U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

GLAM Lelaki Pascamoden (0)

Tuesday, May 10, 2011 by , under

Sudah masuk hari ke enam aku di JB. Saja menghabiskan masa senggang yang ada untuk pulang temu mata dengan keluarga, dengan saudara, dengan kawan yang boleh dikira; sebelum pulang ke KL nanti malam, menyiap diri untuk dua majlis yang sudah tersenarai dalam 'schedule' aku. Persembahan untuk malam Ziana Zain Purplelicious Party dan persembahan solo akustik ke3 aku di Rebung nanti hujung bulan.

Malam Bulan Sorokkan Uzair Zain yang aku belum war warkan. Barangkali nanti lepas habis parti kak Ziana baru aku boleh kosentrasi untuk yang itu. Pun dua tiga minggu ni aku bakal sibuk untuk antologi pascamoden Malam Bulan Sorokkan. Ada yang bertanya, antologi itu apa? Aku tak marah, kecil hati laginya tidak. Itulah kekadang orang keliling kurang dibesarkan dengan perkataan penulis dan penyair. Antologi menurut aku dan penulis tersohor ialah karangan bahan bahan sastera seperti prosa, sajak, cerpen, bahkan juga novel pendek, dihimpunkan dan dijadikan sebuah naskah. Nah! mudah.

Jadi selepas projek cerpen Sampai Mati tahun lalu, kali ini aku keluar dengan himpunan pascamoden 'Malam Bulan Sorokkan'. Berpuluh sajak dan bait sastera moden yang bakal aku himpunkan dalam sebuah buku yang persembahannya aku buat dalam cara yang berbeza; bukan tipikal naskah antologi yang lain. Barangkali juga ada yang tak tahu apa makna pascamoden. Walaupun rasanya bukan aku saja, ramai tukang kaji lain susah untuk mentakrifkan dengan tepat apakah yang dimaksudkan pascamoden, asbab sebenarnya terdapat enam maksud umum yang dikaitkan dengannya.

Cuma dalam enam itu, aku memilih; Pascamoden dikaitkan dengan satu kategori atau aliran seni yang mula muncul dalam bentuk kritikan dan perdebatan mengenai terbatasnya ruang lingkup modenisme dalam bidang arkitektur, dan kemudiannya menjangkit kepada bidang seni tampak dan kesusasteraan. Faham? Mungkin agak mengelirukan untuk sesetengah pencinta karya aku.

Jadi aku mudahkan begini, pascamoden yang dari Uzair Zain adalah membawa imej baharu yang serasanya belum dipraktikkan oleh penulis mahupun penyair di tanah air khususnya. Yang menurut aku baharu ialah cara pemasaran karya aku; tidak dijual di mana toko buku tapi boleh temu aku duduk duduk di tempat tempat tertentu sambil istirehat, rilek, mengajak pembaca datang, lepak dan makan makan sambil melihat dan mendengar persembahan secara langsung dari aku, dan masa yang sama boleh mendapatkan karya terus dari aku tanpa orang tengah.

Pengisian cerpen terdahulu dan antologi yang bakal dilancarkan juga terkeluar dari yang kebiasannya. Rekaan, percetakkan, permainan warna didatangkan dengan penuh gaya dan stail, aku kombinasikan empat perkara yang aku tahu; Penulisan Kreatif [aku penuntut Aswara], Perekaan Grafik [aku dulu pelajar Rekaan Multimedia di SEGi Subang], Rekaan Fotografi\peragaan [yang sudah bertahun menurun dalam diri] dan Nyanyian [aku menjual suara sejak umur 9, aku pelajar vokal dengan guru guru hebat, Syafinaz Selamat\Mr Fairuz]

Ini pascamoden dari Uzair Zain. Maksudnya, aku mahu bawa sesuatu yang lain. Oh ya! Mungkin aku tidak hebat, kata sesetengah orang yang tidak boleh dikritik, aku bukanlah pejuang bahasa kerana mengkritik cara kerja orang lain sedangkan aku bukan siapa - siapa. Rasanya silap perkataan 'bukan' di situ, cuma aku BELUM siapa siapa. suatu hari nanti..

Jadi tunggukan antologi pascamoden Malam Bulan Sorokkan yang bakal dilancarkan pada Malam Bulan Sorokkan Uzair Zain @ Rebung, Bangsar pada 29 Mei. Mungkin anda anda sudah patut kosongkan jadual malam itu.. ngeee

*pun, aku pembaca majalah GLAM Lelaki khususnya, dan tajuk sisipannya ada tanda 'Lelaki & Seni - Raikan 8 Seniman Malaysia. Aku sudah selalu mengagak kalau cakap tentang seniman, mestinya mereka akan hanya bicara tentang pemain muzik, penyanyi, pelakon, pembuat filem, penari. Entah bila mahu mereka buktikan penulis kesusasteraan yang sebetul betul penulis seperti kami adalah antara orang paling seni yang ada dalam muka bumi, asbab pemerhatian aku, jarang jarang penulis mahu diangkat ke tengah sediri dengan pengkarya lain dalam bidang seni.

Aku terdetik;

"Agaknya Pak Samad atau Dato' Anuar Ridhuan tak bergaya pakai Gucci atau Bottega Venetta... Sebab tu tak boleh pose dalam GLAM Lelaki..."

Aku senyum saja dengan ayat sendiri tapi mengiyakan lalu mencapai pen Mont Blanc, sisi clutch Ferragamo...



| edit post

0 Reply to "GLAM Lelaki Pascamoden"