U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Menangislah... (0)

Tuesday, April 12, 2011 by , under

Ada suatu perkara yang belakangan ni selalu keluar dari dalam tubuh yang kadang kadang menyakitkan. Aku bukanlah mahu ia keluar suka suka kerana pada sesetengah orang (aku kira kebanyakan orang), ia terlalu berharga untuk dikeluarkan tanpa sebab paling tinggi, dan kerana kebanyakan orang kata, kalau asyik keluar; akan jadi murah dan dah tak punya eksklusiviti.

Pun benar. Aku mengiyakan maksud itu asbab ia antara sesuatu yang patut disimpan terutama untuk aku sebagai seorang lelaki yang kata orang orang - lambang kelelakian. Simbol suatu kekuatan. Pun benar, dulu aku selalu pendam dalam diri, jangan sampai keluar kecuali untuk waktu yang klimaksnya sudah tak mampu ditahan. Kekadang aku harus keluarkan juga.

Suatu waktu dulu, waktu selama aku menuntut di sebuah sekolah menengah arab yang sememangnya mengagungkan pahlawan pahlawan Islam, dan kebetulan nama yang dikasi ibu buat aku, juga merujuk pada gabungan dua manusia (Umar; sahabat paling kanan Rasulullah selepas Abu Bakar) yang hidup dan kehidupannya penuh dengan sifat kuat kelelakian, dan Uzair - (Suatu hari ibu pernah ceritakan pada aku dihadapan saudara saudara yang rata rata mereka perempuan, kata ibu;

"Waktu mengandungkan abang (ganti nama aku yang biasanya dipanggil ibu dan ayah), ibu mimpi sedang cedok air di telaga. Ada perempuan tua datang; bertanya, 'Sudah ada nama mau diberi?'

"Ibu jawab belum. Kemudian perempuan tua pun cakap, 'Namakan bayi kau dengan nama, Uzair...'

"Ibu terus tersedar, ambil buku nama untuk padankan nama; jadilah Umar Uzair"

Aku senyum, dan nama itu yang selalu buat aku berbangga menjadi manusia; memiliki nama yang hebat. Untuk itu juga aku, diri aku harus jadi sehebat nama yang dikasi. Barangkali mimpi ibu ada maksud yang perlu aku cari. Maksud menjadi manusia sekuat dua nama yang menjadi satu. Haruslah jadi bertambah kuat. Mungkin bukan dengan perbuatan tapi dengan cara yang berbeza.

Jadi, waktu aku terduduk mendalami dunia penuh suci zaman remaja menengah, aku lebih banyak habiskan masa senggang dengan senior senior yang ratanya berumur lebih dari 17 tahun. Itulah beza sekolah madrasah dengan sekolah menengah yang lain. Umur bukan penanda kita perlu habiskan sekolah pada usia yang dikasi akal manusia.

Jadi pernah ada seorang senior lelaki kata tepat untuk aku;

"Kau harus sekuat nama yang melekat dalam surat beranak..."

Aku tengok muka dia. "Kuat yang macam mana?"

"Lelaki harus kuat; jangan selalu menangis.."

"Saidina Umar pun menangis.." jawab aku.

Sampai umur sekarang aku masih selalu bertanya apa sebabnya dia pesan begitu untuk aku, dan sampai umur sekarang juga aku tak jumpa jawapan. Barangkali bukan sekarang.

Ya; belakangan ini kelopak mata aku murah dengan air mata. Seperti dua hari semalam. 'I Will Always Love You' antara runut bunyi paling digemarkan aku. Aku faham setiap setiap patah kata dalam lirik lagu itu, dan aku belum pernah rasa jemu. Tapi aku paling selalu bingung tentang lirik lagu ini bila ia sampai ke bait;

'We both know; im not what you, you need..."

Aku selalu tanyakan kenapa cakap cakap yang dibayangkan dalam baris lain pada lagu ini terlalu indah kerana mencintakan si kekasih tapi apa sebabnya si penulis sampai mengeluarkan pernyataan ini. Hurmh..

Semua orang tahu lagu ini hebat cuma filemnya belum pernah aku tengok. Bukan tak tahu tajuknya tapi tak ada sebabnya. Jadi dua hari lepas, aku habiskan masa duduk duduk di rumah tengok HBO yang keluarkan filem 'The Bodyguard'. Aku turun ke bawah, belikan kue tiaw goreng mamak, soya bean dan terus pulang ke rumah sebelum jam 1.

Filem pun bermula.

Naratif 'The Bodyguard' mudah sebetulnya tapi asli. Cerita tentang seorang penghibur terkenal yang dapat nota diugut bunuh justeru dia upah seorang pengawal lelaki untuk menjaga dia sepanjang dia keluar hiburkan peminat yang berjuta. Barangkali peliknya buat aku kenapa hanya seorang? Ya tak apa apa kerana itu yang dipokokkan. Lalu si penyanyi jatuh cinta dengan pengawal peribadi sampai melahirkan hubungan serba indah. Perhubungan yang direstui semua mata memandang hatta kakak si penyanyi (yang walaupun cemburukan kejayaan adiknya sampai dia mati ditembak. Now that is another story, leave it there..)

