut. :p
Mei yang akan datang ketuk pintu nanti, aku tak mahu duduk diam. Bakal muncul dalam sebuah persembahan high tea Purplelicous Partey untuk kakak Jenab (panggilan aku untuk Ziana Zain) sempena birthday bash dia, nanti 15 Mei 2011. Dua, lapangkan tarikh 29 Mei 2011 untuk Malam Bulan Sorokkan Uzair Zain yang kali ini secara langsung di Rebung, Bangsar milik Dato' Chef Ismail & Dato' Sheikh Muzaffar dengan showcase solo ke-3. (bukti aku bukan residen artis MUSA. kata sesetengah orang..LOL)
Juga, untuk penggemar karya karya tangan aku, Mei ini juga sebagai bukti aku mahu bahu segandingan antara penulisan dan nyanyian, Uzair Zain mahu juga bakal keluar dengan naskah kedua selepas Sampai Mati (yang sudah langsai penjualannya) yang aku namakan; Antologi - Di Mana Bulan Sorokkan. Sebuah himpunan prosa prosa karya aku yang bakal didatangkan khas dengan unit serba unik yang akan dilancarkan secara X-clusive, serentak di Rebung nanti!
Tunggu khabar lainnya nanti. okeh!
0 Reply to "Tiga Perkara"
Leave a Comment