U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Begitulah Aku (2)

Friday, April 22, 2011 by , under

Hari ini; Jumaat.

Hujan tak singgah macam selalu selalu seperti semalam semalam dalam minggu ini. Belakangan ini pun, aku tak tahu kenapa lekas betul aku celik mata padahal aku selalunya tidur lewat, kekadang sampai jam satu lebih atau dua. Pun tetap lima setengah, selalu bunyi note mesej Facebook di Blackberry aku rajin kejutkan.

Entah siapa siapa.

Dan biasanya aku akan lelap semula kurang lebih jam tujuh.

Jumaat ini tak ada beza dengan jumaat selalunya. Celik mata pusing ke kanan, kosong. Ke kiri pun kosong. Jam sembilan aku keluar, senyap. Kosong. Hanya hidung terhirup bau wangi housemate yang pergi kerja jam 8 pagi biasanya. Sejam kemudian, perfume tetap melekat dekat dinding. Hidung aku cam baunya. Barangkali Lacoste atau Bulgary, yang pernah aku pakai dulu. Similaritinya ada.

Akal lekas teringat Tommy Hilfiger yang nak aku beli nanti hujung bulan.

Jumaat ini tetap serupa. Bukan jumaat saja serasanya, sama juga dengan hari-hari lain. Terus ke jendela yang pintu kacanya selalu tertutup, kerja akulah yang membukanya kalau pagi. Dari tingkat sebelas sini; aku pandang tegak ke langit - strecthing, warm up, kemudian duduk di hall sendiri sendiri buat sit up, playing with dumbbell, concentration curl (sambil akal berangan nak masuk semula ke gym, tapi sampai ke sudah.. pffth)

Lima dua puluh minit, jerang air, berus gigi, buat roti bakar. Tanggalkan sarung bantal, campak ke dalam mesin basuh dengan baju baju lain - cuci. Buat teh o limau panas (sejak sebulan dua ini aku rajin betul minum teh o limau, padahal dulu air ni dipangkah di mana2 tempat aku duduk makan. Aku tak berapa ingat di mana yang buat aku jatuh cinta pada teh o limau. Antara MUSA atau di mana ya. entah) Lalu aku duduk di hall, pasang tv.

Channel E! - boring. Star World - boring. HBO, Cinemax, Star Movies - boring. Astro Ria, Prima, Hitz - boring. Sigh! What a' friday. National Geographic - Every Singaporean Boy. Now thats sounds cool.. pffth.. 3 hours marathon. Ya, tiga jam aku duduk tak bangun tengokkan dokumentari serba dekat di hati aku.

Pertama, ibu - she is Singaporean. Ke dua, kadar keakraban antara aku dengan saudara sebelah ibu adalah 95% berbanding 5% untuk belah ayah. Unfair? Talk to the hand. Ke tiga, aku sudah selalu dengar tentang national service dari saudara2 lelaki cuma tak tahu apa ceritanya. dan ke empat aku pernah masuk Khidmat Negara tahun 2005 dulu. Aku pernah botak, hitam berkilat, dan menjadi lelaki gagah ( L O L ) tak percaya, tanya komander Kem Ayer Keroh.

Every Singaporean Boy - ceritanya mungkin aku kira 60% serupa dengan apa yang aku dan kami kami di platun pernah lalu. Hidup dalam suasana terkawal dalam kem selama 3 bulan, dididik cara hidup askar. Diajar cara tegas dan asas keaskaran. Cuma bezanya National Service di Singapore memang ajar mereka untuk menjadi askar, semata mata menjadi askar dan diwajibkan untuk semua yang namanya LELAKI di sana, samada anunya dalam botol atau tidak, kalau kau lelaki, silalah faham, dan Khidmat Negara ajar kami dan bukan khusus buat lelaki saja, untuk menjadi manusia yang tahu menghargai budaya dan masyarakat di Malaysia dalam suasana askar. Bunyinya macam serupa tapi tidak sama.

Aku bukan mahu ceritakan tentang beza dua bentuk khidmat di dua negara ini asbab keduanya punya niat murni yang serupa; mengukur kekuatan remaja untuk mentadbir negara. Every Singaporean Boy> cumanya lebih indah untuk dikhabarkan dalam NatGeo berbanding Khidmat Negara yang baru pucuk kalau nak dibandingkan dengan National Service, agaknya kerana usianya dan keaslian tenaganya.

Mengikut satu satu cerita dalam Every Singaporean Boy bikin aku berenang dalam kenangan di Khidmat Negara. Tiga bulan aku diletakkan dalam platun yang dikasi nama Alpha, yang kamilah yang ahlinya bukanlah sehawt platun Bravo atau Delta dan yang lagi satu (aku lupa), kami ada di tengah tengah. Aku hidup dalam kenangan berjuta sepanjang tiga bulan.