Hujung cerita ini yang akhirnya buat soalan soalan aku yang tergangtung bertahun; terjawab. Memang kalau difikirkan logik akal atau kehendak nafsu pun, apalah salahnya jalinkan hubungan dengan subjek yang terkenal. Apalah salahnya hubungan dibina atas jarak yang jauh, jarang temu mata; kalau sudah suka. Si pengawal peribadi akhirnya terpaksa berhenti mengawal kliennya asbab dia dibesarkan dengan komitmen, dan berkerja untuk seorang penghibur terkenal yang jatuh cinta dengan dia tidak membolehkan dia berurusan dengan komitmen sebagai pengawal.

Hubungannya dihalang oleh diri sendiri, bukan orang lain. Now that make me sad. Ah! Ini yang buatkan aku alirkan air mata. Barangkali untuk kebanyakan orang hal ini mudah. Cuma begitulah aku kalau dah dilahirkan dengan rasa yang kekadang aku pun belum dapat memahami. Kalau aku sudah terlalu memberi tumpuan untuk subjek cerita yang aku mahu, aku selalu suka mendalami apa yang bergelora dalam diri perwatakan cerita, dan kerana aku sudah mampu menggabungkan emosi watak si pengawal dengan sebaris lirik yang selalu buat aku tanya tanya, aku pun menangislah.

Sama juga halnya seperti semalam siang waktu aku selesai masakkan makanan tengah hari untuk diri sendiri, aku duduk depan tv menonton 127 Hours yang waktu tayangan ia di panggung, hari hari aku cari masa untuk tengok tapi sampai habis tayangan, aku masih sibuk. Agaknya waktu tu aku sibuk sibuk dengan Malam Solo & Acoustic Love Songs di Musa. Bukanlah sibuk juga cuma malas juga kalau mahu tengok sendiri tanpa teman ( that is one another story, put aside.. :p )

Dalam babak babak tertentu, 127 Hours (yang diangkat dari cerita betull) bikin aku sampai tertutup tutup mata menonton padahal di siang hari, dan di rumah sendiri. Seluruh ceritanya yang tentang betapa survival seorang lelaki hidup sendiri selama enam hari melawan untuk keluarkan tangan yang terhimpit batu besar di celah Grand Canyon. Ah! Cerita begini yang selalu aku tagihkan. Cerita cerita penuh inspirasi tentang hidup dan kehidupan; betapa manusia itu ciptaan terindah, manusia perlu tahu untuk gunakan akal yang dikasi untuk belajar survive walaupun sedang duduk seorang tanpa bantuan siapa siapa.

Cerita yang beritahu aku tentang Allah itu memang maha merancang semuanya untuk tiap tiap manusia. Dia membiarkan watak ini terus ada nyawa, untuk terus gunakan apa yang ada supaya terus hidup, dan menyebarkan cerita ini kepada dunia. Tentang hidup dan kehidupan ini adalah hak Dia.

Kerana itu aku menangis lagi.

Ada banyak sebab belakangan ini yang buat aku menangis, dan kebanyakannya tentang cemburu aku pada manusia lain. Tentang cemburu aku pada kemampuan dan rezeki orang lain. Bukan aku mahu menidakkan apa yang ditetapkan, cuma untuk aku yang dipanggil manusia, dan sebagai tukang tulis buku, aku benar mahu untuk rasa perasaan begitu, pengalaman begitu. Aku perlu inspirasi lebih dari apa yang aku ada. Ya kata mereka mereka, go, fly away and feel your moment. Bukanlah aku tak mahu, tapi aku tak ada daya. Aku tak mampu.

Kenapa tidak mampu?

Itu ada dalam entry yang pernah aku tulis sebelumnya di dalam sini, yang malas aku mahu ceritakan lagi. Asbab itu aku selalu menulis ikut kemampuan aku dengan rasa rasa yang aku hanya mampu angan angankan, yang tak mampu aku pegang dan lalui momen momennya. Aku selalu belajar untuk jadi yang terbaik kerana aku hanya manusia biasa yang lahir dalam keluarga serba biasa, yang hidup dengan suasana paling biasa tetapi selalu cuba masuk dalam keadaan keadaan luar biasa.

Kerana itu juga, aku menangis lagi kerana ketidak upayaan aku realisasikan apa yang aku mahu, kekadang aku sampai lakukan kerja yang bukan sepatutnya dibuat walaupun orang orang keliling selalu katakan pada aku, "Uve got what some guy need.. at least"

Dalam hati saja aku gelengkan kepala, dan kerana itu sampai jam ini aku tidak pernah setuju kekuatan lelaki diukur dengan kata 'Jangan menangis, kau lelaki.."

Menangislah! Aku belum puas!

*save document...



| edit post

0 Reply to "Menangislah..."