Orang orang dalam kem kenal aku dengan nama Ustaz - lucu kalau diingat semula. Bulan lepas aku jumpa semula Fariz (oh dia paling hawt dalam platun Bravo - mukanya garang. kening tajam ke hujung, kalau bumping hanya guna sebelah tangan, abdomen kalah brader2 tiga empat bulan ke gym di Fitness First.. pffthh.. ok that is another story) dia kata aku dipanggil Ustaz sebab selalu kasi jawapan dengan hadis dihujung.

Aku gelak!

Ya agaknya kerana waktu tu aku baru habis enam tahun mengaji di sekolah arab. Jadi semuanya harus ikut hukum dan hadis. Dan kerana digelar gitu, aku pernah disuruh ahli Alpha jadi ketua untuk platun. Aku? Gelak? Ya sila. Tapi untuk sekejap saja. Aku suka galas tanggungjawab besar cuma rasanya bukan selayaknya aku di situ. Tak cukup disuruh jadi ketua untuk satu dua minggu awal bulan pertama, langsung masuk tengah bulan kedua ada pengajian tentang proses pengundian di Malaysia. Ya kami belajar tentang proses undi, dan aku antara tiga calonnya. Aku? Gelak lagi? Ya sila.

Aku tak akan pernah lupa duduk ramai ramai dalam satu bilik gerakan yang dikasi jurulatih. Duduk berkumpul dengan penyokong-penyokong, merangka strategi pancing undi, mereka bendera yang logonya kapal (macam lanun), ke mana pun aku pergi di ceruk kem, aku diiring pengawal peribadi. Mahu gelak lagi? Ya aku dapat undi paling tinggi dan aku menang kalahkah lagi dua orang. Lucu sebab tak fikirkan waktu itu orang orang mengundi parti aku.

Bunyinya macam simple saja tapi isinya lebih dari apa yang boleh dibayangkan. Every Singaporean Boy kasi tahu aku tentang keakraban dunia mereka dalam kem, dan betul aku rapat dengan semua semua cuma sekarang sudah enam tahun pergi. Selama waktu itu aku sudah tidak hubungi seorang pun dari teman aku di platun Alpha. Bukanlah aku tak pernah mencari tapi 90% darinya sia sia. Semua sudah hilang tak tahu ke mana. Every Singaporean Boy kasi tahu aku supaya cari semula seorang seorang dari mereka di Alpha.

Sebab aku rindu sekali untuk rasa nikmat bersahabat. Aku rindu mahu hidup dengan suasana keramaian, dikeliling orang orang yang boleh aku panggil teman. Aku kekadang sampai lupa bagaimana untuk terjun dalam dunia begitu.

Betul. Aku hidup dalam kenangan. 24 tahun penghidupan aku penuh dengan kenangan. Hidup tiga bulan di kem Ayer Keroh, adalah satu darinya. Bahkan indahnya lebih bermakna dari apa yang aku lihat dalam Every Singaporean Boy. Betullah, kata seorang dari sahabat aku, yang selalunya jadi satu satunya tempat aku kongsikan cerita hidup. Kata dia;

"You penulis yang bagus dan you ada cerita hidup yang bagus. You tak perlukan cerita orang orang lain. You dah ada sebuah hidup yang paling bagus untuk dibukukan untuk orang lain baca..."

Aku iyakan saja. Memang aku mahu kongsikan satu satu kenangan dalam buku buku aku untuk pembaca pembaca cerita aku. Cumanya aku belum tahu apa dan mana satu yang patut dimulakan kerana semuanya bermakna belaka. Belum habis siap satu cerita, aku sudah memikirkan tentang cerita yang lagi satu.

Begitulah aku...



| edit post

2 Reply to "Begitulah Aku"

Unknown on April 23, 2011 at 3:51 PM

Tersentuh hati gue bile baca especially yg bab perfume tuuuuu...... hehehehehe

 

Anonymous on June 4, 2013 at 9:35 AM

http://eekshop.com
These lights are and therefore well created that they is the at no time rent it out your family down during any situation,for instance upon a great weather for anyone Theses lights are the top rated security proof it water proof. They can even sustain any intensity of jerks it blobs all over a there a fast boat automobile travel These lights are and consequently well-designed that they can even adjust their focus and lighting levels depending on how long on going to be the a fast boat and environmental for those of you The BMW offer an all in one grand head lights the kit all of which contains haze lights, corner lights, tail lights, head lights, head lights cover projector lights,and brake lights.